B

87 23 0
                                    

-------------------------
WELCOME
환영합니다
-------------------------


"Akkk....Aku kat mana ni?"Jari jemari Sejeong memicit pelipis dahinya yang berasa amat sakit itu.Matanya melilau-lilau melihat bilik gelap yang didudukinya.Tangannya pula ditatap terikat pada rantai besi.Di dalam kotak fikirannya asyik mengingati kejadian dimana Jin berkata "kau akan menyesal kenal dengan aku, Sejeong...".

Sedang asyik gadis itu mengelamun, tiba-tiba tombol pintu itu dipulas lalu terpaparlah wajah Jin sedang berjalan mendekatinya."Kenapa saya ada dekat sini?"Sejeong memulakan percakapan.
Jin hanya menghadiahkan senyuman menyeringai sebagai balasan."Kau tak perlu tahu Sejeong...Yang pasti kau memang bodoh sebab percaya aku mati-mati...Kau tak sedar lagi ka yang aku hanya mempergunakan kau?"Jin tertawa sinis.

"Sampai hati awak Jin!Saya ingat awak memang orang yang baik!"Jin berjalan mendekati Sejeong lalu bertinggung di hadapan gadis itu.Tangan gatalnya digerakkan menyentuh wajah Sejeong yang suci itu."Aku nak kau tahu, aku memang dah lama simpan dendam dengan Midam.Dia selalu ganggu kerja aku....Malangnya, sehingga lupakan teman wanitanya sendiri."Sejeong memandang wajah Jin dengan geram.

"Awak jangan apa-apakan dia!Dia tak salah apa pun, dia cuma lakukan kerja dia!"Jin tiba-tiba ketawa kuat sehingga tawanya memenuhi ruang kosong itu.
"Dia tak salah?Dia salah sebab pilih untuk menggangu aku.Kalau dia tak pilih untuk selesaikan kes ni, dia takkan dalam bahaya!"Jin terus menengking Sejeong membuatkan bahu gadis itu terhinjut.

"Awak, tolong la...Saya mohon lepaskan saya dan jangan ganggu Midam oppa...Saya merayu sangat..."
Sejeong mula mengalirkan air mata meminta simpati daripada Jin.Lelaki itu langsung endahkan lalu bangun dari situ."Aku takkan menghentikan apa yang aku dah mulakan.Walau kau mengalir air mata darah pun, aku takkan kasihan langsung dengan kau..."Tangisan gadis itu semakin kuat kedengaran.

"AWAK KEJAM!AWAK TAK GUNA!"
Jin hanya tersenyum mendengar kata-kata Sejeong."Aku memang kejam.... Tapi kau perlu bersyukur yang aku masih tak lakukan apa-apa dekat kau."
Terus lelaki itu berjalan meninggalkan Sejeong yang asyik melaungkan namanya."JIN!!!JIN!!!BERHENTI LA!!!"

--------------------------------------

"APA?!!!BETUL KA SEJEONG HILANG?!!!"Midam berlari ke arah Encik Choi yang sedang berbincang dengan seorang pihak polis."Eah, Midam...."Encik Choi terus mengajak Midam pergi ke pejabatnya sebelum mereka berbincang tentang berita itu.

"Kamu tak tahu ka?Dah 4 hari dia tak balik rumah..."Wajah Midam jelas kelihatan amat risau pada waktu itu."Saya dah 1 minggu tak jumpa dia sebab saya sibuk selesaikan kes ni...
Tapi betul ke dia hilang?"Encik Choi sekadar mengangguk perlahan.Midam yang amat risau itu terus meraup wajahnya frust."Ni semua salah saya Pakcik Choi....Saya tak jaga Sejeong baik-baik..."

Encik Choi juga turut bersedih dengan berita itu.Dia mengusap perlahan belakang badan Midam bagi menenangkannya."Kes ni saya akan suruh yang lain selesaikan.Kamu perlu selesaikan kes yang kamu dapat tu dahulu...Jangan risau, pakcik yakin yang Sejeong tu baik-baik sahaja..."
Midam memandang Encik Choi dengan pandangan sayu.

"Baik...."Encik Choi terus menepuk bahu Midam sebelum dia meminta diri untuk pergi.Selepas Midam bersendirian, terus dia berjalan ke arah meja kerjanya.Kata-kata seseorang yang misteri itu bermain dalam kotak fikirannya.

