Bab 48🎈

1.4K 68 0
                                    

12 bulan berlalu.

Aku tersenyum melihat anak-anak kecil berlari di taman itu. Seronok jadi kanak-kanak. Masalah tak perlu fikir. Hanya perlu berseronok saja.

Sedang aku leka, aku dengar azan berkumandang. Aku melihat kanak-kanak tadi mula di panggil oleh ibu bapa mereka. Aku senyum. Alangkah seronoknya ada anak.

Aku bangkit dari bangku dan bergerak ke masjid yang berhampiran. Sewaktu masuk ke dalam masjid ada seperti nampak satu kelibat yang aku kenali. Tapi bila aku tengok lagi sekali, hilang pula.

Ah biar sajalah. Bukan masalah aku. Aku terus ke bahagian solat wanita.

Selesai solat berjemaah, aku pun beredar untuk pulang. Entah macam mana boleh pula botol air aku terjatuh sebab ada budak ni berlari langgar tangan aku. Bergolek botol tu ke depan. Terdiam sekejap aku. Terkejut punya pasal.

Aku baru saja nak melangkah ke arah botol itu, ada tangan lain yang mencapainya. Aku terus ke arah lelaki itu dan ingin berterima kasih.

"Terima ka..." Hilang terus suara aku melihat wajah itu. Kami sama-sama terkedu.

"Honey." Ya Allah panggilan itu. Lama sudah aku tak dengar. Aku terus berdehem. Jangan leka Iffa!

"Awak buat apa dekat sini?" Soal aku apabila mengambil botol air dari tangannya.

"Solatlah. Takkan nak repair kereta pula?" Terus mencebik aku dibuatnya. Dia senyum pandang aku.

"Walau dah macam ustazah tapi reaction tu tetap sama ya?" Ujarnya seperti mahu menyakat aku.

"Eh eh dia ni. Dah saya balik dulu."

"Okay. Jumpa lagi." Senyum lebar dia pandang aku. Buatkan aku pula rasa sakit jantung melihatnya. Lesung pipit yang tak pernah berubah tu buatkan aku rasa nak pengsan saja di sini.

Astarghfirullah! Iffa! Kau ni sempat lagi fikir benda lain! Terus aku keluar dari kawasan masjid itu.

Aku rasa macam diperhatikan. Ah! Abaikan! Itu semua setan.

💌💌💌

"Kau pergi mana tadi dik?" Iffat dah cekak pinggang depan pintu.

"Aku pergi taman kejap. Bosan."

"Haish kau ni pantang leka, hilang aje. Baru berapa hari balik. Dah lesap aje kerja kau."

"Aku bukan pergi mana pun."

"Lain kali keluar beritahu."

"Sorrylah. Lupa."

"Yalah."

"Anak kau mana Fat?"

"Ada dekat atas. Tidur. Kenapa?"

"Ouh Saja tanya. Baru nak main-main."

"Kahwinlah. Ada anak. Main anak sendiri." Mencebik bibir aku dibuatnya. Tanya anak aje. Tiba masuk hal kahwin pula. Lambert lagi!

"Buat bibir gitu."

"Dahlah kau. Aku naik dulu. Sikit-sikit kahwin. Bosan aku."

"Kau tu dah 27 tahun. Bila nak kahwin?"

"Aku dah kahwin. So?"

"Tu dulu. Sekarang?"

"Kisah apa aku."

"Mulalah tu." Aku buat pekak aje. Kaki terus menuju masuk ke dalam bilik.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now