Bab 5🎈

1.1K 75 2
                                    

"Sayang buat apa kat sini?" Aku pandang lelaki yang berdiri tepi meja kami.

"Iffat.." Saja teruskan lakonan Iffat. Dia kenyit mata. Aku nampak Zhafi dah mula masam. Muka macam tak rela.

"Siapa ni?"

"Ni Zhafi. Anak kawan mama."

"Ooo... Hai. Aku Iffat.." Iffat hulur tangan. Zhafi dah berkerut dahi.

"Err... Zhafi." Salam disambut.

"Buat apa kat sini? Bukan hari kerja ke?" Iffat duduk sebelah aku. Dia pandang Zhafi dan aku silih berganti.

"Saja teman Zhafi shopping.." Jawab aku selamba. Zhafi pandang aku dengan Iffat dalam-dalam. Dia tenung kami berdua macam nak tembus.

"Korang adik beradik ke?" Dengar sahaja soalan dari Zhafi kami terus gelak.

"Pat... kantoi!"

"Kau la! Kayu! Batu! Beku!"

"Kau kutuk aku?" Aku terus cubit Iffat. Dia elak dengan tawa tersisa. Aku dapat lihat wajah Zhafi terpancar kelegaan.

"Haha. Selamat berkenalan dengan bakal abg ipar." Iffat senyum mengusik. Zhafi mula garu telinga. Benda yang selalu dia buat bila dia segan. Aku hanya senyum. Tapi lepas tu aku macam tersedar. Terus aku cubit Iffat.

"Kau ni... memang nak kena kan?" Iffat mula menyeringai sakit.

"Sakit la! Kau ni! Macam mama!" Tempat yang aku cubit dia gosok. Padan muka! Aku lihat Zhafi senyum pandang kami.

"Aku harap kau bersabar la dengan adk aku nanti. Dia ni memang suka mencubit. Menurun perangai mama.." Aku bulat mata pandang Iffat. Zhafi tergelak kecil. Alahai comelnya!

"Dia kata dia dah ada boyfriend tadi. Mana ada chance aku nak adik kau dah.." Jawab Zhafi sempoi. Iffat gelak.

"Ni? Ada boyfriend? Kau buat lawak apa ni Zhaf?" Iffat dah bantai gelak. Hampeh!

"Memang tak ada la jawabnya Zhaf. Dia ni beku! Nampak aje lelaki terus jadi batu! Berapa ramai kawan aku nak tackle dia tapi bila tengok muka dia semua takut!"

Mereka ketawa. Suka la tu ketawa kan aku?!

"Kau kira beruntung tau. Dia layan kau baik. Kalau orang lain dia tunggulkan aje.." sambung Iffat lagi.

"Tapi... mungkin sebab dia suka kau kot.." Iffat konon cakap berbisik padehal kuat dia cakap! Puaka betul! Aku terus tampar badan dia. Dia ni balik tunggu la! Aku smackdown kau cukup-cukup.

Zhafi gelak lagi. Mata dia pandang aku. Senyum. Haish! Jangan senyum! Nanti aku cair!

💌💌💌💌

"Awak ada nak pergi mana-mana ke?"

Aku pandang dia. Dia tanya aku ke?

"Tanya saya ke?"

"Tak ada la. Saya tengah jawab call ni.." Dia tayang muka minta kaki. Aku mencebik.

"Ikut awak la. Saya ikut aje.."

"Betul?"

"Yalah. Dia yang sibuk nak bawa orang.." Aku jeling dia.

"Okay jom..balik rumah saya."

"Zhafi!" Aku lepuk bahu dia. Dia ketawa. Aku jeling dia lagi. Berani kau ya... cuba kalau ada Iffat. Memang tak la kau nak gurau bukan-bukan dengan aku. Haih... Iffat ni pun satu! Masa ni la ada urgent meeting. Ceit!

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now