2 bulan kemudian
Hubungan di antara Solar dan Thorn masih lagi tidak membuahkan hasil. Masing-masing masih lagi kekok sesama sendiri. Contohnya.......
Flashback
Di ruang tamu
"T-thorn." panggil Solar
Thorn menoleh ke arah Solar. Solar mula gelabah.
"G-gempa...p-panggil Thorn. Dekat...bilik air." berkerut dahi Thorn dengar 'bilik air'. Buat apa nak jumpa kat bilik air?
"Bilik air?"
"Eh! M-maksud aku dapur. Ha'a. D-dapur." Solar menggigit bibir bawahnya menahan tawa. Sapa tak tergelak kalau tersasul sampai tahap tu?😂
"Oh. O-okey." Thorn segera bangun lalu melintasi Solar.
'Pandainya aku. Bilik air?? Haha! Gila gempa nak jumpa dalam bilik air? Bilik air?' Solar tergelak dalam hati. Boleh eh gelak dalam hati? Ah! Lantaklah!
Flashback end
Macam tu lah~ Okey dah! Back to story....
Gempa dan yang lain perlu ke bandar dalam masa 1 hari. Kerana ada kerja. Tapi yang menjadi masalah adalah,Solar tak boleh ikut sebab demam. Yang lain tak sampai hati nak tinggalkan Solar sendirian dengan keadaannya.
Di bilik Solar
"Kau sure boleh tinggal sorang-sorang ni?" tanya Gempa risau
"Sniff...Ye. K-korang pergilah." kata Solar lemah.
"Hotak ko! Kalau kau nak makan nanti, kau nak cari mana?! Nak masak sendiri? Senduk pun tak pernah pegang." marah Halilintar
"Eh! Yang kau 'prihatin rakyat' sangat dah kenapa? Buang tebiat? Atau kau pun demam sekali?" bidas Solar. Haih. Bagai kucing dengan Anjing.
"Hoi hoi! Demam pun nak gaduh lagi ka?" Blaze menghentikan pergaduhan. Gempa hanya menepuk dahi melihat 2 beradik yang tak pernah nak serasi.
"Dah la tu. Sekarang salah sorang kena jaga Solar. Sapa nak jaga?" Gempa memandang mereka silih ganti.
"Aku tak nak~" jawab Ice dan Blaze serentak.
"Kau?" Gempa memandang Taufan
"Aku? Tak maulah! Dia ni banyak songeh! Mengada-ngada!" bidas Taufan
Gempa menghela nafas lalu memandang Halilintar. Halilintar yang seakan-akan rasa dirinya dipandang pun menoleh ke arah Gempa.
"Aku? Jaga dia? Kiamat dunia nanti." katanya selamba sambil menggulingkan bola matanya ke atas.
"Haih. Habistu sapa?" Gempa menghembus nafas panjang. Dah letih dengan kerenah bebudak ni.
"A-aku?" Thorn mula bersuara menawarkan diri
Semua serentak memandang Thorn terkejut plus tak percaya. Boleh ka budak kecik ni jaga Solar?
"KAU?!" serentak mereka berkata kecuali Solar. Dia sudah merona.
"Yelah! Takkan nak tinggal dia sorang? Dah korang pun tak mau! Kalau dia mari terjelupoq pun korang tak tau!" marah Thorn dengan pandangan yang tajam
"Kalau itu yang Thorn kata,tak palah. Jangan nanti orang yang demam yang kena jaga kau pulak sudah." kata Gempa
"Jom lah! Nanti lambat pulak." Halilintar bangun dari duduknya lalu beredar keluar diikuti dengan Ice,Blaze dan Taufan.
"Okeylah. Kitorang nak kena pergi dah ni. Jaga diri. Nak apa-apa kat dapur ada dah. Bubur pun dah ada kat dalam peti sejuk. Tinggal nak panaskan ja." pesan Gempa
YOU ARE READING
Kunyit
Teen FictionTak tau nak tulis apa.So,baca je. Yang penting, about Boboiboy. Siapa yang homo tu jangan baca. Tak paksa. Warning!! Yaoi 15+ Don't like?Don't read!! *Boboiboy adalah milik monsta. Saya hanya meminjam watak.*