Bab 14 🎈

1K 56 6
                                    

Mata aku sembap menangis. Dah tak nampak sangat dah pandangan. Kabur. Sah mata aku sepet.

Bila kenangkan apa yang berlaku. Aku rasa sedih sangat. Kecewa. Mama dan Ayah sangat kecewa dengan aku. Bila sampai balai polis tadi mama dengan ayah tak mahu langsung pandang aku. Aku sedih gila. Iffat pun... seperti tidak mahu bercakap dengan aku. Dia hanya pandang aku dengan pandangan yang aku sendiri tak tahu maksudnya.

Aku genggam tangan aku kuat. Ini semua salah Zhafi! Aku rasa ni semua angkara dia! Silap-silap dia yang rancang semua ni! Aku mendengus. Hati aku sakit sangat. Sangat-sangat sakit. Aku rasa macam dunia aku dah kelam. Gelap!

"Hani." Suara itu menampar halwa telinga ku. Aku biarkan. Aku bekukan diri aku. Aku tak ada mood nak layan dia.

"Hani... I'm sorry." Jemari aku dia capai dan dikucup lembut. Aku pandang dia dengan pandangan tajam. Tangan aku rentap kuat.

"Hani."

"Shut up! Don't call me with that name!" Ujar aku kuat. Kasar. Zhafi mengeluh. Lantak lah! Fikir kau dah jadi suami aku, aku akan tunduk dengan kau? Memang tak lah! Lagi-lagi kahwin macam ni. Sikit pun aku tak hingin hadap dia ni.

Ya kami dah kahwin. Disebabkan nak tutup malu nama Ayah dan Daddy Zhafi, kami terpaksa kahwin. Ikutkan hati aku... aku sanggup bayar denda aje. Tapi Ayah yang paksa suruh kahwin. Dia kata dia malu nanti kalau tiba-tiba perut aku buncit. Sentap? Semestinya. Tapi aku diam. Aku simpan dalam hati.

Aku ingat semua kata-kata mereka. Aku simpan dalam hati. Semua hinaan itu aku terima. Semuanya aku telan. Sampai satu tahap aku ludah balik semuanya.

Aku genggam kuat jemari sendiri. Gigi aku ketap kuat. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa nak terajang orang. Kata-kata ayah dan mama tapi berulang kali kedengaran di telingaku.

"Kau kahwin dengan Zhafi! Aku tak nak malu disebabkan perangai tak senonoh kau ni! Memalukan aku! Kalau aku tahu perangai kau macam ni, awal-awal aku kahwinkan kau! Gatal! Perempuan jalang aje yang dibawa ke hotel Iffatul Hanani!"

Suara ayah berlegar-legar dalam kepala aku. Aku semakin kuat genggam jemari sendiri.

"Apa Iffa buat ni? Iffa ingat benda ni main-main ke? Iffa dah tidur dengan lelaki! Iffa sedar tak? Mama tak pernah ajar Iffa macam ni! Macam orang tak ada agama! Serupa aje Iffa pergi club minum arak! Mama tak faham apa lagi silap mama didik Iffa!"

Aku pejam mata kuat-kuat. Ya Allah. Sakitnya.

"Lepas ni kau ikut laki kau balik. Kau bukan tanggungjawab ayah lagi. Jangan nanti kau buat hal lagi dengan lelaki lain! Ayah kecewa dengan kau Iffa!"

"Mama tak tahu nak cakap apa lagi. Mama dah penat Iffa. Tak cukup dengan masalah butik, Iffa tambah masalah lain. Mana mama nak letak muka mama ni? Hah?"

Aku teresak. Kenapa mereka tak cuba faham situasi aku?! Kenapa nak tuduh aku seperti aku perempuan pelacur? Aku sendiri tak tahu apa yang berlaku! Macam mana aku ada di hotel bersama Zhafi!

Arghhhh semuanya sial!!

"Hani... kenapa ni?" Suara Zhafi aku abaikan. Aku tak boleh. Aku rasa aku nak lepaskan. Tangan dan kaki aku ingin bergerak. Dengan gigi yang masih diketap dan tangan yang masih kuat digenggam aku bergerak laju ke arah cermin meja solek itu. Wajah aku yang terbias di situ buat aku benci! Jijik dengan diri sendiri!

Dengan rasa dendam dan marah yang tak terperi, genggaman tangan tadi aku hayunkan ke situ. Kuat. Sekali aku hayun.

Prang!

Pecah berderai cermin itu. Begitulah hati aku tika ini. Hancurrrr!!!

"Hani!" Zhafi terkejut lihat tindakan aku. Bukan setakat itu. Semua yang ada atas meja solek itu aku hempas ke lantai. Geram aku tak habis lagi. Aku bergerak ke almari dan aku tumbuk almari itu kuat. Kaki aku sekali gerak menyepak kuat almari itu. Baran aku tak terkawal. Sungguh aku rasa marah! Sangat marah!

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now