"Let's see, siapa yang berjaya dan siapa yang gagal.Ini cuma peringatan Midam...Kalau kau kacau kerja aku, bila2 masa sahaja Sejeong akan....MATI."

"Aku yakin yang culik Sejeong mesti lelaki yang sama menelefon aku pada waktu tu...."Fikiran Midam amat berserabut pada waktu itu.Segala barang yang ada di atas meja kerjanya ditolak kasar."ARH!!!!!AKU TAKKAN LEPASKAN KAU KALAU KAU SENTUH WALAU SEHELAI RAMBUT DIA BODOH!!!!!"Jerit lelaki itu kuat membuatkan pekerja yang lain terkeejut dengan apa yang mereka dengar.

Sedang asyik lelaki itu meraung, tiba-tiba telefon miliknya berdering.Terus dicapainya lalu diangkat panggilan itu.

"Yeoboseyo...."

"Kau dah faham sekarang ni?"

"Apa maksud kau?"

"Kau dah faham erti melanggar arahan?"

"KAU SIAPA?!"

"Kau tak ingat aku?"

"KAU KAN YANG CULIK SEJEONG?!
MANA DIA?!"

"Bertenang....Jangan risau, dia baik-baik sahaja cuma sedikit cedera akibat----"

"Kau jangan sentuh dia!AKU BUNUH KAU KALAU KAU SENTUH DIA!"

"Bertenang....Aku kan dah kata, jangan kacau kerja aku..."

"TOLONG LA AKU MOHON JANGAN KAITKAN DIA DALAM MASALAH NI..."

"Senang kalau kau nak dia balik.....
Tutup kes tu, aku akan lepaskan perempuan ni."

"KAU---"

"Eah....Aku bagi cara paling senang dekat kau.Atau kau nak ubah cara?Aku boleh ja..."

"TOLONG LA!!!AKU AKAN BUAT!!"

"Ehhh....No no no, aku janji akan lepaskan perempuan ni kalau kau ikut cakap aku.Aku bagi cara senang kau merengek...Okey, aku tukar."

"APA?!!KAU BERITAHU JA APA YANG KAU NAK...DUIT, RUMAH, AKU AKAN BAGI KAU..."

"Aku tak perlukan semua tu, satu ja aku minta.Bunuh Encik Choi..."

"KAU GILA KA APA?!!!"

"Ikut suka kau la nak buat apa pun...
Kalau kau nak perempuan ni mati la..
Ingat ya, aku bagi kau 24 jam untuk bunuh orang tua tu!"

"Midam!Jangan ikut cakap dia!!
Tolong la dengar cakap saya!"

"SEJEONG?!!Awak dekat mana?!"

"Arhhh....."

"Cukup la sekadar dengar suara dia...
Dia sedang tidur sekarang ni...Selamat tinggal, ingat ya arahan aku.And one more thing, don't tell anyone because this is just the two of us...."

TUT.........

"BODOH!!!!KAU MEMANG BODOH LAH!!!!"Kerusi mejanya ditendang kasar.Kakinya mula menjadi lemah sehingga lelaki itu duduk bersandar di sudut dinding.Matanya mula mengalirkan air jernih."Tuhan, selamatkan Sejeong daripada syaitan durjana itu...."

"Aku tak ada pilihan lain selain ikut cakap dia...."Midam terus memandang tangannya yang kosong itu.Kakinya dikuatkan untuk bangun.Saki baki air matanya dilap kasar lalu lelaki itu terus mengambil pistolnya yang berada di atas meja.Pistol itu disisipkan di seluarnya lalu lelaki itu melangkah keluar daripada pejabatnya.

"May, Encik Choi pergi ke mana?" Midam memberhentikan seorang kaki tangan di situ lalu bertanya."Encik Choi sedang adakan mesyuarat bersama perdana menteri.Kenapa tuan?"Midam menggelengkan kepalanya lalu berjalan pergi dari situ.
Gadis itu memandang tuannya pelik.
"Kenapa dengan Tuan Lee tu?Murung semacam ja..."gumam gadis itu perlahan."WOI!KAU TENGOK APA TU?!"Bahu gadis itu terhinjut kerana terkejut dengan perbuatan rakan sekerjanya itu.

"Kau kenapa Jaehwan?!"Marah gadis itu.Jaehwan hanya membalas dengan muka tidak bersalah."Kau tengok apa tu?""Kenapa dengan Tuan Lee?"Tanya gadis itu pelik."Cik Sejeong hilang...."
May angguk faham.







To be continued....

[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)Where stories live. Discover now