----------------
STAY
머무르다
----------------
Matahari mula terbit menyinari pagi yang indah.Burung mula berkicauan,
ayam juga mula berkokok.Jin terjaga dari tidur sambil menggosok matanya yang masih kabur."Apa yang terjadi semalam?"
Jin hanya mengangkat bahunya lalu bangun untuk berjalan ke bilik air.
Selepas melakukan rutin paginya, dia terus turun ke dapur berhajat ingin memasak.Tetapi matanya tertumpu kepada makanan yang sudah tersedia rapi di atas meja makan.Jin menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.Nasi goreng kimchi yang disediakan itu dikunyah perlahan-lahan."Hmm...Sedap jugak."Jin terus mengunyah makanan itu sehingga licin.Dia mengangkat pinggan itu ke sinki lalu membasuhnya.
Serbuk kopi diambil lalu dimasukkan ke dalam cawan kaca kosong.Jin terus mengambil air panas lalu dituang ke dalam.Selepas membancuh kopi itu, dia terus ke arah sofa lalu mengambil surat khabar untuk di baca.
"CEO Syarikat Park mati dalam kes kebakaran di rumahnya."
Jin menghirup air kopi panas itu lalu kembali membaca.Bibirnya terus mengukir senyuman.
"Kematian CEO Park amat berkait rapat dengan kematian Dato Kim dan Encik Choi.Mungkin perlakunya adalah orang yang sama...Kami akan menyiasat lagi hal ini.Daripada inspektor Lee Mi Dam."
Lantas surat khabar itu diselak ke halaman lain.Dia membaca dengan tekun sehingga akhir halaman.Terus dia tutup surat khabar itu lalu bangun
untuk ke suatu bilik bawah tanah.Dia menuruni satu per satu tangga untuk ke bawah.Di sebuah papan kenyataan terletak banyak maklumat yang ingin diketahuinya.Wajah inspektor Lee yang sudah lama terdampar di situ dilihatnya."Lelaki yang menggangu kerja aku...Nasib kau tak ganggu aku masa bunuh Jimin..."
Jin terus pergi ke meja besar yang berada di tengah bilik.Terdapat pisau di situ.Dia terus mengambil lalu menelitinya.Lantas pisau itu dibaling tepat mengena wajah inspektor Lee.
"KAU TAKKAN TERLEPAS KALI NI BODOH!"Tengkingnya kuat.Tiba2 Jin terus tertawa keriangan persis orang gila."Aku berdendam dengan ramai orang kerana mereka semua akan jadi musuh dalam selimut kita bila2 masa sahaja..."
Tiba2 suara seorang gadis terus menerjah masuk memanggil Jin.
Tanpa membuang masa terus lelaki itu berlari naik ke atas."SEOK---Jin...?
Awak dekat mana tadi?"Tanya Jihyo lalu mengangkat keningnya."A-aku ada dalam tandas tadi."
Jawabnya gagap.Jihyo hanya mengangguk tanda mengerti.
"Seokjin....Jom la pergi keluar.Awak dah janji kan?"Ajak Jihyo.Jin hanya ikutkan kehendak Jihyo lalu berjalan mengambil kunci kereta."JOM!!!"Jerit gadis itu gembira lalu berlari menuju ke arah kereta milik Jin.Lelaki itu hanya melihat perilaku Jihyo sambil menggeleng perlahan.
"Dah besar tapi perangai macam budak2...."Gumamnya perlahan."SeokJin!!!Cepat lah!!!"Jerit gadis itu.
Jin hanya akur lalu berjalan menuju ke arah kereta."Sabar la kau ni pon..."
Jin terus menekan butang merah untuk membuka kunci kereta.Selepas itu, terus dia masuk ke dalam perut kereta diikuti Jihyo."Where should we go first?"Tanya Jin.
Jihyo terus mengukir senyuman.
"How about....Your heart?"Jin terus buat poker face."Ada aku main2 ka?"
Jihyo hanya terkekeh pelan."Ok, how about we go to theme park?"Jin hanya mengangguk.Lelaki itu terus memanaskan enjin lalu menekan pedal minyak meluncur pergi dari situ.Sepanjang perjalan, keadaan hanya senyap sunyi.Jihyo hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap manakala Jin sibuk fokus pada pemanduannya.
Setibanya mereka sampai di taman tema, terus Jihyo melompat keluar dari kereta dengan bersemangat.Jin juga terus keluar dari perut kereta lalu mengikut Jihyo dari belakang."Kau nak main apa?"Tanya Jin selepas dia memebeli tiket.
