O

85 24 0
                                    

=================
= FIGURE OUT =
=================

Jin berjalan memasuki kawasan perkuburan itu. Kakinya melangkah ke arah satu kawasan perkuburan di bawah pokok besar yang rendang. Lelaki itu bertinggung memandang ke arah kubur itu. "Kau.... Seong Im kan? Aku pasti kau adalah gadis yang menghantui aku selama ni... Aku cuma perlu tanya, kenapa kau pilih aku untuk bantu kau sedangkan kita langsung tak pernah berjumpa ataupun bersua muka. "Tangan lelaki itu bergerak membuang daun kering yang berteraburan di atas kubur itu.

"Kenapa aku datang sini dan tanya kau eah sedangkan kau takkan jawab? "Dia kembali bersuara selepas beberapa detik mendiamkan diri. "Taman bunga ros? Kita pernah bertemu ka sebelum ini? "Lelaki itu memandang ke arah perkuburan yang lain. Langsung tiada orang selain dirinya sahaja. Tiba-tiba angin sepoi-sepoi mula menerpa wajah Jin. Angin itu terbang membawa daun-daun kering yang layu pergi dari situ.

"Mimpi.... "

Suara itu datang dan pergi bersama angin tadi. Jin yang bingung itu berusaha memproses kata-kata yang datang tanpa disedarinya tadi. "Mimpi? "Jin menutup matanya erat lalu berusaha menghadam suara tadi. "Arh! Mimpi yang.... Aku dapat masatu!Dekat taman ros!"Lelaki itu membuka matanya kembali lalu berdiri untuk mengundur diri dari situ. Sebelum sempat dia pergi, satu ayat yang tak pernah keluar dari mulutnya disebut.

"Terima kasih.... "

Lelaki itu terus melangkah pergi dari situ lalu memandu keretanya pergi ke sebuah taman yang dia tahu memang ada banyak bunga ros di situ. Setelah tiba, dia memarkirkan keretanya di seberang jalan lalu berlari mamasuki taman itu. Dengan teliti bunga ros di situ dipandangnya mencari bunga yang dikatakan berbeza di situ. Setelah penat mencari, akhirnya dia jumpa juga sekuntum bunga ros merah yang tertanam disekeliling bunga ros putih di situ.

Bunga itu ditarik lalu diletakkan di tepi.
Tangannya digerakkan menggali tanah di situ mencari kotak yang disebut tadi. Setelah dalam lubang itu digali, akhirnya Jin ternampak sebuah kotak kayu yang bersaiz sederhana di dalam tahan itu. Kotak itu ditarik keluar lalu tanpa membuang masa Jin membuka kotak itu.

"Gambar apa ni? "Jin mengambil sekeping gambar yang memaparkan gambar seorang gadis yang wajahnya di dalam gambar itu sudah terbakar dan dirinya sedang berdiri di hadapan sebuah sekolah sambil berpegangan tangan. Belakang gambar itu dilihat. Ada sesuatu yang tertulis di situ.

"Disini dimana ianya bermula.... "

"Dekat mana sekolah tu? Aku tak pernah tengok. "Gumam Jin perlahan. Terdapat juga sebentuk cincin yang berada di situ dan ia tertulis sesuatu. Jin mengambilnya lalu memerhatikan cincin itu dengan teliti.

"My...Love?" Jin menjongketkan keningnya bingung. Siapa pemilik cincin itu? Setelah lama dia berada di situ, dia berasa air hujan mula menuruni langit membasahinya. Lelaki itu terus berdiri lalu kakinya melangkah berlari masuk ke dalam keretanya untuk pulang.

-----------------------------------------

"ARH!!! "Sejeong mengerang kuat apabila tangannya berasa sakit akibat beberapa kali dia berusaha untuk melepaskan tali yang mengikat tangannya itu. Dengan perlahan dia mengesot untuk mencari alatan tajam untuk memotong tali itu. Siapa sedar yang Sejeong akhirnya berjaya menjumpai serpihan kaca yang pecah bertaburan di situ. Tangannya yang terikat itu dengan laju mencapai serpihan kaca itu lalu laju berusaha untuk memotong tali itu sebelum Jin kembali.

Setelah lama berusaha, tali itu akhitnya terputus sedikit. Dengan segala tenaga yang ada, gadis itu menarik kuat tangannya sehingga tali itu terputus. Tanpa membuang masa, tali yang mengikat kakinya dileraikan lalu gadis itu menguatkan dirinya untuk berdiri. Kakinya melangkah laju ke pintu keluar. Nasibnya amat bertuah kerana lelaki itu lupa untuk menguncinya mungkin keran tergesa gesa tadi.

Gadis itu melangkah berjalan ke setiap ruangan di rumah itu mencari telefon. Setelah dia terjumpa sebuah telefon di ruang tamu rumah agam itu, terus nombor Midam di dail.

"Yeoboseyo? "

"M--Midam! "

"Sejeong....?!!! "

"Midam, tolong saya.... Saya terkandas dekat dalam rumah ni.... Saya takut.... "

"Bertenang.... Beritahu saya dimana awak berada... "

"Saya tak tahu! Tolong la.... Bila-bila masa sahaja lelaki gila itu akan datang! "

"Saya akan cari awak... "

Midam mematikan panggilannya tanpa sempat gadis itu kembali menyambung kata-katanya. Dengan segera langkahnya diaturkan untuk keluar daru rumah itu untuk mencari jalan keluar. "Kenapa.... Rumah dia dalam hutan?! "Sebelum itu, beberapa hari yang lepas Jin telah memindahkan gadis itu ke sebuah rumah agam lama kerana rumahnya sudah tidak selamat untuk dia menetap.

Sejeong berhenti buat seketika untuk berfikir jalan mana yang patut dipilihnya sebelum dia kembali berlari dari tempat itu. Tak kisah la dia sesat di dalam hutan itu, dia tak mahu duduk bersama lelaki saiko itu lagi. Dia dah serik diseksa setiap hari.







To be continued.......


[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)Where stories live. Discover now