Bab 47🎈Zhafi Pov

1.3K 73 0
                                    

Zhafi POV.

5 bulan berlalu dengan pelbagai rasa yang aku lalui sendiri. Tempoh iddah dah lama tamat. Pertemuan terakhir aku bersama Iffa adalah dua bulan lepas. Tarikh di mana dia bukan lagi isteri aku.

Waktu itu dia cantik sangat di mata aku. Berbaju kurung dan bertudung bawal. Dia makin ayu begitu. Aku nampak dia betul-betul berubah. Dia mula bertudung. Aku dengar cerita dari Iffat, dia mula belajar agama dengan ustazah.

Tersenyum aku mendengarnya. Tak sangka dia betul-betul nekad ingin berubah.

Aku masih seperti ini. Tapi aku cuba berubah dari segi solat dahulu. Aku cuba penuhkan setiap waktu solat. Waktu mengaji juga Aku cuba selitkan dalam aktiviti harian aku.

Aku sedar sejak aku berubah ke arah lebih baik, hati aku sangat tenang. Tak seperti dahulu. Serabut tak tentu hala.

Aku senyum melihat gambar aku dan dia dulu. Itu saja kenangan yang aku ada. Lusa aku akan terbang ke Beijing. Hari aku tidak bekerja memang terasa sunyi. Oleh sebab itu, aku selalu pulang ke rumah keluarga aku. Tidak mahu terlalu teringat Iffa.

Telefon aku berdering. Aku lihat nama yang tertera. Berkerut dahi aku dibuatnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Weh Zhafi."

"Ya Iffat. Kenapa?"

"Datang rumah mama jap."

"Kenapa?"

"Ada hal sikit ah."

"Penting ke?"

"Pentinglah juga."

"Yalah. Kejap lagi aku sampai." Aku geleng kepala. Entah apalah si Iffat ni nak ajak aku buat. Minggu lepas dia ajak aku kayuh basikal. Haritu ada juga dia ajak aku masuk larian. Aku layankan aje. Kadang-kadang dapat juga aku tahu perkembangan Iffa.

Kalau aku datang rumah mereka pun, Iffa bukan ada. Kalau ada pun dia tak keluar bilik. Bila fikir balik tengok aku ni dah macam laki gila talak pula tak habis datang rumah mertua. Tapi aku datang bukan nak memujuk atau berjumpa Iffa, aku datang sebab Iffat. Dia aje selalu ajak aku buat macam-macam.

💌💌💌

Sampai di rumah mertua aku, Iffat dah berdiri depan pintu rumah. Amboi tak sabar betul mamat ni.

"Sampai pun kau. Lambat betul." Sempat lagi dia merungut. Aku sengih saja.

"Sorrylah. Banyak kereta tadi."

"Yalah."

"Hal apa kau nak cakap?"

"Iffa."

"Kenapa?"

"Dia dah pergi Kelantan."

"Ouh." Aku angguk.

"Kau tak nak tanya sebab apa?"

"Sebab apa?" Macam orang bodoh dah aku ni. Selalu hal Iffa aku buat-buat tak nak ambil tahu. Tapi yang bagusnya Iffat akan tetap beritahu.

"Dia pergi belajar agama dekat sana." Aku hanya mampu angguk.

"Baguslah macam tu."

"Lepas tu dia tinggalkan something untuk kau."

"Apa dia?"

"Ini dia." Iffat serahkan kunci pada aku. Berkerut dahi aku melihatnya.

"Apa ni?" Aku lihat kunci yang ada keychain itu. My Secret Love. Warna pink lagi.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now