===================
= FIND OUT =
==================="Aku letak mana eah kunci tuh? "Sudah hampir satu bilik diselongkarnya gara-gara untuk mencari kunci pintu bilik loteng. Namun masih tiada langsung bentuk yang seakan-akan kunci yang dicarinya itu. Yang ada cuma kunci pintu rumah dan pintu bilik-bilik yang lain. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari di bilik yang lain pula. Sudah hampir satu jam dia menyelongkar semua bilik namun tidak membuahkan hasil. Cuma tinggal 1 lagi bilik tetapi bilik itu amat dilarang oleh ibunya untuk masuk.
Tanpa ragu-ragu, tombol pintu itu dipulas lalu kakinya dilangkah masuk ke dalam. Semua perabot di situ dilitupi kain putih bagi menutupnya. Jin menarik semua kain yang menutupi perabot itu satu per satu. Nampaknya bilik itu memang menyimpan satu rahsia yang langsung tidak dapat diungkapnya. Perabot di situ nampak lama dan asing. Sedang ralit lelaki itu memandang satu gambar yang agak familiar, terus dia tersedar akan apa yang sedang dia hendak lakukan.
Almari di situ satu per satu dibuka mencari kotak kayu yang dia masih ingat rupanya tetapi bukan keberadaannya. Selepas itu, katil usang itu dihampiri lalu dia meniarap melihat bawah katil itu.Tepat sangkaannya, akhirnya dia menjumpai kotak itu.Dengan segera kotak itu diambil lalu dia duduk di atas katil untuk melihat isi di dalam. Terdapat kunci, buku lama dan......
"Bunga ros layu? "Jin mengambil ros layu itu lalu diletakkannya ke tepi."Buku apa pulak ni? "Jin mengambil buku itu lalu helaian di dalam diselak.
7 JULY 2009
Seokjinnie oppa...
The way you smile, it's so sweet. I'm realize that I really need you. You're the sugar that make my tea more sweet.You brighten my day and I hope to start a life with you as a husband and wife.
Seongim❤
"Aku masih tak faham siapa dia dalam hidup aku... Kenapa aku langsung tak ingat dia huh? "Helaian lain diselak lagi. Banyak rahsia yang dia perlu korek untuk mengetahui identiti gadis misteri itu.
8 AUGUST 2009
Hari ini dia belikan saya sejambak bunga.
Saya amat sukakannya. Terima kasih sebab hadiah ini!Seongim❤
"Sekejap.... Biar aku ingat balik... Seongim ni bukan......"Lelaki itu terus menutup buku diari yang dipegangnya tadi lalu segera mengambil kunci untuk ke loteng.Buku diari itu dibiarkan jatuh tanpa dia sedar sekeping gambar tercicir dari buku itu.
Jin menapak kakinya ke tingkat paling atas rumah itu. Kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu itu lalu dipulas dengan serta merta. Kakinya melangkah masuk ke dalam sambil membuang sawang yang sudah berkurun lama di situ.Dia melihat ke dalam bilik itu namun tiada apa langsung yang menarik perhatiannya kecuali satu papan lukisan yang ditutup dengan kain.
Dengan perlahan kakinya berjalan mendekati papan itu. Tanpa ragu-ragu, dia menarik kain itu. "Gambar siapa ni? "Jin menilik wajah seorang gadis yang berada dalam lukisan itu. Dia langsung tak pernah lihat dan kenal gadis itu.
Sedang ralit dia meneliti gambar di dalam lukisan itu, tiba-tiba tingkapnya terbuka. Angin yang entah datang dari mana menerpa masuk ke dalam bilik itu membuatkan bilik itu menjadi agak sejuk.
Dengan segera lelaki itu berjalan ke arah tingkap untuk menutupnya. Sedang dia menutup tingkap itu, sekeping kertas terbang ke wajahnya.Dia mengambilnya lalu isi yang ada di dalam kertas itu dibaca satu persatu.
'Taman bunga ros...... '
Lelaki itu meronyok kertas itu lalu dikepal tangannya erat. "Arh! Taman apa yang dia sebutkan?!Dia ingat senang ka nak cari taman tu sedangkan punya la banyak taman dekat Korea ni! "Kertas itu dibuang lalu kakinya melangkah keluar dari bilik itu.
Dia ingin menyiasat tentang gadis itu. Sungguh dia mahu tahu mengapa gadis itu menghantui dirinya.Dia tahu dia sudah dalam ancaman bahaya kerana ramai polis yang sedang menjejakinya namun dia langsung tidak kisah kerana siapa sangat la polis itu nak bunuh dia.
Macam semua orang kata, orang jahat memang susah nak mati.
Keretanya dipandu menuju ke makam perkuburan ibu bapanya. Bukan hasrat mahu melawat ibu bapanya namun dia masih ingat kejadian di mana Jihyo menangis meratapi sebuah perkuburan itu. Dan yang penting, memang betul nama yang tertulis di situ adalah nama yang sama hadir dalam mimpinya.
To be continued.....
YOU ARE READING
[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)
Romance✔Storyline by neophoria- Unforgettable Love A Kim Seokjin's fanfiction Genre; Romance, Action [Start : 23 April 2019 ] "Dia adalah saya dan saya adalah dia..." "Kenapa gadis misteri itu selalu menghantui aku?" Cast: Kim Seok Jin Song Ji Hyo Status...