'Ω'

892 46 9
                                    

"Aku...... tak terima."

Fang tidak terkejut sama sekali kerana dia tahu yang Gempa akan memberinya jawapan itu dan dia hanya mampu mengeluh.

Tiba-tiba......

"Gem!!" laung Blaze, Taufan dan Thorn serentak

Ternyata, mereka semua bersembunyi di balik pintu dan mendengarkan segala-gala yang dikatakan Gempa.

"Gem! Kenapa Gem tak terima Fang?! Terimalah Fang, Gem!" rayu Thorn melutut di kaki Gempa diikuti dengan Taufan dan Blaze

"Betul tu. Lagipun Fang baik. Terima la dia!" rayu Blaze pula

"K-korang ni kenapa? Aku lelaki la!" bantah Gempa kuat

Taufan, Thorn dan Blaze masih lagi melutut sambil merayu pada Gempa. Fang yang melihat agak terkesima dan terharu. Perasaannya sekarang bercampur aduk. Tak pernah dia terfikir yang mereka akan membela dirinya sebegitu rupa.

Halilintar, Ice dan Solar pun keluar dari tempat persembunyian mereka dan berjalan ke arah Gempa. Yang membuat Gempa terkejut ialah Halilintar tiba-tiba melutut di kakinya sama seperti Taufan, Blaze dan Thorn.

"H-Hali?"

"Aku mewakili mereka, ingin merayu sangat pada kau. Terima dia. Aku tahu dia ikhlas. Aku merayu sangat pada kau. Aku tak akan melutut pada orang kalau aku tak bersungguh-sungguh."

Yang lain juga turut terkejut dengan tingkah spontan Halilintar. Fang pula sudah membelalak mata melihat.

"Hali? Kau..." kata Gempa terpotong

"Please, Gem?" mata di kedipnya berkali-kali

Sengaja untuk memujuk Gempa. Kalau ada yang tanya apa reaksi yang lain? Jawapannya ialah....

"this is my brother/friend????" batin Taufan, Blaze, Ice, Thorn, Solar dan Fang

Siapa saja tak terkejut. Halilintar yang bersikap dingin, garang dan thundere tetiba jadi cute. Sampai author yang tulis pun ternosebleed.

Gurau..

Tapi tiada sesiapa pun di antara Taufan, Blaze, Ice, Thorn, Solar dan Fang yang ingin memasuk campur. Mereka hanya diam melihat. Entah apa la yang ada dalam fikiran Hali pun mereka tidak tahu. Sehingga author pun tak tahu.

"Hali. Kau- biar betul kau ni? Kau-aih! Kau kena rasuk ke apa ha?" tanya Gempa tak percaya

"Kau nampak muka aku macam orang kena rasuk ka? Kalau tak itu bermakna yes. Please, terima Fang. Aku tahu dia tak hensem, dia selalu berlagak hensem, gedik, landak, kalau cakap tu pakai lepas ja, perasan popular tapi dia ikhlas dalam mencintai kau." ujar Hali panjang sekali dengan pakej 'pujian' lagi

Fang pula memandangnya datar.

"Aku............"

Mereka semua menunggu dengan sabar. Fang pula sudah berpeluh-peluh.

"... tak tahu."

Dan mereka memandang Gempa datar. Punya lah diorang tunggu dan tunggu dan itu jawapan dari Gempa? Tak tahu? Sabar je la...

"K, fine. Aku bagi kau masa. Dan apa jawapan kau, itu terserah pada kau. Samada kau nak terima si landak ni atau tak." kata Hali seraya bangun dari melututnya dan berjalan masuk ke biliknya. Yang lain hanya diam dan tak lama selepas itu Fang mula membuka suara.

"Aa.. K-kalau dah tak ada apa-apa a-aku balik dulu." kata-kata tiada balasan. Terasa bagai di palau, dia pun mengambil keputusan untuk beredar saja dari situ

"Haa.. Aku nak masuk bilik dulu." kata Gempa lalu dia juga bangun dan beredar masuk ke biliknya

Mereka berlima diam sambil memandang satu sama lain. Lalu serentak menjongket bahu dan mereka juga akhirnya masuk ke bilik masing-masing.

Bersambung

Author:Please maafkan author sebab lama tak update. Author kekeringan idea la😭. And chapter kalini sangat menghampakan. Akibat tak nak korang tertunggu ii, so author update juga walaupun hambar. Sowy guys!

halilintar:Dan dalam chapter ni kau jatuhkan imej aku yang thundere ni, kau tahu?

Author:K bye!!

Kunyit Where stories live. Discover now