G

140 30 0
                                    

--------------------
THUNDER
우뢰
---------------------


Keesokan harinya....

Jin berjalan keluar dari bilik tidurnya lalu berjalan ke arah dapur untuk memasak.Dia memasak bbibimbap dan nasi goreng kimci.Dia juga membuat telur gulung.
"Kalau la ada peneman dalam rumah ni.Tak la sunyi sikit....Tapi sayang,siapa nak dekat killer macam aku ni..."bicara Jin sendirian.

"Siapa kata?"Tiba² Jihyo tiba dihadapannya sambil memegang sekuntum bunga ros merah."OPOCOT MAK KAU GRIM REAPER!!!"
latah Jin seperti Sajat..."Kau pesal masuk rumah aku tak bagi salam?"Tanya Jin dengan nada sedikit marah.Mana tak nya...
Tiba² dia datang masuk rumah orang lepastu kejutkan orang.Dah la datang tak diundang, pulang tak dihantar....

"Mianhae...Saya cuma nak teman awak....Saya tahu awak bersendirian sekarang ni..."Jawabnya sambil menghadiahkan senyuman manis."Macam mana kau boleh masuk?"tanya Jin kepada Jihyo.Jihyo hanya tersenyum lagi.

"Erm....Tak payah la cerita pasal tu...Nah..."Jihyo menghulurkan bunga itu kepada Jin lalu diambilnya."Saya akan teman awak harini sampai tidur."
Kata Jihyo bersemangat.Jin pula terus terkejut kembali.

"Tak apa....Aku tak nak menyusahkan kau.
Kau balik la....."Arah Jin.Gadis itu tidak mengalah.Dia cuma buat tidak tahu lalu membantu Jin menyediakan makanan di atas meja.Selepas itu,dia menolak Jin yang berdiri kaku itu duduk di atas kerusi."Makan tau Seokjin....Saya nak kemas rumah awak...."Jihyo terus beredar dari situ tanpa sempat Jin berkata.

"Apesal perempuan ni?"Jin terus makan tanpa sebarang suara.Selepas itu,dia mengangkat pinggan mangkuk yang kotor lalu dibawa ke sinki untuk basuh."Seok Jin...Nak saya tolong?"Jihyo bermonolog lalu merampas pinggan yang dipegang oleh Jin.Selepas itu,dia mencuci satu persatu pinggan sambil ditenung Jin

"Apa awak ni?Jangan la tenung saya macam tu....Cayer laaaa...."Jihyo yang perasan akan tenungan itu terus menolak wajah Jin ketepi."Perasan."Gumam Jin perlahan."Saya dengar apa yang awak kata.....Pergi lah mandi dulu.Badan awak dah berbau tahu tak?"

Selepas semua pinggan siap dicuci,Jihyo terus mengambil kain tuala milik Jin lalu diserahkan kepadanya.Jin terus merampas lalu berjalan masuk ke dalam bilik air.
Sempat lagi dia menjeling ke arah Jihyo.
"Apa tengok²?!Ada hutang?"Jihyo memarahi Jin yang masih berdiri statik di situ."Ne...Ne..."Dia terus berjalan pergi dari situ.

Jihyo tertawa kecil.Rasa bahagia?Mesti lah.....Akhirnya dia dapat mendekati Jin setapak demi setapak.Mungkin dia dapat membuatkan fikiran Jin berubah daripada menjadi seorang pembunuh."Awak....
Awak...Macam manalah nanti kalau saya pergi...."Monolognya sendiri.

Selepas sahaja Jin selesai membersihkan diri,dia melangkah masuk ke dalam biliknya untuk memakai baju.Dia memakai seluar trek dan tshirt berwarna putih lalu segera dia turun ke bawah untuk melihat keadaan Jihyo."Jihyo,kau kat mana?"Jin menjerit mencari kelibat Jihyo."Ruang tamu!"Balas Jihyo.Dia terus mengatur langkah pergi ke ruang tamu.

