JIN x JIHYO

102 20 0
                                    

===========
=DEJA VÚ=
===========



"Seong Im!"

"Yah! Seok Jin.... Apa awak nak ni? Dah la panggil saya datang dekat taman ni pukul 12 malam... Tak takut ke nanti hantu datang?"

Lelaki itu hanya tersenyum malu memandang buah hatinya yang tidak habis membebel kearahnya. Namun setelah gadis itu berhenti, keadaan menjadi agak sunyi.... Jin tidak habis mengamati wajah cantik Seong Im sehingga lelaki itu terbuai dalam angannya.

"YAH! SEOKJIN! AWAK BERANGAN APA?!"

Kepala lelaki itu dipukul manja, membuatkan lelaki itu tersedar. Dia menggaru belakang tengoknya kekok akibat malu. Tak sangka dia begitu angau dengan gadis di hadapannya.

"Dah... Awak nak apa?"

"Erm.... Seong Im."

"Yer.... Sayangku? Nak apa huh?"

Terasa pipi tembam Jin menghangat apabila Seong Im memanggilnya dengan panggilan sayang. Jin terus memandang belakang lalu menampar pipinya berkali-kali. Lelaki itu memang seperti itu, dia mudah gugup dan bertindak aneh.

"Haih.... SeokJin... Baby kesayang Seong Im.... Boleh tak kita straight to the point je?"

Jin mengumpul keberanian lalu menghadap ke arah Seong Im kembali lalu wajahnya mngukirkan senyuman comel. Yang buatkan Seong Im pula termalu kecil.

"Kita... Dah lama bersama...Hehe.."

Jin tertawa kecil namun Seong Im pula memandangnya pelik.

"Jadi?"

"Hehe... Eomma kata, tak baik biar buah hati kita tunggu lama-lama... Takut nanti ada orang ambil kesempatan dekat dia..."

Seong Im masih berasa curiga dengan pernyataan Jin. Gadis itu menjongketkan keningnya. Tiba-tiba tangan Jin bertindak merangkul pergelangan gadis itu lalu didekatkan pada dadanya.

"8 tahun.... Degupan ini masih sama bila bersama awak... Saya takut, degupan ini akan berhenti kalau awak sudah tidak ada bersama saya...."

Pada waktu itu, ungkapan yang dilontarkan oleh Jin membuatkan Seong Im terharu. Lelaki itu sentiasa dapat membuatkannya gembira, kerana itu dia masih sayangkan lelaki itu walaupun tingkah lakunya yang masih seperti kanak-kanak.... Tanpa sedari, gadis itu mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna merah daripada poket seluarnya. Makin tertanya Seong Im dengan kelakuan lelaki itu.

"Seokjin nak hubungan kita menjadi lebih lagi... Saya nak kita dirikan rumah tangga dan besarkan anak sama-sama.... Saya nak awak sentiasa ada di sisi saya..."

"Mak--"

"Cheong Seong Im..... Sudi tak awak, teman saya sehingga tua? Jadi ibu kepada anak-anak saya? Layan karenah saya dan jaga saya bila sakit?"

Seong Im tergamam dengan luahan isi hati Jin. Baginya, ayat itu amat ikhlas dan mendalam. Air matanya bergenang namun diatahan supaya tidak melimpah.
Dia tidak dapat balas dengan kata namun hanya anggukan sahaja dapat diberikan. Lelaki itu dengan pantas menarik Seong Im ke dalam dakapannya lalu memeluknya dengan erat.

[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)Where stories live. Discover now