Bab 23🎈

1K 58 4
                                    

Aku capai sketch book dan pensil 2B warna purple itu. Aku dah meniarap atas katil.

Bosan! Lagi sehari baru Zhafi balik. Haish aku dah macam orang mabuk dalam rumah ni! Sampai tak tahu nak buat apa. Mengemas, basuh baju, lap tingkap, basuh kereta, sikit lagi aku nak basuh kucing jiran sebelah tadi. Hesy!

"Bilalah Aneeq ni nak panggil interview? Aku ni dah hilang arah duduk rumah sorang-sorang." Aku membebel sendiri. Semalam Aneeq chat dan beritahu dia akan call kalau ada interview. Tapi sekarang ni tak ada! Penat dah aku tunggu. Ceh baru berapa hari. Lek-lek sudah!

Tangan aku laju berlari atas kertas putih itu. Aku dah lama tak melukis. Lagi-lagi sejak tinggalkan TinyHouse aku tu. Erm... rindunya perkakas lukisan aku.

Terhenti melukis aku dibuatnya. Rasa macam nak balik rumah keluarga aku. Tapi... Ermm nantilah.

Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku lepas perlahan. Aku kembali fokus pada lukisan yang tergendala tadi. Sambil melukis bibir aku tersenyum. Umpama menggambarkan lukisan itu berlaku depan mata aku.

Tanpa sedar masa berlalu...

Aku pun tak perasan dah berjam aku hadap lukisan tu. Siap saja aku terus menjerit.

"Yes! I'm done!" Aku angkat lukisan itu menghadap muka aku. Aku tersenyum. Namun tak lama lepas itu senyuman aku pudar. Aku usap perlahan lukisan itu.

"Drawing is better than reality. Huh?" Sinis senyuman terukir di bibir aku. Entah kenapa aku rasa sedih. Atau lebih kepada terkilan?

Lukisan yang menggambarkan sepasang pengantin yang sedang tersenyum memakai busana untuk majlis resepsi.

Ya. Pengantin itu ialah dia dan Zhafi.

Keluh terlepas.

Aku nak sangat pakai baju pengantin. Baju pengantin dari hasil tangan aku sendiri. Aku nak reka dan buat sendiri baju pengantin untuk aku dan suami aku.

Namun itu hanyalah angan semata-mata. Perancangan Allah itu lebih teratur bukan?

Aku usap pengantin lelaki dalam lukisan itu. Haish... aku rindu Zhafi. Dia tak ada memang buat hidup aku sunyi. Kalau boleh nak dia ada sentiasa depan mata. Tapi... kerjaya membataskan segalanya.

"It's okay Iffa. Mana tahu kau akan ada majlis yang lagi grand dan busana yang lagi up to date." Aku cuba beri semangat pada diri sendiri. Tak nak terlalu melayan rasa terkilan.

Aku selak muka surat baru. Dengan rasa semangat aku kembali menghadap kertas putih itu. Dan sekarang hanya satu saja yang terbayang di minda aku.

Aku senyum.

Zhafi Asyraf!

💌💌💌

"Honey." Aku terdengar suara. Mata masih terpejam.

"Miss you a lot." Selepas saja dengar ungkapan itu, aku terasa ada tangan yang berlingkar di pinggang aku. Aku terpisat-pisat buka mata.

"Morning sunshine." Dahi aku dikucupnya lembut. Aku terus buka mata walaupun payah.

"Zhafi?"

"Yes honey." Aku lihat senyum manis dia yang ada lesung pipit tu. Aku terus berpaling.

"Aaaa rindunya!" Aku terus peluk tubuh dia. Zhafi ketawa halus.

"Rindu juga."

"Haish baru 4 hari awak tak ada. Saya dah rasa macam nak mati dah!" Aku mula buat sesi meluah perasaan.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now