Bab 36🎈

1K 53 1
                                    

Lepas dua hari baru aku dapat keluar wad. Itu pun Doktor tu nak tahan lagi aku dalam wad tu. Memang taklah aku nak diam. Hari ni baru cecah kaki dekat rumah.

"Honey. Saya lupa nak minta mc untuk awak." Zhafi tepuk dahi.

"Untuk?"

"Kerja awak lah. Tak ada mc nanti kang potong gaji. Tak pun kena buang."

"Tak payah."

"Seriuslah honey."

"Yalah."

"Kenapa pula? Bagus betul Aneeq tu sampai mc pun dia tak mahu."

"Lagi bagus sebab dia bukan bos saya lagi."

"Ha?" Ternganga Zhafi pandang aku. Aku senyum. Aku terus peluk lengan dia. Kami sedang duduk berlunjur atas katil. Tunggu masa nak tidur.

"So awak suka kan? Saya tak kerja?" Aku senyum nakal pandang dia.

"Tapi kenapa?"

"Huh! Malas nak ingat. Rasa macam saya ni terhegeh  pula nak kerja dengan dia tu. Heh."

"Kenapa?"

"Nantilah saya cerita. Tak ada mood."

"Sampai bila awak tak ada mood ni honey? Period ke? Nak kata pregnant belum buat lagi."

"Hisy dia ni kan!" Aku tepuk lengan dia geram. Dia ketawa besar. Geram betul aku.

"Haih. Macam-macamlah honey ni. So sekarang honey nak buat apa? Kerja apa?"

"Itu lah yang buatkan sampai saya pengsan dua hari."

"Laa dah kenapa?"

"Tak tahu nak buat apa. Saya tahu melukis. Saya tahu menjahit. Itu aje."

"Awak try lah buat lukisan. Lepas tu jual. Awak promote dalam social media. Zaman sekarang ni lukisan bodoh-bodoh pun kemain mahal tau."

"Awak nak kata saya ni bodoh-bodoh ajelah melukis?"

"Ya Allah honey ni. Saya cakap lain dia faham lain. Itu yang sampai melalut benda lain tu." Dia tepuk dahi aku. Aku mencebik aje.

"Dah tu?"

"Yalah. Selalu dekat galeri orang jual lukisan macam apa aje. Macam campak-campak aje. Tu pun dah berpuluh ribu. Ini kalau awak jual gambar muka orang. Dengan harga murah. Confirm ramai nak beli."

"Hurm." Aku dah diam. Macam mana ek? Nak buat ke tak?

"Atau awak nak menjahit aje. Tunggu tempahan awak jahitlah."

"Hurm."

"Dahlah honey. Hurm aje kerja dia. Jom tidur." Zhafi dah baring.

"Alah. Tidur lagi. Saya bosanlah tidur aje." Aku merungut.

"Honey... dah pukul 12 malam. Awak tak nak tidur lagi? Saya dah mengantuk ni."

"Alahhh..." Aku dah muncung.

"Tidurlah. Meh sini." Dia tarik aku ke sisi dia. Lengan aku dia letak di pinggang dia. Lengan dia di pinggang aku.

"Rindunya nak peluk dia ni." Dahi aku sempat lagi dia kucup. Aku sengih saja. Terus aku sembam wajah aku ke dadanya.

"Tidur ya honey. Saya mengantuk sangat. Sorry tak dapat nak layan awak sangat." Ujarnya sambil tutup mata. Aku senyum saja.

"Tak apa. Kesian awak. Jaga saya 5 hari."

"Hurm. Awak tanggungjawab saya honey." Dahinya dilagakan dengan dahi aku. Tubuh aku makin dia tarik rapat ke tubuh dia.

"Hurm." Aku pun menyelesakan diri dalam dakapannya itu. Sudahnya dengan aku sekali padam.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now