--------------------
START
스타트
--------------------
1 MINGGU KEMUDIAN
"Sejeong!" Sejeong memandang ke belakang melihat figura Jin sedang berjalan ke arahnya. "Hi Jin." Sejeong melambaikan tangannya sambil tersenyum manis ke arah Jin. "Awak buat apa dekat sini?" Jin duduk di sebelah Sejeong sambil memandang sungai di hadapan mereka.
"Saja... Saya bosan duduk dekat rumah.
Lagipun teman lelaki saya tengah sibuk dengan kerja dia." Jin angguk. "Ouh, dia inspektor Lee kan? Saya ada tengok dia dalam televisyen." Sejeong senyum sambil memandang beberapa ekor burung merpati terbang di situ. "Saya takut apa-apa jadi dekat dia... Maklum la nyawa dia sedang dalam ancaman." Jin senyum sambil membaling batu ke dalam sungai itu."Jadi polis memang membebankan... Lagi-lagi kerja mereka bahaya, perlu bertempur dengan orang-orang jahat....
Tapi jangan risau, saya tahu dia kuat.... Dia boleh tempuhi semua bencana ni. Taruhkan harapan supaya dia selamat nanti....." Sejeong hanya tersenyum sambil angguk.
" Terima kasih sebab teman saya, Jin....
Awak memang orang yang baik. Kalau la masa saya kena ragut tu awak tak tolong, saya tak tahu la apa yang akan jadi... "" Saya tolong ikhlas.... Awak jangan risau sebab saya akan jaga awak sementara teman lelaki awak sibuk. "Jin menunjukkan jari kelengkengnya ke arah Sejeong sambil tersenyum. Sejeong hanya balas lalu kembali memandang ke arah langit.
Disebabkan satu kemalangan, Jin dan Sejeong bertemu. Mereka berdua selalu menghabiskan masa bersama setelah mereka kenal lebih dalam lagi. Tetapi Sejeong langsung tidak sedar yang dia sudah masuk ke dalam perangkap maut... Semuanya sudah dirancang Jin dari awal lagi...
FLASHBACK
Sejeong sedang berjalan pulang ke rumahnya kerana gadis itu ketinggalan bas.
Hari juga sudah menjelang malam. Gadis itu seorang diri berjalan di lorong yang lenggang tanpa sebarang manusia lalu di situ. Sedang dia berjalan di situ, tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki sedang mengikutnya dalam diam.Gadis itu memberanikan dirinya untuk menoleh ke belakang tetapi langsung tiada figura orang Mengikutinya. Gadis itu meneruskan perjalanannya lagi dengan langkah yang pantas. Hatinya berdegup kencang saat bunyi tapak kaki itu semakin laju mengikutinya. Dia berdoa agar seseorang membantunya pada waktu itu.
Dengan pantasnya sesuatu menarik Sejeong ke lorong gelap membuatkan gadis itu bergelut ingin dilepaskan. Pisau yang dipegang lelaki itu diacukan ke leher jinjang gadis itu membuatkan Sejeong berhenti bergelut. "Kau diam sebelum aku bunuh kau!" Katanya. "Lepaskan aku...."
Sejeong memohon perlahan."Berikan aku beg kau...." Lelaki itu menarik beg Sejeong dengan kuat lalu menolak gadis itu sehingga jatuh ke tanah. Tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah Mereka lalu memukul penjahat tadi dengan kuat. Mereka berdua saling tumbuk-menumbuk sehingga penjahat itu pengsan tidak menyedarkan diri. Selepas itu, lelaki tadi terus mengambil beg tangan Sejeong lalu menghulurkan kepada gadis itu.
"Terima kasih encik...." Jin senyum kecil. "Panggil saya Jin. Awak tak apa-apa?" Jin terus hulurkan tangannya membantu Sejeong untuk bangun. Sejeong menyapu tanah pada bajunya sambil menjawab pertanyaan Jin. "Saya tak apa-apa... Awak tu Okey tak?" Sejeong berjalan mendekati Jin lalu memegang wajah Jin yang berkesan luka itu.
"Akk.... Saya Okey ja. "Wajah Sejeong tiba-tiba berubah terkejut."Eah?!Awak lelaki yang saya jumpa dekat taman tu kan?"Jin angguk sambil senyum."Awak ingat lagi saya?"Sejeong angguk."Mesti la..."Jin hanya membalas dengan senyuman."Jom la saya hantar awak balik. Nanti jadi apa-apa pula dekat awak." Sejeong menggeleng sambil senyum. "Eah.. Tak apa la. Saya balik naik teksi ja." Jin bersungguh-sungguh mengajak Sejeong untuk menghantar gadis itu pulang sehingga gadis itu mengalah dan setuju. "Jom naik kereta saya." Mereka berdua terus berjalan ke arah kereta Jin lalu bersama-sama masuk ke dalam perut kereta.
