Bab 39🎈

1K 54 0
                                    

Kami balik sekejap selepas akad nikah. Rehat kejap. Karang malam Iffat pula sanding.

"Honey."

"Yep?" Aku pandang Zhafi yang sedang berdiri di pintu bilik.

"Are you okay?" Dia pandang aku yang dah terbongkang atas katil ni.

"Okay. Kenapa?" Dia mengeluh dan mendekati aku. Dia baring di sebelah aku. Sebelah tangan dia tongkat kepala dia. Mata menatap wajah aku.

"Hurm. Pasal mama tadi."

"Ouh. Entahlah. Macam tu kita nak minta maaf? Lambat lagi lah kot."

"Tapi kita anak honey. Dia masih mak." Zhafi cuba slowtalk dengan aku.

"Zhafi... Awak tahu tak saya terkilan dengan mama? Sangat-sangat terkilan. Bila saya tengok dia salam awak nak tak nak aje buatkan saya rasa sedih sangat. Keluarga awak terima baik buruk saya. Tapi keluarga saya? Tengoklah macam mana mama layan awak. Saya tak kisah bila saya kena begitu tapi saya tak suka bila mama layan awak macam tu."

"Kita yang salah. Saya pun salah juga honey." Dia usap kepala aku. Aku mengeluh.

"Saya tak tahulah sampai bila nak macam ni."

"Tak apa. Kita sama-sama cuba bertahan dengan mama."

"Hurm. Entah Sampai bila."

"Awak tak rasa ke kalau beri mama cucu mama akan terima kita? Kalau tak macam dulu pun maybe mama boleh terima sikit-sikit. Lama-lama baiklah. Kan?" Aku pandang Zhafi yang teruja benar nak berbaik dengan mama aku.

"Awak tak rasa ke dia akan anggap anak kita anak haram?"

"Honey..." Zhafi geleng kepala.

"Jangan lah fikir begitu." Ujarnya lembut.

"Saya kenal mama saya. Dia kalau dah mula negatif sampai ke sudah negatif."

"Samalah macam awak."

"Dia yang ajar. Siapa yang tak ikut kalau bukan anak kan?" Aku gelak. Zhafi mampu geleng kepala aje.

"Tapi awak tak nak anak ke honey?" Zhafi tatap mata aku dalam-dalam. Aku senyum saja.

"Pasangan mana yang tak nak anak sayang?" Aku usap pipi dia. Dia senyum.

"Bila nak mula?"

"Apa dia?"

"Buat anak?"

"Hisy dia ni! Tengah hari buta pun sempat aje." Aku tepuk dada dia geram. Kemain dia ketawa besar. Aku senyum saja pandang dia. Mungkin dah tiba masanya.

"Nanti ya." Bisik aku lembut.

"Kenapa nanti? Kenapa bukan sekarang?" Dia dah tayang muka gatal dia. Rasa nak sepak aje tengok.

"Karang malam nak pergi majlis Iffat lagi. Penat kang terbabas."

"Alorh. Macam alasan aje tu."

"Mulalah tu." Aku jeling dia manja. Dia sengih aje.

"Yalah. I'm always waiting okay." Sempat dia kucup dahi aku.

"Saya nak tidur kejap."

"Jom!" Terus dia baring dan peluk tubuh aku. Tergelak aku dibuatnya.

"Laju je eh?"

"Eh kalau ajak bersenam atas katil lagi laju."

"Eee Zhafi!" Dia ketawa lagi. Buatkan hati aku lapang mendengarnya. Bahagia.

💌💌💌

Aku senyum lihat Iffat dan Akak ipar aku. Sama cantik sama padan. Majlis Iffat pun cantik. Maklumlah secara besar besaran. Aku senyum tawar. Teringat yang mama kata ini majlis terakhir di rumah mereka.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now