Sebulan sudah berlalu. Sepanjang sebulan itu juga pelbagai surat yang Gempa dapat dari Fang. Kadang-kadang dia dapat dari postman, kadang-kadang dia dapat dari pelajar-pelajar lain, ada juga dia dapat dari laci meja belajarnya. Makin serabut dia. Hidup pun tak tenang. Ada saja si budak landak ni nak kacau.
Sedang asyik Gempa melayan rancangan di TV, satu suara ketukan kedengaran dari pintu utama rumahnya. Kini, hanya dia sahaja yang berada di rumah. Semua adik-adiknya keluar dating. Dia yang single tak le kacau pasangan-pasangan sweet tu.
"Siapa pulak tu?" monolognya sendiri. Popcorn yang dia makan di letakkan di meja kopi di hadapannya. Dia bergerak menuju ke pintu utama.
"Si- Aik? Tak dak orang?"
Baru saja dia mahu bertanya, dia dikejutkan dengan tiada sesiapa di luar rumah. Siapa yang ketuk tadi. Hantu? Hantu apa siang-siang ni.
"Ah! Main-main lak!"
Bari saja dia ingin masuk, matanya tertacap pada sejambak bunga dan terdapat selitan kad di situ. Bunga kesukaannya, bunga rose.
Dia membongkokkan tubuhnya. Ingin mengambil bunga tersebut.
"Salah rumah ke apa?" tanyanya hairan. Bunga itu di bawa masuknya. Dia melangkah ke biliknya
Setibanya dia di bilik, bunga itu dia letak di atas meja soleknya. Sekeping kad dia ambil lalu dia membaca bait-bait ayat di kad itu.
Kepada,my first love
Gempa,Kau mesti tertanya-tanya kan siapa yang selalu bagi surat-surat tu? Aku lah! Aku yang selalu bagi surat-surat tu pada kau. Aku hanya nak kau tahu bahawa aku sangat cintakan kau. Kau adalah cinta pertama aku. Aku juga akan pastikan kau adalah cinta terakhirku.
Daripada,
Fang alien hensem"Astaga! Ini anak gak ngerti lagi. Aku udah bilang kalo aku gak suka sama dia kan? Dasar bahenol!" segala bahasa Gempa keluarkan setelah membaca surat itu. Agak dah. Memang kerja budak PANG ni.
Surat itu dia buang dalam tong sampah. Matanya berkalih pada bunga rose pemberian Fang itu. Bunga itu dia ambil lalu di bawa ke hidung. Dia menghidu bau bunga tersebut.
"Wangi." ucapnya perlahan
Bunga itu dia masukkan ke dalam pasu yang agak besar. Sayang pula nak buang. Tambah lagi kalau tu bunga kesukaannya.
Keesokannya
Pada pagi ini, Gempa berniat untuk datang awal satu jam ke sekolah kerana pada hari ini dia di tugaskan untuk menyapu sampah di kelasnya.
Gempa fikir, dia lah yang paling awal tapi sayangnya bukan. Dia adalah pelajar nombor 2 datang awal.
Tanpa membuang masa, dia segera ke kelasnya. Terkejut dia apabila baru saja dia membuka lampu kelasnya terpacak sesusuk tubuh di dalam kelasnya.
"MAKAKUMAKMENTUAKAU!!" latahnya spontan.
Terkejut bukan main dianya. Gila lah sapa tak terkejut. Buka saja lampu dah ada orang depan pintu. Sapa la yang berani duduk dalam gelap. Sorang-sorang pula tu.
"Hahaha!" tawa orang itu, iaitu Fang
"Astaghfirullah! Kau! Ish! Tak puas lagi kau jadi alien? Sampai hantu pun kau nak jadi?" marah Gempa pada Fang
"Sorry."
Gempa mengambil langkah untuk ke tempat duduknya. Beg, dia sandarkan di kerusinya lalu bergerak ke bahagian belakang kelas untuk mengambil penyapu.
Dia meneruskan aksinya tanpa melayan Fang.
"Gem.." panggil Fang
Sunyi...
"Gem.."
Sunyi...
"Baby~"
Tersedak air liur Gempa di buatnya apabila mendengar panggilan spontan dari rakan yang dia tak pernah mengaku lebih dari rakan.
"Uhuk! Kau kalau aku tumbok muka kau mati kot. Gelilah!" Gempa mengeliat badannya tanda geli. Sapa saja tak geli. Kalau readers geli tak?
"Aku panggil kau, kau tak jawab." katanya datar. Pandangannya masih tidak beralih dari memandang Gempa
"Ish! Apa?!" segera Gempa menghentikan aktivitinya tadi. Dia membalas pandangan Fang
"Kau... masih tak terima aku?"
Soalan paling Gempa benci. Kalau ikutkan, nak saja dia bagi se das tumbukan pada muka tak siap si landak ni.
"Tak." jawabnya datar. Dia sambung menyapu.
"Tapi sampai bila?"
Wajahnya mula berubah serius. Dia berjalan mendekati Gempa lalu berhenti di sebelah Gempa.
"Gem.. Aku ikhlas sayangkan kau."
"Aku pun ikhlas sayangkan kau. Tapi sayang sebagai sahabat. Tak lebih dan tak kurang." ucap Gempa lalu penyapu itu dia tinggalkan di tepi itu. Dah tak dak mood dia nak buat kerja pun.
"Gem! Gempa!" panggilan dari Fang di biar sepi tanpa sahutan. Fang mengeluh kasar. Mukanya di raup kasar.
"Serabut lah!"
••••••••
"Kau tak rasa ada yang tak kena ka dengan Gempa tu?" tanya Blaze pada Halilintar.
Mereka sedang berada di kantin. Hanya mereka berenam.
"Sama."
"Aku pun. Setiap hari dia dapat surat. Surat macam surat cinta pulak tu." akui Taufan mendapat anggukan dari mereka semua
"Thorn pun perasan. Thorn pernah nampak tong sampah dalam bilik abang Gempa banyak dengan surat-surat yang dia dah koyak." kini Thorn pula bersuara
"Ada apa-apa yang dia rahsiakan dengan kita ka? Kena siasat ni " Solar menongkat dagu
"Mungkin."
Serentak mereka menjawab.
Bersambung
Best tak? Tak or tak?😂 Author tak de idea sangat. Idea pun merapu. Maaf kalau pendek.
Bye! Author nak kongsi satu lagu sikit.
YOU ARE MY SUNSHINE
YOU ARE READING
Kunyit
Teen FictionTak tau nak tulis apa.So,baca je. Yang penting, about Boboiboy. Siapa yang homo tu jangan baca. Tak paksa. Warning!! Yaoi 15+ Don't like?Don't read!! *Boboiboy adalah milik monsta. Saya hanya meminjam watak.*