Bab 27🎈

866 49 0
                                    

"Honey."

"Yep?"

"Dah sampai."

"Ha?" Aku terus menoleh ke tingkap. Terpapar bangunan lawa di situ dan tertera papan tanda besar yang tertulis AZ HOLDING.

"Are you nervous honey?" Dia genggam jemari aku. Aku sengih saja.

"Nervous lah. Gila tak nervous?"

"I know you can do it. Dia tak pass kan isteri saya, tau lah nasib dia nanti."

"Ish awak ni."

"Dah pergi cepat. Karang lewat pula."

"Okay. Thanks Zhafi."

"Most welcome honey." Dia hulur tangan. Aku pula yang teragak-agak nak sambut. Belum sempat aku angkat kepala dari jemarinya, dia mula pegang kepala aku.

"Sayang doakan honey berjaya interview." Lalu aku terasa ada kucupan dia berikan di ubun-ubun aku. Aku angkat kepala dan lihat senyum manisnya.

"Apa-apa call sayang ya?" Aku angguk. Dia kalau dah mula guna 'sayang' tu buat aku rasa berdebar lain macam!

"Saya pergi dulu Zhafi."

"Sayang lah."

"Ish apa-apa ajelah. Bye sayang." Heh aku sebut juga! Aku keluar kereta dan berdiri depan bangunan besar itu. Aku menoleh ke belakang dan Zhafi masih di situ. Dia memerhatikan gerak geri aku. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku melangkah ke lobi bangunan itu dengan yakin.

💌💌💌

"Cik Iffatul?"

"Ya saya."

"Cik boleh masuk sekarang." Aku angguk dan mengikut langkah wanita itu. Dia buka pintu pejabat yang tertera nama Aneeq Aqil itu.

"Terima kasih." Aku ucap mesra. Wanita itu hanya angguk dan berlalu dengan senyuman.

"Hai Iffa!" Tegur Aneeq selepas dia berpaling dari belakang.

"Err Hai Encik Aneeq." Aku garu kepala. Aneeq ketawa.

"Tak payah nak Encik sangat lah Iffa. You ni."

Aku dah tayang senyum canggung.

"Come. Sit here." Aneeq bangun dan tarik kerusi depan mejanya itu untuk aku.

"Eh tak apa. I boleh buat sendiri."

"Alaa bukan selalu I jadi gentleman."

"Poyo lah you." Aneeq ketawa.

"Bawa resume?"

"Bawa." Aku terus keluarkan fail resume dan aku serahkan pada Aneeq. Aneeq ambil dengan senyuman manis. Dia bukan buka fail tu, dia letak atas meja dan mata dia tak lepas tatap wajah aku. Buatkan aku susah nak telan air liur.

"Manis you hari ni. Pakai baju kurung. Bunga-bunga kecil. Comel!" Pujian dia itu buatkan aku rasa menyesal pula terima kerja di sini. Dasar Aneeq si ulat bulu!

"Err you tak nak tengok resume tu dulu ke?" Aneeq memandangku dengan sebelah kening terangkat. Dia pandang fail aku kemudian dia buka sekilas dan di tutup semula.

"Done." Dia serahkan semula fail pada aku. Aku capai fail itu dengan ragu.

"You're accepted."

"Ha?"

Ternganga aku dibuatnya. Macam tu aje ke dia interview aku?

"Apa ha? You diterima kerja di sini. Welcome to the AZ Holding, Cik Iffatul Hanani." Ujar Aneeq dengan senyuman manisnya. Aku pula rasa nak jatuh rahang sebab terkejut.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now