Prolog🎈

3.4K 99 6
                                    

Aku tersenyum melihat dia. Sungguh senyuman dia boleh buat hari aku jadi indah. Ketawa dia buat hari aku makin ceria. Seceria tawanya.

Aku mula berdebar. Aku lihat dia berjalan ke arah aku. Omaigod! Apa ni? Aku buat muka selamba. Lek aje tak ada la nampak kau suka dia. Kan?

"Weh"

"Apa?" Aku jawab biasa. Pandang dia dengan wajah tidak berperasaan. Padahal hati bagai nak gila.

"Kau kawan Tya kan?"

"Yup. Kenapa?" Makin berdebar. Dia pula senyum manis. Dia tunduk sikit hadap muka aku. Aku telan liur.

"Nanti kirimkan salam aku pada dia ya?" Aku terdiam. Hati aku rasa macam pecah berderai. Hancur!

"Erm okay..." Aku larikan mata aku dari pandang dia.

"Thanks..." Dengan senyuman dia beredar ke kelas dia. Aku diam. Sakitnya hati! Aku yang suka dia tapi Tya yang dia nak. Tapi tak mustahil. Tya tu lawa. Siapa aje tak nak? Kan?

💌💌💌💌

Dari jauh aku nampak Tya. Dengan dia. Hati aku... Hurm siapa je suka kan? Lagi-lagi dia crush kau.

Aku mengeluh. Sakit juga hati tengok dia orang gelak-gelak.

Aku tak tahu la macam mana aku boleh suka dia. Aku ingat aku suka dia main-main aje. Macam cinta monyet. Tapi entah macam mana aku rasa perasaan ni makin kuat.

Bila tengok dia layan perempuan aku jadi cemburu. Bila tengok dia gelak suka aku sendiri rasa bahagia. Bila nampak muka dia tegang aku jadi susah hati.

Entahlah aku harap aku boleh lupakan dia. Aku harap ini semua sementara. Hanya mainan perasaan semata-mata

Aku tahu kenapa aku jadi begini...

Kerana dia yang pertama

💌💌💌💌

Aku termenung menghadap ke hadapan. Padang yang luas terbentang itu aku tatap puas-puas. Tak ada apa yang menarik namun mata aku masih tidak mampu bergerak ke tempat lain.

Aku mengeluh. Aku genggam jemari aku erat. Sungguh aku rasa kecewa. Aku tidak kisah kalau dia suka orang lain. Tapi kenapa dia suka kawan aku sendiri?

Bagi aku...

Kalau dia suka orang lain... sakit yang aku rasa tak sesakit sekarang. Bila dia suka kawan aku sendiri aku jadi kecewa. Sangat kecewa.

Bila berhadapan dengan Tya aku jadi kekok. Aku jadi tak keruan untuk berlagak biasa dengan Tya. Aku jadi benci dengan kawan aku sendiri. Aku tak tahu kenapa timbul perasaan begitu. Aku keliru!

"Tahu tak kenapa sandwich ni di potong dua?"

Aku tersentak mendengar suara itu. Aku menoleh ke sebelah. Dia yang berkemeja biru itu duduk di kerusi panjang yang aku duduki. Masih berjarak.

Dia senyum memandang aku. Aku masih menatap wajahnya.

"Tahu tak kenapa?" Aku terkebil-kebil. Kemudian, aku menggerakkan kepala aku ke kiri dan ke kanan. Dia senyum manis.

"Sebab satu untuk aku. Dan satu lagi untuk kau..." Satu bahagian sandwich itu dia ambil dan dia berikan kepada aku. Aku memandang sandwich ditangannya dan memandang dia silih berganti.

"Ambil la..." Aku ambil sandwich itu dari tangannya.

"Jauh termenung?" Soalnya lagi.

Aku masih diam. Aku menatap sandwich di tangan dengan rasa sebak.

"Any problems?" Aku angkat wajah dan tatap wajahnya.

"Aku boleh jadi pendengar yang setia tau." Dia senyum dan memandang aku. Sandwich di tangan dia suap ke mulut sendiri. Aku senyum tawar.

Kalaulah sesenang itu nak bercerita...

(516 pp)

—————

Just try to create a new journey.
Hopefully tak mengecewakan...
Hehe

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now