ENDING

126 22 0
                                    

================
=STILL WITH YOU=
================



Kehadapan Cheong Seong Im,

Gadis misteri yang datang tak diundang namun pulangnya masih ditunggu-tunggu untuk kembali....

Aku menulis surat ini khas untuk kamu sang gadis manis yang dapat buatkan hati aku berdetak tak berpenghujung walau hanya mendengar namanya. Saat ini sekarang, aku mahu mengatakan bahawa aku hanya baik-baik sahaja. Setelah hidup aku menghantar kepergian kau, aku sudah mendapat pengajaran dan jangan risau kerana aku sudah mula ingin bertaubat dan belajar daripada kesilapan silam....Aku mahu jadi seorang lelaki yang baik kepada gadis murni seperti kau.....

Kepergian kau meninggalkan luka yang dalam bagiku namun segalanya sudah lepas... Aku tak dapat ulang kembali, aku tak dapat perbetulkan segalanya. Keinginanku ingin membina kebahagiaan bersamamu tidak tercapai namun aku mahu kau tahu yang aku rasa amat bersyukur bertemu dengan seorang gadis penuh dengan keistimewaan dan kelebihan. Aku mahu kau tahu yang sampai ke hari ini, aku masih menunggu kau walaupun aku tahu yang kita tidak dapat bersama....

Aku mahu kau ingat bahawa aku cintakan kau, sehingga hembusan nafas terakhir aku...

Song Jihyo.....

Tangan Jin berhenti menulis. Pensel yang degenggamnya terlepas dari tangan lalu lelaki itu memandang ke langit. Terasa tiupan angin yang menerpa kulitnya seperti sentuhan daripada gadis itu. Amat nyaman. Bukunya yang penuh dengan catatan tak berpenghujung, ditutup.

Kakinya melangkah ingin jejak masuk ke rumah namun tiba-tiba sebuah kereta datang berhenti di halaman rumahnya. Beberapa lelaki berpakaian seragam polis berjalan datang ke arahnya. Dia hanya beriak biasa, memang sudah tahu dia akan diburu dan dia sudah penat untuk berlari.

"Maaf, encik ditahan akibat terlibat dengan beberapa kes pembunuhan.... Sila ikut kami ke balai."

Mereka menggari tangan Jin lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta. Setelah itu, mereka terus meluncur pergi meninggalkan kawasan rumah itu. Jin berpaling ke arah tepi, melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya.

Midam.....

"Kau apa khabar?"

Soal Midam secara tiba-tiba.... Jin hanya diam, wajahnya pucat lesu. Namun, dia mengukir senyuman kecil, lalu membalas.

"Macam yang kau lihat sekarang.... So.... How your life?"

"Aku makin bahagia.... Thanks to you, kau buat hubungan aku dan Sejeong makin akrab."

Jin berdecis perlahan lalu memandang ke luar tingkap. Sudah hampir mereka dengan balai polis jadi lelaki itu ingin mengamati dunia luar sebelum terperangkap di bilik gelap dan jauh dari dunia luar.....

"Aku takkan pernah minta maaf dekat kau namun aku harap kau bahagia dengan Sejeong.... Kau patut bersyukur yang kau masih dapat bersama dia jadi hargai dia...."

Midam berasa bingung dengan kata-kata Jin yang agak klise itu. Dia hanya bisa mengangguk lalu memandang ke arah lain. Setibanya mereka di sana, Jin dibawa keluar lalu mereka menapak masuk ke dalam balai polis tersebut.

Dia dibawa ke dalam lokap lalu dibiarkan lelaki itu bersendirian di situ. Setelah terkunci, Jin terus berjalan duduk di suatu sudut terpencil jauh daripada cahaya.

"Segala perbuatan aku.... Aku yakin yang aku akan menerima hukuman setimpal iaitu hukuman mati.... Aku gembira dan tak sabar mahu bersama kau kembali......"








Tunggu aku.....






Seong Im.....











Tuhan dah takdirkan segalanya.....










Aku akan bersama kau lagi....










Kita akan bahagia,











Tanpa ada sebarang halangan.....









Aku cintakan kau.....








Selamanya....








Tiada siapa dapat ubah.....










THE END ♡


KIM SEOK JIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KIM SEOK JIN

KIM SEOK JIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


SONG JI HYO




'True love need sacrifices'






























TAMAT

[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)Where stories live. Discover now