Bab 22 🎈

1.1K 55 0
                                    

Aku mengeluh lemah. Aku duduk di kerusi yang tersedia di taman. Harini aku dah cari kerja di kawasan berdekatan dengan rumah Zhafi tu. Tapi satu pun tak dapat. Sebenarnya sejak dua hari lepas aku dah cari kerja. Tapi tulah tak ada. Zhafi pula harini dah terbang ke Istanbul. Haih... sunyi!

Aku ada lah jumpa kerja kosong dekat kfc, supermarket semua tau. Tapi bila balik aku tanya Zhafi, pergh panjang gila dia berleter. Terus aku tak jadi nak kerja macam tu. Adeh!

Dia siap beri pilihan dekat aku. Kalau aku berkeras nak kerja situ juga memang dia datang sana buat kecoh. Aku fikir balik, Zhafi ni boleh tahan gila. Memang tak lah aku nak buat kacau kat tempat orang.

Zhafi minta aku cari kerja yang layak dengan kelulusan aku. Kalau setakat kerja macam tu baik aku beri peluang kepada budak-budak yang cari part time. Mereka lebih memerlukan duit. Memang terus aku akur dengan kata-kata Zhafi. Aku bukannya nak cari duit, aku cuma nak hilang bosan sebab tu aku cari kerja. Alahai...

Kenapa waktu aku cari kerja, semua tempat tak ada kerja kosong? Masa inilah butik tak nak buka job vacancy! Menyampah betul aku.

"Hai. You Iffa?" Aku panggung kepala. Aku terus kaku. Otak terus blank.

💌💌💌

"Dah lama I tak jumpa you."

Aku hanya senyum pandang wajah Aneeq. Wajahnya masih tampan seperti sebelum ini.

"You sihat Iffa?" Soal Aneeq lembut. Perlahan dia sisip air kopi dalam cawan itu. Masih kelihatan asapnya. Senyum manis terlahir di bibir Aneeq. Aku perhati tingkah lakunya baru aku bersuara.

"I sihat. You sihat?"

"Macam yang you tengok ni lah. Masih sihat. Tapi hati kurang sihat."

"Kenapa?" Berkerut dahi aku mendengar jawapannya.

"Sebab dah lama tak jumpa someone."

"Ouh. Girlfriend eh?" Soal aku dalam tawa. Padahal rasa nak gugur dengar perkataan someone tu. Aneeq dah ada makwe? Omgggg!

"Lebih kurang. Kawan perempuan kan?"

"Amboi... ramai ke kawan perempuan you tu?"

"Ramai. Tapi I stand for one."

"Kata-kata si buaya." Aku sindir setepek. Geram. Aneeq hanya ketawa. Hesy! Sabar ajelah!

"Apa pula buaya? Mana ada. I cakap stand for one pun kira buaya ke?"

"Selalu buaya aje cakap macam tu. Orang setia tak cakap dia setia."

"Auch! Pedihnya hati I." Aku ketawa. Tersentap member. Hahaha.

"Sudahlah. I dah lali dengan ayat buaya."

"Huish... That's mean dah ramai tackle you lah ni?"

"Like that lah." Aku tayang muka berlagak. Aneeq tergelak lagi.

"Tak sangka you ni ada sense of humour!"

"Apa ingat I ni kayu ke tak boleh buat lawak?"

"Yalah, dulu kita bukan kenal sangat pun kan? Sekarang bila dah mula kenal I tak sangkalah."

"Yalah, dulu you tu gilakan Tya."

"Eh eh..."

"Apa eh?"

"Sempat pula dia nak mengungkit."

"Ada I kisah?"

Aneeq gelak lagi. Entah apa yang kelakar sangat pun aku tak tahulah. Apa aku ni ada rupa badut ke apa?

MY SECRET LOVE💝 [COMPLETED]Where stories live. Discover now