Bab 29🎈

845 52 1
                                    

Aku duduk dan menanti Zhafi keluar dari balai ketibaan itu. Mata melilau tengok orang sekeliling. Tersenyum aku bila nampak sepasang suami isteri sedang mendukung anak kembarnya bersama.

Aaaaa sweeetnyaaa!

Tak lama lepas tu aku dah nampak pramugari pramugara keluar dari pintu balai ketibaan itu. Aku dah tersenyum. Aku bangun dan terus bergerak mendekati ke sana. Pakaian mereka tadi seumpama Zhafi. Mungkin satu flight.

Aku baru saja nak sampai sana, kaki aku terus terhenti. Aku nampak Tya. Tya?! Kawan sekolah aku tu?! Yang heboh rampas crush aku tu?! Ohemji! What is this?! Dia pramugari ke? Apa ni?

Yang lagi tak boleh blah! Aku nampak Zhafi! Sebelah Tya! What the shit! Dia tak pernah beritahu aku pun yang Tya sama kerja dengan dia! Tengok pakaian pun tahu sama syarikat penerbangan.

Aku mula nak naik angin. Tak jadi nak melangkah. Aku terus duduk di tempat tadi. Muka aku dah masam. Hilang terus mood aku nak sambut dia balik. Lepas ni lagi baik aku tak payah ambil dia. Buat sakit hati aje.

Dari jauh pun aku nampak si Tya tu mengada dengan laki aku. Tergelak-gelak gatal. Si Zhafi ni pun sama. Minta kena terajang dengan aku! Huh!

"Honey!" Zhafi dah berada depan mata aku dengan senyum manisnya. Lesung pipit dia terserlah. Aku hanya memandang saja. Tak tahu nak beri reaksi apa. Tya aku nampak dah blah pergi naik van sana.

"Hisy! Bagilah reaction excited sikit." Dia hulur tangan. Suruh aku salam. Aku capai dan aku salam. Baru aje nak angkat muka, Zhafi terus tarik aku berdiri. Didakapnya terus tubuh aku. Bulat mata aku dibuatnya.

"Zhafi! Malulah!" Aku cuba tolak tubuh dia tapi tak lepas.

"No. No. No. Rindu tau!"

"Hisy! Balik nantilah nak lepas rindu pun. Malulah dekat sini sayang!" Aku tepuk dada dia geram. Dia gelak aje. Terus dia lepaskan pelukannya tadi. Dia pandang aku macam nak terkam.

"Apa?" Ujar aku garang.

"Amboi garang betul." Lepas tu dia gelak. Ey geram aje aku tau dengan dia ni.

"Diamlah. Geram aje." Aku jeling dia.

"Honey. Apa garang sangat ni?"

"Hisy! Tak nak garang pergilah dekat pramugari tadi tu." Aku tolak tubuh dia kemudian aku terus melangkah ke arah lif. Biar dia duduk situ sorang.

"Honey!" Dia sudah berada sebelah aku. Jemari aku dicapai dan dia genggam.

"Honey nampak eh tadi?"

"Nampak apa?"

"Saya dengan kawan sekerja tadi."

Aku terus diam. Kawanlah sangat! Bekas kekasih kan tu? Puih. Aku buat muka kosong aje. Lif terbuka aku terus masuk. Dia pun masuk sekali sebab aku tarik tangan aku yang dia genggam tu.

"Janganlah marah honey. Biasalah kawan sekerja."

Aku buat tak reti. Pandang tepi lif yang lutsinar tu. Nampak besi tali segala apa entah dekat situ.

"Jealous ke?" Terus aku berpaling ke arah dia. Mata aku mengecil saja ke arah dia. Zhafi sengih saja.

"Honey... janganlah diam." Merengek terus dia. Baru dia tahu penangan silent treatment Iffatul Hanani!

"Honey..." Pintu lif terbuka dan aku terus laju melangkah keluar. Zhafi berjalan pun macam orang tak betul dah. Kelam kabut kejar aku. Kesian kat dia punya pasal aku berjalan macam biasa.

Dia pula mula merapat ke arah aku dan pinggang aku dia dakap dari tepi. Aku terus pandang dia tajam. Dia sengih lagi.

"Cakaplah. Janganlah senyap."

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now