"Apa yang berjayanya?"
Serentak mereka menoleh. Terkejut mereka apabila orang yang menegur mereka tadi adalah abang sulung mereka. Terasa kesat pula air liur.
"G-gem. Aa... ki-kitorang t-tengah..... main!! YES!! Main!"
Tergagap Blaze ingin berkata. Kalau kantoi mampos diorang jugak.
"Main? Aa.. ya la! Tadi kitorang tengah main one two som. Pastu sama-sama menang. Jadi kami bersorak la."
Kini Solar pula yang bersuara. Walaupun dalam hati dah macam-macam ayat dia baca.
'One two som ada ka menang sama-sama?' fikir Hali
"Oh-eh? Apa tu? Tengok!"
Belum sempat apa-apa, Gempa terus merampas kamera dari tangan Hali. Hali pula sudah mengelabah tak tentu pasal.
Gempa pula sudah membulat mata dengan wajah yang merah. Malu campur marah.
"G-gem. J-jangan salah faham. Kitorang-" belum sempat Hali ingin meneruskan kata-katanya Gempa sudah memotongnya
"Baik korang bagitahu aku. Siapa punya kerja? Kalau taaaaak... AKU SIAT-SIAT ORANG TU!!"
Aura seram mula terbit di tubuh Gempa. Yang lain sudah meneguk air liur. Dengan mudah, Gempa hancurkan kamera itu dengan sekali genggam.
"G-gem. K-kitorang-" lagi sekali kata-kata Hali di potong
"Siapa!!" jerkahnya
"DIORANG!! BUKAN KAMI!!" dengan satu nafas, serentak Taufan dan Halilintar berkata sambil jari di tuding ke arah Solar, Blaze, Ice dan Thorn.
Ternganga mereka berempat apabila mereka menjadi sasaran.
"A-apa ni! Korang pun bersubahat sekali, kenapa kitorang yang kena?!!" kata mereka serentak tak puas hati
"Aku duduk rumah ja! Korang yang tangkap gambar apa semua tu! So, this is not my fautl!" nafi Taufan
"I know you did not join us earlier, but you also conspired all this time!!"
Kini, Solar pula menafikan. Entah berul ke idok pun tak tahu Grammarnya.
"Woi woi!! Aku tak dak kembar mat salleh sini. Aku tanya sapa punya kerja ja!" marah Gempa
"K fine! Aku mengaku aku bersubahat juga ngan korang selama ni. Tapi yang tangkap gambar not me."
Akhirnya Hali mengaku juga kerana malas nak bertekak lagi. Taufan pun menggangguk tanda 'ya'
"Kan senang~ Tak payah susah-susah. MALAM NI KORANG SEMUA TIDUR DALAM BILIK STOR!! JANGAN MASUK BILIK! MAKAN MALAM PUN TAK A.DA!"
Membulatlah mata mereka semua mendengar.
"TIDAAAAAAAK!!"
Malam hari
"Ish! Sempitlah! Tepi la sikit Solar woi!" Hali menolak-nolak tubuh Solar yang menghimpitnya
"Woi cekodok! Kau ingat kau sorang ja ka sempit? Aku pun!" marah Solar pula
Punggungnya digunakan untuk menolak Hali.
"Hoi! Busuk la punggung kau!" Hali menutup hidungnya
"Ish! Diam boleh tak? Rimaslah! Karang ada jugak yang kena sepak ngan aku ni."
Ice mula menyampuk.
"Hali... gatal la. Nyamuk banyak sangat." adu Taufan pada Hali di sebelahnya
YOU ARE READING
Kunyit
Teen FictionTak tau nak tulis apa.So,baca je. Yang penting, about Boboiboy. Siapa yang homo tu jangan baca. Tak paksa. Warning!! Yaoi 15+ Don't like?Don't read!! *Boboiboy adalah milik monsta. Saya hanya meminjam watak.*