"Alamat awak?" "Awak jalan dulu nanti saya tunjuk selok belok dia." Jin angguk lalu menghidupkan enjin untuk memulakan perjalanan.
END FLASHBACK
"Sejeong awak nak jalan-jalan tak?" Sejeong yang asyik mengelamun itu terus memandang Jin. "Awak nak pergi mana?"
Jin mula berfikir. "Apa kata kita pergi makan dulu sebelum jalan-jalan?" Sejeong angguk lalu mereka berdua bersama-sama bangun untuk ke kereta Jin. Mereka berdua memasuki perut kereta lalu Jin terus memulakan perjalanannya."Jin, Jom kita pergi taman tema nak tak?"
Jin angguk sambil senyum. "Boleh ja. Nanti kita main sama-sama." Sejeong angguk lalu melontarkan pandangan redup ke luar tingkap. "Kalau la Jin ni Midam oppa...."
Gumam gadis itu perlahan. "Apa yang awak tengok tu Sejeong?"Pertanyaan Jin membuatkan lamunan Sejeong mati." Tak ada apa... Pandang masa depan mungkin? "
Jin hanya tertawa." Sudah-sudah la tu... Kita kena berseronok sebelum terlambat... "Sejeong berasa pelik.
" Apa maksud awak? "Tanya Sejeong sambil memandang wajah Jin." Tak la, nanti kan kalau inspektor Lee dah settlekan kes dia, awak akan luangkan masa dengan inspektor Lee...Saya dah tak boleh sebab nanti dia kata apa pula.. "
Jin menjawab nada sedih."Ada-ada je la awak ni.... Dah la tu, fokus dekat pemanduan awak tu." Jin hanya tertawa dengan telatah Sejeong.
If you only know that all of this is just a mere act~~
Setibanya mereka di restoran makanan, mereka melangkah masuk ke dalam lalu memesan makanan." Awak nak apa? "Tanya Jin sambil melihat menu." Awak beli yang murah dah la... Saya takut duit awak habis nanti. "Jin gelengkan kepalanya."Tak apa... Bukan selalu pun saya belanja awak makan. Awak asyik tolak ja bila saya nak belanja." "Kalau macam tu, saya nak makan apa yang awak pesan."
" Baik, saya pesan 2 Jjajangmyeon. Awak nak air apa? "Sejeong meletakkan jarinya di bawah dagu sambil berfikir." Jus oren je lah.... "Jin angguk lalu segera bangun untuk memesan makanan. Sejeong pula menunggu Jin sambil bermain dengan telefonnya.
Beberapa minit berlalu akhirnya Jin datang bersama dulang yang berisi air dan makanan mereka. Sejeong mula mengambil makanannya lalu mula makan. Jin juga turut makan tanpa sebarang suara.
Setelah mereka habis makan, Sejeong meminta diri untuk ke tandas. Jin hanya angguk sambil menunggu Sejeong betul-betul hilang dari pandangannya.Tangannya di seluk ke dalam poket seluarnya. Sebuah paket kecil dikeluarkan lalu dia menabur satu ubat misteri ke dalam air Sejeong. Straw dalam cawan itu dipegang lalu dikacau dengan cepat kerana Sejeong sudah datang ke arahnya. "Awak nak pergi tak lagi?" Jin yang sedang minum air itu terus meletakkan cawannya.
"Minum la air tu dulu sebelum pergi ke taman tema. Nanti haus pula." Sejeong anggukan kepalanya. " Baik....." Gadis itu terus menghirup air miliknya lalu mereka berdua segera berjalan keluar dari restoran itu.Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta lalu Jin terus menghidupkan enjin untuk bertolak.
" Jin.... Saya rasa pening la...." Sejeong memegang kepalanya sambil bersandar pada kerusi kereta itu. "Itu maksudnya ia dah bermula....." Sejeong memandang Jin pelik. "Apa maksud awak?" Jin tersenyum sinis sambil memandang ke arah Sejeong.
"Kau akan menyesal sebab kenal aku Sejeong....." Gadis itu amat pening sehingga tidak dapat membuka matanya. Akhirnya gadis itu pengsan tanpa mengingati apa-apa...."Welcome to HELL..... "
To be continued.....
YOU ARE READING
[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)
Romance✔Storyline by neophoria- Unforgettable Love A Kim Seokjin's fanfiction Genre; Romance, Action [Start : 23 April 2019 ] "Dia adalah saya dan saya adalah dia..." "Kenapa gadis misteri itu selalu menghantui aku?" Cast: Kim Seok Jin Song Ji Hyo Status...