V

89 22 0
                                    

=================
= HIDE AND SEEK =
=================




"YAH!!! SEJEONG!!!! KAU PERGI MANA HUH?!!! "jin menjerit kuat sehingga satu rumah bergema kerana suara lantang miliknya.Setiap ruangan rumah diperiksanya mencari keberadaan gadis itu namun tiada langsung susuk dirinya di situ. Dengan segera bilik rahsianya dimasuk lalu telefon miliknya dicapai. Telefon itu khas untuk memeriksa lokasi seseorang selepas diletakkan cip padanya.

"Kau ingat kau boleh lari jauh? "Dengan pantas lelaki itu berjalan ke luar rumah mengikut lokasi yang tertera pada skrin telefon itu. Dia membawa kapak bersamanya mencari gadis itu dengan teliti. "Sejeong.... Aku tahu kau ada dekat-dekat sini.... KAU KELUAR SEBELUM AKU BUNUH KAU! "Sejeong yang menyorok di sebuah pohon besar berdekat tergetar-getar menahan dirinya daripada menangis dan mengeluarkan bunyi.

"SEJEONG! "Bahu gadis itu terhincut mendengar jerkahan daripada lelaki itu.
Dengan senyap gadis itu berjalan pergi menyambung kembali langkahnya untuk keluar dari neraka itu. tanpa disedarinya, dia terpijak ranting kayu membuatkan bunyi yang menarik perhatian Jin. Lelaki itu terus berjalan ke arah bunyi yang didengarinya.

Sejeong tanpa berfikir panjang terus berlari tanpa memandang belakang menerjah hutan yang gelap itu. Hampir banyak kali dia tergelincir akibat hujan yang lebat dan jalan yang licin. Kakinya yang sakit akibat tergeliat dibiarkan lalu dia menguatkan dirinya melangkah lagi. Tiba-tiba, bajunya kuat ditarik sehingga gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak batu. Darah pekat mula mengalir menuruni kepalanya.

"Kau nak lari mana lagi perempuan?! Kau ingat senang-senang kau nak keluar dari tempat ni? "Jin mengacukan pistolnya dihadapan muka Sejeong sambil tangan sebelahnya memegang kapak. "Tolong.... Lepaskan saya.... "Sejeong memohon lemah akibat kesakitan yang dialaminya di kepala. "Apa? Lepaskan kau? Kau ingat senang-senang ja nak aku lepaskan kau?! "
Rambut gadis itu ditarik kasar memandang wajah bengisnya.

Sejeong memandang papan di sebelahnya. Terus tangan gadis itu lincah menariknya lalu memukul kuat kepala Jin. Dengan kesempatan yang ada, gadis itu bangkit lalu mengatur langkah seribu pergi dari situ.
Jin mengerang kesakitan lalu kepalanya dipegang.Darah....Dia mengambil pistolnya lalu disisipkan ke dalam poket seluarnya.
Tangannya mencapai kapak lalu dia terus berdiri mengejar Sejeong yang sudah berjalan agak jauh daripadanya.

Jin tangkas dan licik orangnya. Dia mengambil jalan pintas untuk mendekati gadis itu berkat daripada lokasi Sejeong yang tertera di skrin telefonnya. Sejeong yang sibuk berlari tanpa berfikir terus terlanggar sesuatu membuatkan dia kembali jatuh menyembah bumi. Gadis itu memandang ke atas melihat wajah Jin yang sedang tersenyum menyeringai di hadapannya. Darah yang turun daripada kepalanya dibiarkan saja.

"Kau memang layak mati.... "

"Aku dah lama bersabar dengan kau... "

"Biar kau jumpa dengan pakcik kau.... "

"Dan beberapa hari nanti, aku akan hantar Midam pula kepada kau.... "

Jin melayangkan kapaknya ke udara bersedia untuk mengakhiri kehidupan gadis itu. Sejeong hanya memberi pandang redup bersedia untuk mati. Dia sudah penat untuk berdepan dengan perkara-perkara yang menyakitkan itu. Tiada gunanya lagi dia hidup.....

"Saya mohon, kalau awak benci Midam pun.... Tolong la jangan bunuh dia... Saya tahu dia sudah ganggu kerja awak. Cuba awak fikir balik, kalau ada orang bunuh seseorang yang awak cinta apa perasaan awak? "

Jin terhenti. Dia mula berfikir tetapi itu tidak lama mengganggu hasratnya. Dia kembali memandang wajah Sejeong bengis.

"Tak... Aku tak kisah.... "

POM!!!!

Sejeong terkejut dengan bunyi tembakan yang dilepaskan tadi. Jin juga sama. Dia melihat bahunya yang sudah mengalirkan darah akibat terkena tembakan tadi. Memang perit tetapi dia bukan lelaki yang lemah. Pistolnya dikeluarkan lalu dia memandang ke belakang melihat figura Midam sedang mengacukan pistol ke arahnya.

"MIDAM!!!!! "Jerit Sejeong lalu berlari ke arah Midam. Lelaki itu terus memeluk Sejeong lalu kembali memandang ke arah Jin. "Lebih baik kau menyerah sebelum aku bunuh kau! "Jin tersenyum sinis. "Kau ingat aku takut dekat kau?!!"Jin mengeluarkan pistolnya lalu ditembak ke arah Midam. Lelaki itu menarik Sejeong supaya mengelak daripada peluru yang berbahaya itu sehingga terkena lututnya. Sekali lagi dia menembak peluru itu semasa Midam terleka sehingga mengena kepada Sejeong.

"SEJEONG!!!!!!"Lelaki itu terus mengesot ke arah Sejeong lalu memeluk gadis itu erat. Tanpa membuang masa, Jin mengatur langkah seribu pergi dari situ. Dia sudah tidak kisah pasal mereka. Yang dia tahu, dia perlu selamatkan dirinya dulu.







To be continued......

[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)Where stories live. Discover now