"Kau... dan dia.. putus? B-biar betul wei." kata Fang tak percaya.
Sekarang Ice berada di rumah Fang. Katanya nak ambil ketenangan. Dan kebetulan di sana juga ada Yaya, Ying dan Gopal. Jadi dapat la diluahkan perasaannya.
"Kau dah buat keputusan sebetul-betulnya, Ice? " tanya Yaya pula
"Ya lo. Kamu harus pikir-pikir dulu ma. jangan la terburu-buru. Nanti kamu juga menyesal maa.. " Ying berkata dengan pelat cinanya
"Aku dah banyak bagi peluang kat dia. Selama ni, dia tipu aku, aku percaya, dia mungkir janji, aku maafkan. Dan sekarang tak cukup lagi, dia curang dan buat itu di belakang aku. Aku tak akan bagi dia peluang dah. "
Mereka semua memandang Ice tak percaya. Selama ni, dia tak pernah tahu pula tentang perangai Blaze. Tapi tak silap diorang, Blaze tak begitu walaupun dia nakal juga.
"Hmm... Tapi setahu aku mana ada dia pernah tipu kau. Tapi aku tak tahu pula kalau dia pernah tipu kau. " kata Gopal pula
Mereka semua mengangguk tanda setuju. Ice pula hanya mengeluh. Dia meletakkan kepalanya di sofa yang di duduki itu.
"Entah la. Biar je la. Nanti la aku sambung fikir. Aku nak tido. Tumpang sofa kau Fang. "
Yang lain memandangnya datar. Masa macam ni pun dia ada fikir tido lagi. Kalau orang lain la, memang menangis tak berlagu la jawabnya.
"Apa-apa lah. Malam ni? "
"Aku tido sini gak. Malas balik rumah. Kalau balik pun, kena tido satu bilik dengan dia juga."
Fang menghela nafas dan hanya 'ok' kan saja. Tak lama selepas itu, Yaya, Ying dan Gopal pun pulang ke rumah masing-masing. Fang pula naik ke atas ingin ke biliknya.
Malam hari
"Assalamualaikum!"
Selepas memberi salam, orang itu pun masuk ke rumahnya. Dia berjalan menuju ke sofa dan baru saja dia ingin duduk, dia terperanjat dengan Ice yang tido tertonggeng di situ.
"Allah! Ingat hantu beruang mana tadi. PAAAANG!"
Laut orang itu. Tidak lain dan tidak bukan orang itu adalah Kaizo. Abang pada Fang/Pang
"Ye, bang? Kenapa? " tanyanya seraya menuruni tangga rumahnya. Dua berlari menuju ke arah abangnya
"Sesat mana pula beruang kutub ni? " jari ditunjukkan ke arah Ice yang sedang tidur nyenyak.
"Aa.. Panjang ceritanya. Tapi malam ni dia tidur sini. Boleh kan?" Fang membuat muka berharapnya. Dia tersenyuman apabila mendengar gumaman dari abangnya
"Ok. Dah. Fang nak sambung baca-" belum sempat dia ingin meneruskan kata-katanya, Kaizo terlebih dahulu memintasnya
"Masak untuk aku. Dah pergi."
Fang mencebik. Asal masak dia. Asal masak dia. Asal makan abangnya.
"Oi! Tepi sikit! Aku nak baring! "
Kaizo menolak-nolak Ice ketepi. Lalu berbaring di tepi Ice. Nasib sifa tu luas. Kalau tak memang jatuh menyembah lantai la kau Ice.
"Blaze.. Jangan tinggal aku. Blaze. " igau Ice. Kaizo menoleh ketepi. Dia berkerut dahi. Mamai ka apa dia ni?
"Ice?"
"Isk.. Blaze!! Jangan!! BLAAAAAZE!! "
"Hha.. Hhaa.. "
Dia terjaga dari mimpi yang boleh dikatakan buruk itu. Dia mengatur nafas. Kaizo juga turut bangun dari pembaringannya. Fang yang terdengar jeritan Ice juga pergi menghampiri mereka.
