============
=REPLAY=
============
Jin dengan kudrat yang masih ada berlari memasuki sebuah bangunan sekolah lama untuk menghindari lokasinya daripada diketahui orang lain. Lelaki itu memegang kepalanya yang berpinar-pinar dek kerana hentakan kuat daripada Sejeong tadi.
"Argh..."
Lelaki itu bersandar pada dinding yang ada dekat dengannya lalu badannya sedikit demi sedikit jatuh ke lantai. Penglihatannya berasa agak kabur akibat kepalanya yang terasa sakit tidak berpenghujung. Dia tidak tahu mahu pergi lari kemana lagi, hidupnya bagai tidak tentu arah.... Mahu balas dendam? Masih lagi mahu, dia tidak akan lupakan teras hidupnya.
Sedang dia asyik terhanyut dalam lamunannya, dia terdengar bunyi tapak kaki. Bunyi itu semakin dekat dengan keberadaannya membuatkan lelaki itu mengesot untuk pergi dari situ kerana di pikirannya ingatkan bunyi itu adalah tapak kaki polis yang akan mengejarnya. Dia tiada tenaga untuk bangun dan lari jadi dia gigih mengesot.
"Berhenti...."
Pergerakan lelaki itu terhenti akibat mendengar sebuah suara yang tidak asing baginya. Lelaki itu menoleh memandang wajah seorang gadis yang sudah lama tidak berjumpa dengannya. Seorang gadis yang penuh dengan misteri.
"Macam mana kau--"
"Seokjin, awak masih tak faham dengan keadaan sekarang ni?"
"Apa?"
Jihyo menggeleng kepalanya, menyedari betapa bodohnya lelaki di hadapannya itu. Sudah banyak petunjuk yang dia beri kepada lelaki itu namun satu pun dia tidak boleh tangkap. Memang dari dulu lagi, lelaki itu tetap sama.... Seokjin yang bendul, berfikiran tidak matang, mudah diperdayakan....
"Berhenti membunuh.... Berhenti berdendam.... Awak hidup dengan 1001 salah faham."
"Apa yang kau maksudkan? Kau siapa sebenarnya?"
Jihyo berjalan mendekati Jin lalu berdiri dihadapannya. Gadis itu mengukirkan senyuman pucat, membuatkan Jin tercengang.
"Segala yang awak ingat sekarang, segalanya cuma dusta.... Awak tahu zaman dulu, awak adalah seorang lelaki dengan senyuman yang murah, hati yang murni sehingga satu kejadian, awak berubah... Sekarang, yang awak tahu cuma membunuh, balas dendam... Awak tahu bukan kalau buat dengan cara ini sekalipun, awak takkan pernah puas kerana, cara ini takkan atasi segalanya! Ibu bapa awak akan kembali huh? Awak ingat, ibu bapa awak bangga?"
"APA KAU CUBA SAMPAIKAN? KAU SIAPA NAK ATUR HIDUP AKU? KAU SIAPA NAK SOAL HIDUP AKU?"
Jin hilang sabar dengan bait-bait ayat Jihyo. Lelaki itu memandangnya dengan pandangan amarah yang terkubur dalam hati namun dirinya amat lemah untuk melakukan apa-apa. Jihyo pula menghembus nafasnya berat memandang Jin yang masih berkeras hati, tidak menerima teguran...
"Awak tahu? Perempuan yang menjadi persoalan dalam hidup awak?"
"Seong....Im?"
"Ya, saya dah bagi banyak petunjuk.... Satupun awak tak dapat bongkarkannya. Awak masih bodoh seperti dulu, Seok Jin......"
Jin terdiam buat seketika. Dia tercengang dan tidak dapat berkata apa-apa. Kenapa gadis di hadapannya mula menyoal tentang gadis yang menghantui malam lelaki itu? Apa hubungan mereka? Mulut lelaki itu menjadi berat untuk dibuka. Sekarang, fikirannya bercelaru.
YOU ARE READING
[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)
Romansa✔Storyline by neophoria- Unforgettable Love A Kim Seokjin's fanfiction Genre; Romance, Action [Start : 23 April 2019 ] "Dia adalah saya dan saya adalah dia..." "Kenapa gadis misteri itu selalu menghantui aku?" Cast: Kim Seok Jin Song Ji Hyo Status...