"Hmmmm....Kita main tembak2 tu nak tak?"Jari Jihyo terus menunding ke arah permainan tembak sasaran.
Mereka terus berjalan mendekati tempat itu.Jin membayar manakala Jihyo terus bermain."Arh!!Kalah la Seokjin..."Jihyo memuncungkan bibirnya tidak puas hati."Biar aku main."Wajah Jihyo kembali ceria.Jin membayar lalu terus main.
"Wah...Semua kena lah!!"Jerit Jihyo gembira.Penjaga itu terus memberi mereka sebuah teddy bear besar berwarna pink."Gomawo ahjusshi..."
Kata Jihyo seronok lalu memeluk erat anak patung itu.Mereka kembali melangkah mencari permainan lain."Seokjin, awak sudah hebat bermain permainan itu...."
Puji Jihyo."Aku memang hebat.Kau apa tahu?"Jin mengangkat keningnya.
"Awak tak ubah macam dulu, always perasan."Jihyo memukul perlahan bahu Jin."Apa lagi kau nak main?"Terus Jin mengubah topik."Permainan baling bola ke arah tin."Balas Jihyo.Gadis itu terus menarik tangan Jin ke arah tempat itu pula."1 game ahjusshi..."
Jihyo memberi token lalu mula bermain.Tetapi keputusannya tetap berakhir dengan kekalahan.Akhirnya, tetap Jin yang akan bermain untuk Jihyo.Mereka memenangi cekak kucing.Jin terus ambil lalu memakaikannya kepada Jihyo.
"Thank you Seokjin."Jihyo senyum ke arah Jin lalu berjalan meninggalkannya sementara lelaki itu mengejarnya dari belakang.Sudah seharian mereka bermain, matahari sudah terbenam.Bulan dan bintang telahpun muncul.Jin membelikan Jihyo aiskrim untuk mereka memenuhi perut yang kosong.
"Seokjin, jom kita naik roda feris tu!"
Ajak Jihyo.Mereka terus bangun daripada bangku lalu mendekati tempat itu.Seperti biasa, Jin membayar tiket lalu mereka segera masuk ke dalam.Roda feris itu mula putar membawa mereka pusing untuk melihat pemandangan.Wajah Jihyo jelas kelihatan bercahaya apabila cahaya bulan menerangi wajahnya."Cantik kan pemandangan kota Seoul ni?"Tanya Jihyo.Lamunan Jin terus mati."Y-yea..."Balasnya pendek."Kalau la kita boleh selalu macam ni..."Monolog Jihyo sayu.
"Hmm..."Jin menghembus nafasnya berat.Mata lelaki itu terus tertancap pada bunga api yang tiba2 meletup.
"WAH...Bunga api la Seokjin!"Jihyo menggoyang Jin pelan."Cantik kan?"
Tanya Jihyo tetapi matanya masih lagi terkunci pada bunga api itu."Yes....
Just like you..."Gumam Jin."Apa?"Jihyo pandang Jin."Tak ada apa2.."Balas Jin kosong lalu menyilangkan tangannya.Setelah beberapa minit mereka menaiki roda feris terus mereka pulang ke kereta milik Jin.Mereka berdua terus memasuki perut kereta.
"Seokjin, thanks at all...You have spend all day with me."Kata Jihyo sebaik sahaja mereka masuk.Jin yang tidak tahu membalas apa hanya senyum kecil."I'm so happy because I can make you smile."Monolog Jihyo lalu mencubit geram pipi Jin yang tembam itu."Ouch.."Adu Jin lalu menggosok pipinya yang sakit itu.
Selepas itu, Jin terus memanaskan enjinnya lalu memulakan perjalanan pulang."Aku nak hantar kau ke mana?"
Tanya Jin melihat ke arah Jihyo sambil memandu."Dekat dengan sekolah lama."Jin angguk lalu menumpukan perhatian kembali.Setelah tiba, Jihyo terus keluar lalu melambaikan tangannya menghantar kepergian Jin.Selepas melihat ketiadaan Jin disitu terus dia mengundur masuk ke dalam kawasan sekolah itu.Bajunya terus berubah kepada pakaian dress merah darah.
To be continued....
YOU ARE READING
[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)
Romance✔Storyline by neophoria- Unforgettable Love A Kim Seokjin's fanfiction Genre; Romance, Action [Start : 23 April 2019 ] "Dia adalah saya dan saya adalah dia..." "Kenapa gadis misteri itu selalu menghantui aku?" Cast: Kim Seok Jin Song Ji Hyo Status...