Bab 49🎈

1.5K 62 0
                                    

"Aku terima nikah Iffatul Hanani binti Izham Alwan dengan mas kahwinnya Rm 200 tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulilah."

Kadi membaca doa. Aku mengusap air mata yang mengalir. Rasa tak percaya kali ini impian aku jadi kenyataan. Aku pandang Zhafi sekilas. Dari belakang badan dia sudah tahu dia sangat kacak hari ini berbaju pengantin putih itu.

"Amin." Semua aminkan serentak.

"Bolehlah sarung cincin."

Zhafi melangkah ke arah aku. Aku pula yang berdebar.

"Assalamualaikum Honey." Aku memandang dia dengan senyuman. Rindu betul dengan panggilan itu.

"Waalaikumsalam Zhafi." Kami berbalas senyuman.

Selesai sarung cincin, jurugambar nak ambil gambar kami dalam masjid pula. Aku ikut kan aje. Kata jurugambar tu, masjid ni ada angle yang lawa. Baik kami jangan lepas peluang. Aku Iya kan saja.

"Awak lawa hari ni Honey." Bisik Zhafi semasa kamu bergambar. Malu aku dibuatnya.

"Awak pun. Handsome." Kami berpandangan. Melampiaskan rasa hati yang kami tundakan dahulu.

"Nice shoot!"

💌💌💌

Majlis resepsi pula kami buat malam. Sama macam Iffat dulu. Sekali gus satu hari. Bak kata mama, penat sekali harung. Kami ikut aje. Malas nak banyak cerita.

Aku pandang pakaian aku. Dress pengantin ini aku yang design sendiri. Dress kembang ala-ala cinderella, tapi versi muslimah. Zhafi pula memakai tuksedo putih. Makin kacak bila dia berpakaian putih.

"Honey dah siap?" Soal Zhafi apabila dia masuk ke dalam bilik. Aku angguk.

"Dah." Senyum kami terbentuk apabila memandang sesama sendiri.

"Kenapa awak cantik sangat malam ni?" Zhafi mendekati aku. Dia capai jemari aku. Mata dia tak lepas menatap wajah aku.

"Awak pun kenapa kacak sangat malam ni?"

"Hisy. Jangan sampai saya kurung awak kejap lagi."

"Haa mulalah tu." Aku jeling dia manja. Dia ketawa. Ah! Ketawa ini. Ketawa yang bawakan ketenangan dalam hati aku.

"Jom honey. Semua dah tunggu dekat bawah."

"Jom." Kami berpimpinan tangan turun ke bawah. Masing-masing keluar bunyi lah kalau sampai bawah. Sanak saudara ramai. Memang kena sakatlah jawabnya.

Kami naik atas pelamin dan tayang senyum sampai koyak bibir. HAHAHAHA.

Habis bersanding kami pun pergilah berbual dengan tetamu. Kawan-kawan lama semua.

Tiba-tiba Aneeq datang. Dia menghampiri aku dan Zhafi. Wajahnya muram.

"Hai Acap. Hai Iffa." Dia senyum tawar.

"Ouh Hai Aneeq." Aku pandang Zhafi. Dia angkat bahu.

"Selamat pengantin baru." Dia senyum pada kami.

"Terima kasih Aneeq." Jawab aku. Zhafi buat keras dia aje. Tak nak bercakap.

"Maaf I datang tak bawa hadiah." Dia garu kepala.

"It's okay. You dah makan belum?"

"Dah tadi." Aku dah hilang kata nak cakap apa.

"Sebenarnya, aku nak beritahu sesuatu pada kau berdua." Aku dan Zhafi terus berpandangan.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now