Bab 19 🎈

1.1K 65 0
                                    

Aku mula tarik beg keluar dari rumah. Aku toleh ke belakang. Senyum pahit terukir di bibirku. Rumah yang menjadi saksi aku membesar kini aku tinggalkan.

Aku mengeluh. Tiba masanya aku kena berdikari sendiri.

"Adik!"

Aku berpaling. Aku lihat Iffat berlari mendapatkan aku.

"Betul ke tak nak stay sini malam ni?" Aku senyum tawar.

"Aku dah cakap kan tadi?"

"Tapi..."

"Biar saja dia pergi." Suara Mama menyampuk. Aku lihat mama yang berdiri di belakang Iffat. Senyum senget aku terukir.

"Tapi mama Iffat nak dia tidur sini malam ni. Laki dia bukan ada pun."

"Dah itu dia nak. Biar sajalah. Dia juga yang menggatal."

Naik pula darah aku bila mama kata begitu. Aku gatal?! Hey kalau dia tak kenalkan aku dengan Zhafi memang tak aku jadi macam ni lah!

"Mama juga nak menantukan dia. Apa lagi yang mama tak puas hati?" Ujar aku kasar. Geram.

"Memang aku nak menantukan dia! Tapi bukan dengan cara begini! Aku nak satukan kau dengan dia ikut adat! Bukannya dengan cara tak ada maruah ni? Kau bangga kahwin dengan cara haram ni? Suka?"

"Kalau mama tak kenalkan saya dengan dia, saya tak jadi macam ni!"

"Adik..." Iffat cuba tenangkan aku. Muka aku dah mula merah tahan marah.

"Kau nak salahkan aku? Siapa yang gatal sangat pergi jumpa jantan dekat hotel? Ha?!"

"Semua nak tuduh saya! Masing-masing tak tahu apa saya alami! Lepas tu nak tuduh saya macam-macam? Mana keadilan?! Kalau begini saya mati pun tak ada siapa kisahlah!" Lantang aku bersuara.

"Adik!" Bulat mata Iffat pandang aku. Mungkin dia terkejut. Tak pernah aku tinggi suara dengan mama. Kali ni aku seperti dirasuk pula. Memang. Sabar aku juga ada hadnya. Semua letak kesalahan di bahu aku. Sedangkan aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Aku sendiri terperangkap!

"Kau berambus! Jangan nak tunjuk muka kau dekat sini!" Mama dah mula tolak aku. Aku mendengus.

"Orang pun tak hinginlah duduk sini!" Aku terus capai beg tarik aku. Semua barang keperluan aku, aku angkut bawa bersama. Kalau boleh semua nak angkut. Tapi lebih baik aku bawa mana yang penting. Ini pun dah dua luggage besar aku tarik. Beg sandang lagi. Satu beg balik kampung. Haih! Dah macam lari rumah! Ah memang pun!

"Adik!" Iffat seperti mahu mengejar aku. Aku dengar suara mama menengking.

"Iffat! Masuk! Jangan nak dikejar perempuan tak ada maruah tu!" Tangan yang pegang beg aku genggam erat. Gigi aku ketap rapat. Tak ada maruah? Hahaha sampai begitu sekali mama label diri aku? Aku rasa aku ni memang betul bukan anak dia!

Kaki aku terus bergerak ke arah kereta yang aku parkir di luar rumah. Ah! Aku sendiri tak tahu, aku mahu menangis, meraung atau mengamuk. Semuanya bercampur baur!

Beg semua aku sumbat dalam kereta. Terus aku duduk di tempat pemandu. Buat kali terakhir, aku menoleh ke arah rumah besar itu. Air mata menitis sedikit demi sedikit. Segala kenangan aku di sini berlegar di kepala. Kenapa masa ini baru kepala aku nak ingat semua benda? Aku benci!

Dengan air mata yang masih mengalir, aku terus menggerakkan kereta keluar dari kawasan perumahan itu. Mungkin ini yang perlu aku tempuh.

Moga aku sabar dan tabah melaluinya.

💌💌💌

Aku termenung jauh. Aku perhati langit yang membiru itu. Orang yang lalu lalang sikit pun aku tak endahkan. Aku seperti di dalam dunia aku sendiri.

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now