Bab 16 🎈

1.4K 58 0
                                    

Kaki aku berjalan tanpa aku sedar aku sudah berjalan masuk ke jalan besar. Aku berjalan di sisi jalan. Kaki ku yang letih tidak aku hiraukan. Kepala aku berserabut memikirkan semua yang berlaku harini. Stres!

Sedang aku khayal berjalan tanpa arah tuju..aku dikejutkan dengan bunyi kereta di belakang aku. Aku tersentak dan menoleh ke belakang. Dahi aku berkerut melihat kereta itu. Kereta itu sudah berhenti di tepi jalan. Aku hanya memerhati. Keluar sahaja pemandu kereta itu buat jantung aku mula berdebar.

"Hani..." Panggilan itu buat aku rasa sebak. Rindunya panggilan itu...

"Awak nak pergi mana Hani?" Soalnya apabila sudah berdiri di hadapan aku. Aku masih menatap wajahnya dalam-dalam.

"Hani?"

Aku tersentak. Terus aku menunduk.

"Err... Tak ada pergi mana."

"Kenapa jalan kaki?"

"Kereta rosak."

"Ooo... kalau macam tu mari la saya tumpangkan."

"Eh tak apa la."

"Jom la. Dah lama tak jumpa awak. Kita minum petang?"

"Hurm... okay juga."

Aku terus mengikutinya ke arah kereta putih itu.

Aku tersentak. Mata aku terbuka dan dinding putih menjadi pandangan pertama aku. Aku bergerak perlahan namun terasa seperti diri aku terkunci dalam pelukan. Aku toleh ke belakang. Aku lihat Zhafi masih tidur pulas. Tangannya juga bergerak mengeratkan lagi dakapannya. Malah tangan kasar itu juga masuk ke dalam bajuku dan mengusap lembut perutku. Aku pula yang telan air liur. Dia ni sedar ke tak?

Aku bergerak lagi. Meregangkan dakapannya. Namun makin erat pula dia tarik aku ke dalam pelukan. Wajahnya juga disembamkan ke leher aku. Terasa hidungnya bergesel-gesel di leher aku. Berdegup laju jantung aku. Makin buat aku rasa nak terkeluar jantung apabila Zhafi mengucup lembut leher aku. Aku pejam mata. Aku rasa lain. Satu rasa yang sensasi. Tak dapat aku ungkapkan.

"Zhafi." Aku mula berpaling ke arahnya. Aku tatap wajahnya yang tenang itu. Matanya masih tertutup.

Bila lihat wajahnya aku terbayang mimpi tadi. Itu lah yang berlaku semalam. Aku pergi makan dengan dia. Dia bawa aku makan di hotel. Kata dia, dia nak jumpa orang lepas tu di hotel tersebut. So alang-alang baik dia bawa aku ke situ.

"Lama tak jumpa awak Hani."

"Same too you Zhafi."

"Kenapa muka awak nampak serabut?"

"Tak ada apa. Stres sikit."

"So... How's Aneeq?"

Soalan itu buat aku terdiam. Aku tak jawab soalan dia. Aku ubah topik lain. Dia macam tak puas hati. Tapi aku tetap tak nak cakap pasal Aneeq.

"Hani." Aku tersentak. Aku pandang Zhafi yang tenyeh mata itu. Tanpa aku sedar bibir aku terukir senyum manis. Wajahnya seperti anak kecil saja bila buat begitu.

"Nice smile honey." Dikucupnya dahi aku lembut. Aku terkebil. Kemudian tangan aku terus menolak tubuhnya yang rapat denganku.

"Sana la. Orang nak bangun." Tangan dia yang melekat di pinggang aku cuba aku leraikan.

"Orang? Siapa orang tu?" Soalan dia buat aku ketap bibir. Rasa nak aje aku gigit tangan dia tu. Baru dia tahu!

"Ish! Saya nak bangun la. Sana la Zhafi."

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now