Setelah tiba di sana,Jin melabuhkan punggungnya di sebelah Jihyo."Kau tengok cerita apa?"Tanya Jin."Cerita fav awak lah...
Cerita Goblin..."Balas Jihyo.Dahi Jin terus berkerut selepas itu."Macam mana kau tahu pasal ni?""Alah....Kan saya dah kata saya ni dah pernah kenal awak."Balas Jihyo lalu kembali menonton cerita itu.Jin juga turut melakukan hal yang sama.

"Awak....."Panggil Jihyo."Apa?"Balas Jin selamba badak."Esok....Saya nak ajak awak keluar boleh tak?"Tanya Jihyo.Jihyo terus memaut lengan Jin erat untuk memujuknya.Jin terus memalingkan mukanya daripada televisyen."Tak boleh.
Aku sibuk...."Beritahu Jin.Dia masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan lagi daripada membuang masa keluar jalan² tu.
"Ala....Awak....Bolehla....Kita boleh luangkan masa....Saya tengok awak tak gembira la sekarang ni..."Pujuk Jihyo tanpa berputus asa."Ne...Dah²,tak perlu buat macam ni"Jin terus menolak Jihyo ketepi.
Memang la dia tak gembira sebab Jihyo ni asyik ganggu ketenangan dia ja...

Senyuman manis terukir dibibir Jihyo.Dia terus memeluk erat Jin.Jin yang berasa terkejut hanya terkaku di situ."Gomawo....."
Jihyo terus melepaskan pelukan itu lalu kembali menonton televisyen.Jin masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku tadi.Takkan dia boleh biarkan ja perempuan tu peluk dia sedangkan dia anti dengan semua tu....Memang dah sah dia gila.

Selama beberapa minit mereka menonton televisyen , keadaan menjadi senyap sunyi dan kekok.Tiba² kedengaran bunyi air yang kuat jatuh ke bumi telah menghapuskan kesunyian itu..Tanpa membuang masa,
mereka terus berjalan menutup tingkap agar air tidak masuk ke dalam rumah.

"Yah....Jin, tolong tutup suis televisyen.
Nanti kena sambar kang..."Arah Jihyo dan Jin hanya mengikut sahaja.Dia terus berlari ke arah sofa untuk mengambil remote (?) .
Dia terus menekan punat merah lalu mematikannya.Selepas semua tingkap selesai ditutup, Jin terus berjalan menaiki anak tangga untuk tidur sementara Jihyo sibuk mengemas ruang tamu.

Jin memasuki bilik tidurnya lalu berjalan ke arah katil.Dia terus berbaring lalu menyelimuti dirinya.
Badannya berposisi mengiring supaya dia lebih selesa.

Tiba2 bunyi guruh berdentum kuat membuatkan Jin terkejut sehingga air matanya turun membasahi permukaan wajahnya.Dia duduk lalu memeluk kakinya berharap seseorang akan datang dan menenangkannya.

Tiba2 pintu bilik milik Jin dikuat lalu seseorang datang ke arahnya dengan panik."Yah!!!Seokjin kenapa awak tak panggil saya?!"Jihyo terus naik ke atas katil lalu memeluk Jin erat."Seokjin, sudahlah...Saya ada dengan awak.."
Jihyo menggosok belakang milik Jin berharap dia akan tenang.

"Saya janji saya akan sentiasa bersama awak mulai sekarang ini..."Jihyo bersungguh sungguh memujuk lelaki itu sehingga dia tertidur kerana penat menangis.Jihyo perlahan lahan membaringkan lelaki itu lalu menyelimutkan dia.Dengan perlahan dahi lelaki tadi dikucup lembut.

"Awak....Sampai bila awak nak ingat saya kembali?"Jihyo bermonolog sendiri.Raut wajahnya jelas mengatakan dia berasa amat hampa pabila lelaki itu langsung tidak mengenali status dirinya.

"Tetapi, saya akan lenyap juga daripada hidup awak apabila sampai masanya nanti...Maafkan saya kerana saya akan memungkiri janji saya nanti..."Jihyo terus berjalan keluar dari bilik Jin selepas memeriksa keadaan lelaki itu.







To be continued.....

[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)Where stories live. Discover now