Blaze merajuk?

902 64 18
                                    

Chapter ni atas kehendak jinx_1905. Terima kasih kerana sudi baca cerita yang hambar lagi kan hambar ini😢

🔥❄

"Hoaaam!"

Ice menguap tanpa menutup mulut. Masuk lalat kang!

"Blaze..."

Panggilnya. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa. Baru dia teringat yang Blaze turun tadi.

Dengan langkah yang paling malas, dia menuruni setiap anak tangga. Hampir saja dia nak tergelincir. Nasib pandai cover. Dia menjenguk ke dapur. Tiada sesiapa. Ruang tamu? Pun tak dak. Bilik air?

Woy! Buat ada orang nanti mamvus kau di cap gatai.

"Blaze? Mana dia ni?" monolognya sendiri

Tiba-tiba dia terdengar bunyi seseorang sedang bercakap. Dia mengorak langkah menuju ke belakang rumah yang hanya ada reban ayam dan kebun saja.

"Ayam, ayam... kau boleh rasa tak apa yang aku rasa?" tanya Blaze pada ayamnya

Dia mendukung ayam itu seperti mendukung baby(?) Sempat dia mencium pipi ayam itu.

"Kok! Kok!"

"Kau dapat rasakan? Kau rasa apa?" tanya Blaze lagi

"Kok! Kok! Kok!"

"Kecewa? Memang pun. Aku.. entah la. Mungkin sedih. Tapi... mungkin bersalah." Blaze membelai bulu-bulu ayam itu

"Kok kok!"

"Aku... mungkin tak faham dia kot. Ye la. Semua manusia ada sifat malu kan? Kaizo pun mesti ada kan? Eh? Tapi Kaizo manusia ka?"

Kaizo, atau lebih tepat ayamnya, memandang pelik ke arah tuannya. Dia letak nama tu sebab ayamnya yang satu itu sedikit garang. Bukan sedikit, tapi banyak.

"Aku-" belum sempat dia ingin meneruskan kata-katanya, Ice terdahulu bersuara

"Blaze? Kau buat apa kat sini?" tanya Ice

Segera Blaze menoleh ke belakang."..."

Dia diam. Dia kembali menoleh ke arah ayamnya. Ice mengerut keningnya apabila soalannya di biar sepi.

"Blaze. Kau kenapa?" tanya Ice lagi

"..."masih diam

Ice mendekati Blaze lalu mencangkung seperti Blaze. Dia memandang Blaze tepat pada mata orange itu.

"Kau dah kenapa diam? Period eh?"

Adoi kau Ice. Agak-agak la sikit🤦‍♀

Blaze tak menjawab. Dia bangun dari mencangkungnya, ayam itu dia masukkan kembali dalam sangkar itu lalu berlalu pergi. Ice memandang bayang Blaze yang sudah pergi dengan pandangan hairan.

"Apa kena dengan dia tu?" tanyanya sendiri

Malam hari

Kunyit Where stories live. Discover now