Bab 10 🎈

1K 61 0
                                    

Harini aku MC. Dengan mata sembap dan bengkak ni memang tak lah aku nak kerja. Disebabkan malam tadi aku menangis bagai nak gila harini aku jadi panda. Mata pun macam tak boleh buka! Macam anak Cina. Sepet!

Aku lihat telefonku. Banyak panggilan dari Zhafi. Mesej pun. Segala Apps yang boleh mesej semua dia hantar. Aku tak tengok pun. Aku biarkan. Tak nak dia tahu aku dah baca mesej dia. Aku tak tahu kenapa hati aku bolak balik fikirkan dia.

Betulkah apa yang aku buat ni? Aku sendiri buntu. Aku takut apa yang aku buat makan diri aku sendiri. Aku dah kecewakan orang. Tak mustahil aku akan dikecewakan nanti.

Allah... aku buntu!

Aku raup muka aku kasar. Serabai gila aku harini. Barai. Mood barai aku dah masuk 3 hari. Apahal pun aku tak tahu.

Aku bangun dan menjengah ke balkoni. Aku lihat garaj dah kosong. Tinggal kereta aku aje. Maksudnya semua dah pergi kerja. Aku tak keluar bilik dari tadi sebab tak nak bersemuka dengan yang lain. Nanti macam-macam dorang tanya aku. Lagi-lagi dengan mata macam ni.

So... boleh la aku turun makan! Lapar weh!

Aku turun ke bawah dengan riangnya. Maklumlah bila semua tak ada, rumah ni macam ana yang punya!

Aku bergerak ke dapur. Tudung saji aku buka dan tercengang. Aku terduduk.

Weh apa doh? Kosong?!

Aku pegang perut yang dah berbunyi. Haih... malam tadi dah la tak makan. Adehh... memang kena cari makan luar la. Tak larat nak masak.

Aku mula bergerak naik ke atas kembali. Bersiap ala kadar dan keluar rumah. Baru saja aku ingin buka pintu kereta ada sebuah kereta berhenti di depan rumahku.

Lamborghini putih. Entah Lambo yang mana aku tak tahu. Aku ni bukan kenal sangat kereta punya nama ni.

Baru saja aku ingin melangkah kaki aku kembali terpasak tidak bergerak. Orang yang keluar dari kereta itu buat aku terkelu. Nak masuk rumah macam tak sempat. Eh bukan... kaki aku macam tak boleh gerak. Macam ada gam gajah kat kaki aku ni bila lihat orang yang berada di pagar tu.

"Hani." Dengar saja nama panggilan itu aku terus pejam mata. Rasa sakit sangat hati ni dengar. Aku pun tak tahu kenapa tapi lebih kepada sakit kecewa. Tapi kenapa pula aku nak kecewa? Bukan aku ke yang kecewakan dia?

"Hani, we need to talk." Ujarnya lembut. Aku pandang wajah sayunya. Kaki aku perlahan bergerak ke pagar.

"Awak nak apa? Dah tak ada apa lagi nak kita bincangkan."

Aku bercakap pandang wajah dia. Mata dia tertancap ke wajahku. Dia tenung bagai nak tembus. Mata dia memanah ke dalam mataku.

"Kenapa pandang saya macam tu?"

"Mata awak sembap. Awak menangis Hani?" Soalnya lembut. Aku terkelu lagi. Adehh nampak sangat ke mata ni? Pakai spek hitam la jawabnya.

"Tak."

"Awak menangis sebab saya?"

"Saya kata saya tak menangislah!"

"Awak tipu."

"Urgh! Just shut up! Awak boleh blah tak? Saya nak keluar. Kereta tu sila alihkan." Ujar aku kasar. Aku tak boleh brain la macam ni. Perut aku serius tengah menggelodak ni. Sikit lagi memang mengaum la perut ni. Adehh..

"Hani nak pergi mana?"

"None of your bussines! Just get off from my house!"

"Kalau saya tak nak?" Aku rasa nak lempang aje muka dia. Dia boleh buat degil plak kat sini. Perut aku memang tengah sakit gila ni. Lapar tahap babun ni. Silap-silap boleh makan orang!

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now