Gempa not gay

1.3K 58 4
                                    

Gempa (Pov)

Sedang aku berselera menjamah makanan, tiba-tiba aksiku di ganggu oleh seorang gadis. Dia menghampiriku lalu berhenti di tepi tempat dudukku. Aku segera menoleh ke arahnya.

"Aaa...awak Gempa kan?" tanyanya padaku. Aku sekadar mengangguk. Nasi yang masih tersisa di dalam mulutku, aku telan sehinhga habis.

"Tadi ada seorang abang ni bagi surat dekat awak." gadis itu menghulurkan sepucuk surat yang dilipat menjadi kecil. Aku memandang surat itu pelik lalu kembali memandangnya.

Sapa pulak bagi surat ni? Surat apa? Surat berhenti sekolah ka? Surat letak jawatan ka?

"Abang mana?" soalku padanya. Dia hanya menjongket bahu tanda tak tahu. Aku menerima hulurannya lalu mengucapkan terima kasih. Dia pun segera beredar.

Mataku kembali menatap surat itu. Sebelum membukanya, aku menjilat dahulu jari-jariku dan terus membuka surat itu.

Kepada Gempa. Aku siapa? Tak penting. Yang penting aku nak kau jumpa aku di rooftop selepas waktu sekolah habis. Seorang diri ya?

Daripada,
Orang

Berkerut keningku membaca surat itu.

"Kalau bukan orang takkan alien kot?" kataku sendiri. Surat itu aku simpan di dalan poket seluarku lalu menyambung semula makanku yang tadinya tergendala dengan kehadiran surat yang merapu tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di rooftop

Aku membuka pintu rooftop itu dan terlihatlah sesusuk tubuh lelaki sedang berdiri membelakangiku. Aku menghampirinya lalu berdehem. Dia menoleh ke arahku. Terkejut aku tengok dia. Kerana dia ialah...

"F-Fang?"

Ya. Fang. Fang tersenyum ke arahku. Entah bagi aku budak landak ni pelik pulak hari ni. Abang dia tak bagi makan ubat kot.

"Kau nak jumpa aku kenapa? Siap past surat bagai." tanyaku. Tiba-tiba saja tanganku di pegang lembut olehnya.

"Aku nak cakap sesuatu pada kau. Tapi...jangan terkejut pula." dia menundukkan sedikit kepalanya. Aku kan pendek~

"Apa? Ish! Apa pegang-pegang ni?!" aku merentap tanganku dari pegangannya lalu mengusap pergelangan tanganku.

"Kita kawan dari kecil lagi. Dulu, aku memang musuh korang dan termasuk kau. Tapi...sejak kita mula naik ke alam remaja...aku jadi lain. Aku seperti ada suatu perasaan yang aku tak boleh nak teka pada kau. Entah perasaan apa. Tapi yang aku pasti bukan benci. Dan aku-" belum sempat dia meneruskan ayatnya dengan selamba aku memotong.

Tunggu landak ni bercakap sampai malam pun tak habis. Naik meluat aku dengar.

"Straight to the point boleh tak? Daku nak balik masak untuk adik-adik aku lagi." aku sedikit meninggikan suaraku.

"Ok. Fine. Aku......"

Dengan spontannya tangannya naik ke dua belah pipi gebuku. Tersentak aku di buatnya apabila pegangannya lembut selembut kain sutera.

"Aku...cintakan kau."

WOY! KAU GILA KA APA HA?! CINTA TAHI ANDA!

Membutang mataku. Mamat ni memang sah lari dari hospital gila ni.

"K-kau ni dah kenapa?" soalku padanya. Dia menurunkan tangannya lalu kembali memegang tanganku. Dia menunduk.

"Dengan sikap prihatin kau, aku mula tertarik dengan kau. Kau ambil berat tentang orang sekeliling kau, dengan kawan-kawan kau, adik beradik kau dan semua orang kau ambil berat. Dari situ aku mula tahu aku...cintakan kau." katanya sedikit merendahkan suaranya

Ni dah makin teruk ni. Memang teruk! Ah! Gila ka apa ni?! Aku jantan la! Aku masih ada selera dengan perempuan tau?!

"Ish! Kau ni gila ka apa? Aku lelaki la! Kau pun lelaki!" aku menarik kasar tanganku

"Tapi...aku-"

"Kau dengar sini eh? Aku. Bukan. GAY! Kau nak jadi gay ke hapo kau jadi sengsorang! Jangan pernah sesekali libatkan aku. Faham?!" tengkingku padanya. Lalu aku terus melangkah pergi dengan perasaan yang bercampur baur.

Di rumah

"Gem. Lambatnya kau balik?" tanya Halilintar padaku seleoas saja aku masuk ke dalam rumah

"T-tadi aku ada kerja sikit. Tu yang lambat sikit. Korang dah makan?" tanyaku untuk menukar topik

"Belum." jawab mereka serentak. Aku tersenyum

"Jap aku masak."

Aku terus melangkah ke dapur. Baik masakkan untuk diorang dulu. Kang kebulur habis adik-adik aku kot. Diorang bukan boleh. Senduk pun tak pernah sentuh, apatah lagi nak masak?

Ktung! Ktang! Ktung! Ktang!

Aku sedang memasak sambil-sambil aku mengelamun seketika. Kata-kata Fang terngiang-ngiang di fikiranku. Dah banyak kali aku cuba buang. Tapi...entah degil fikiran aku ni. Pi kutip balik.

"Gem? Kau ni okey ke tidak?"

Terkejut aku tiba-tiba bila ada sebuah suara menyapaku. Aku segera menoleh. Halilintar rupanya. Dia bersandar di dinding dapur sambil memandang ke arahku.

"Kenapa? Nampak aku ni macam GILA ke?" aku sengaja menekan perkataan 'GILA' tu. Dia hanya tersengih.

"Tak lah. Mengelamun ja. Kalau minyak terkena tangan kau macam mana?"

Halah halah! Prihatinnya adikku sorang ni~? Abangmu ini bukan tak mau cerita. Tapi...ada sebab. Sebab apa? Entah.

"Sorry. Aa..kau tak join diorang ke?" aku kembali meneruskan aktiviti memasakku. Sambil-sambil tu aku ada kerling juga budak petir tu.

"Buat apa? Join main? Heh! Tak kuasa aku." katanya sedikit berlagak. Tahu sangat perangai dia ni sorang.

Pernah sekali. Dia bosan sangat. Pastu dia pun pergi ka minta izin dekat TTM tu nak join main. Last-last, dia yang jadi bahan mainan. Hadoi~

"Ikut suka kau la. Dah jangan kacau aku. Aku nak masak. Kang layan kau tak makan kot." dia mencebik lalu terus beredar pergi. Aku tersenyum melihat telatahnya yang tak pernah dia tunjukkan dekat sesiapa kecuali aku.

Aku...cintakan kau.

Aaargh! Datang lagi landak ni! Aku nak hidup pun tak senang! Baik mati-eh?! No no! Kau mati nanti adik-adik kau nak makan apa?

Aku kembali memasak sambil-sambil tu aku menyanyi-nyanyi, bergelek-gelek. Nak hilangkan fikiran tu. Walaupun aku tau sikap aku sekarang sangatlah tak matang.

Bersambung

Hai korang!! Selamat tahun baru. Dapat pun update. Walaupun di pagi-pagi buta. Ye la. Pagi-pagi cenggini ja author free pun.

Author tahu ini agak menghambarkan kan? Alah. Ngaku je hambar. Sebab author tahu memang hambar. Author ni tak pandai mengarang, tak pandai melawak. Tapi tak pe~

Kunyit Where stories live. Discover now