"K-kenapa bang? Ice? Kau kenapa? " tanya Fang sebaik saja dia sampai
Ice mengurut dadanya sambil menangis. Manakala, Fang dan Kaizo memandangnya hairan.
"Isk.. F-Fang.. a-aku mimpi Blaze."
Fang berjalan mendekati Ice. Lalu mengambil tempat di tepi Ice dan Kaizo hanya diam memberi ruang pada mereja berdua.
"Kau pergi la balik rumah kau lepastu minta maaf pada dia. Setiap orang ada salah masing-masing. Aku rasa dia dah menyesal tu. Please give him chance." nasihat Fang sambil menepuk-nepuk pelan belakang badan Ice
Ice menggeleng laju. "No! Aku takkan bagi peluang lagi dekat dia. Cukup dia dah sakitkan hati aku."
Fang mengeluh lalu memandang ke arah abangnya pula. Kaizo pula hanya memberi pandangan 'apa?' ke arah Fang.
"Dia putus dengan Blaze sebab Blaze curang dengan dia." jelas Fang ringkas dan mendapat anggukan dari Kaizo
Kaizo mengesot mendekati Ice. Dia meletakkan tangannya di bahu kiri Ice. Mata biru laut itu di renungnya dalam. Cukup dalam untuk menyelami perasaan Ice. Cukup hanya merenung iris itu saja dia boleh rasai apa perasaan Ice.
"Setiap manusia tak lari dari kesilapan. Semua manusia pernah buat silap. Dia juga manusia. Sama seperti kau. Manusia tak ada yang sempurna. Semua ada kelemahan dan keistimewaan masing-masing. Dia berhak dapat kemaafan dan peluang. Aku janji, peluang kali ni adalah peluang terakhir untuk dia. Kalau dia masih lakukan kesilapannya, aku sendiri akan hadapi dia demi kau. Aku akan bela kau pada masa tu."
Air mata Ice kini tak dapat di tahan lagi. Dia meraung sekuat hati sambil memeluk erat tubuh Kaizo. Dia tak sangka Kaizo ada keistimewaan itu. Dia dapat mengetahui perasaan seseorang hanya memandang matanya saja. Dia sangat terharu.
"T-terima kasih, Kaizo. "
Di rumah elemental
Kelihatan Blaze sedang ke hulur ke hilir menunggu Ice yang kini tak berkunjung pulang lagi. Dia risau kalau apa-apa yang tak diingini terjadi. Dia masih sayangkan Ice. Dia akan minta maaf pada Ice sepuas-puasnya apabila Ice pulang nanti.
"Mana Ice ni? " monolognya sendiri
Sedang dia ke hulur ke hilir dia melihat kelibat Taufan sedang menuju ke arah dapur untuk meminun air. Dia berjalan menuju ke arah Taufan ingin bertanyakan tentang Ice.
"Taufan. " panggilnya
Taufan terlompat kaget. Dia memandang belakang dan serta-merta mukanya berubah pucat. Dia trauma dengan Blaze. Dia takut sangat. Dulu, dia dan Blaze bersama Thorn tersangat rapat. Tapi sekarang, mereka renggang.
"B-b-b-blaze! A-a-a-apa k-kau bu-b-buat kat s-sini?" tanya Taufan sedikit takut. Blaze yang melihat keadaan Taufan itu hanya mampu tertunduk bersalah.
"Aku hanya nak tanya tentang Ice ja. Tapi.. Tak pa lah. "
Akhirnya Blaze beredar pergi. Taufan pula sudah terketar-ketar di situ. Kakinya bagai tak boleh bergerak.
'Aku memang dah maafkan kau. Tapi aku masih takut nak berjumpa dengan kau. Maaf... '
Bersambung
Agak ii nya, Ice dan Blaze akan bersama kembali or tak?
Sian Taufan kan? Ok lah. Bye!
YOU ARE READING
Kunyit
Teen FictionTak tau nak tulis apa.So,baca je. Yang penting, about Boboiboy. Siapa yang homo tu jangan baca. Tak paksa. Warning!! Yaoi 15+ Don't like?Don't read!! *Boboiboy adalah milik monsta. Saya hanya meminjam watak.*