--------------------
DREAM
꿈
--------------------"HELLO, MINA.ENCIK CHOI ADA DI MANA SEKARANG NI?!"
"Mengikut jadual, Tuan Choi berada di Hotel XXX di Cheongdam kerana menghadiri mesyuarat."
"Baik, terima kasih!"
Midam mematikan telefonnya lalu keretanya dipandu selaju mungkin untuk tiba di destinasi itu.Selama 1 jam 55 minit memandu, akhirnya dia tiba di depan hotel besar yang dikatakan Mina tadi.Terus keretanya diparkir lalu dia keluar dari perut kereta.Peluh menitis turun dari dahi Midam kerana berasa amat panik untuk mencari kereta milik Encik Choi pada waktu itu.
Jam tangannya direnung.Masa hanya berbaki 3 minit lagi sebelum bom itu meletup."Mana kereta dia nih!!!" Midam melihat setiap nombor plat kereta untuk mencari kereta milik Encik Choi namun gagal menemuinya.
Dari Jauh matanya tertancap pada Encik Choi yang sedang memasuki kereta itu.Terus dia mengatur langkah seribu menjerit supaya Encik Choi keluar dari situ.Masa cuma berbaki 10 saat lagi sebelum bom itu meletup.Midam menguatkan dirinya untuk mengejar kereta Encik Choi yang sudah bergerak pergi itu.
Namun kereta itu berhenti apabil Encik Choi ternampak susuk tubuh Midam.
Terus lelaki tua itu membuka tingkap lalu memandang ke arah Midam.
"KELUAR!!!!!!!"Jerit lelaki itu kuat namun Encik Choi tidak mendengarnya.Masa yang berjalan sudah tamat.Kereta milik Encik Choi hancur berkecai di hadapan Midam.Lelaki itu melutut melihat kereta milik Encik Choi yang sudah hangus terbakar."A--Aku dah terlambat....."
Wajahnya diraup kasar menyesali dengan perbuatannya.Kalau lah dia datang lebih awal, mesti Encik Choi tidak akan mati seperti itu.Lelaki itu sibuk menyalahkan dirinya sendiri."Just what I said before...."
---------------------------------------
"Sejeong....Sejeong....Kau dah tak ada siapa-siapa dah dalam hidup kau kecuali Midam kan?Aku bersimpati dengan kematian pakcik kau...."Kata Jin sambil tersenyum menyeringai di hadapan Sejeong."Saya tahu, awak la punca pakcik saya mati kan?!Awak memang tsak berhati perut..."Gadis itu menangis sehingga tersedu-sedan.
"Aku dah kata, yang aku nak tengok dia merana.Bersedia la perempuan sebelum kau pula yang akan dibunuh..."Jin tersenyum sumbang lalu lelaki itu berjalan pergi dari situ."Jin, awak akan terima balasan atas segala perbuatan keji awak..."Bisik Sejeong perlahan.Di benak hatinya, dia berdoa agar Midam datang dan menyelamatkannya.
"Midam oppa, saya harap awak jaga diri awak baik-baik....."Wajah Midam asyik bermain di dalam fikirannya sahaja pada waktu itu.Gadis itu bersandar pada dinding sambil memeluk kakinya.
JIN SCENE
Jin berjalan ke arah dapur untuk meminum sedikit air.Gelas kaca diambil lalu butang penapis air ditekan untuk mengisi air setengah cawan.
Seusai itu, gelas yang diguna tadi dibasuh lalu diletak di dalam almari pinggan.Kakinya melangkah menaiki anak tangga satu persatu untuk ke tingkat atas.Jin berjalan masuk ke dalam biliknya lalu berbaring di atas katil.Masalah yang dihadapinya dengan Jihyo tiba-tiba bermain dalam kotak fikirannya.
Masalah itu masih belum selesai.Gadis itu memang betul-betul mendengar kata-katanya.Dia memang tak akan datang ke sini kembali.Sedikit demi sedikit matanya menjadi berat sebelum lelaki itu terus melelapkan mata sepenuhnya.
++++++++++++++++++++++++
"Hey you?Still sleepy?"
Jin terbangun apabila suara itu menerpa ke gegendang telinganya.
Matanya melihat sekeliling tempat itu.
Dia sedang berada di sebuah sekolah sekarang ini."Di mana aku?"
Kakinya dilangkah berjalan di sekitar kawasan sekolah itu.Bermula di padang dan dia tiba di tepi sebuah kolam ikan.Seorang gadis bertopeng sedang melihat kedatangannya Sambil tersenyum kecil.
"You're here.."
"Dimana kita sekarang ni?"
Gadis itu terus melangkah perlahan-lahan mendekatinya.Semakin dekat, lelaki itu berjalan ke belakang menjauhinya.
Sehingga dia terjatuh ke dalam kolam ikan di belakangnya. Matanya menjadi kabur dan dia tidak dapat nampak dengan jelas.Tiba2 gadis tadi berenang ke aranya lalu menggenggam bahunya dengan erat. Wajahnya didekatkan dengan Jin menyuruh lelaki itu memandang ke dalam anak matanya. Mata mereka bertaut sehingga satu masa, cahaya terus bersinar daripada anak mata gadis itu.
"SEOKJIN...SEOK--ARH!!!"Seorang gadis menangis memanggil nama Jin.
Tiba2 sebuah batu besar menimpa kaki gadis itu membuatkan dia mengerang kesakitan.Darah mula mengalir dari celah batu itu."SEONG IM!!"Seorang lelaki yang berpakaian sekolah datang mendekati gadis yang bernama Seong Im itu lalu melutut."Awak tak apa-apa?"
Lelaki itu terus memegang erat tangan Seong Im sambil menatap ke dalam anak mata gadis itu."Saya baik-baik sahaja....Awak, tolong keluar dari sini?Tinggalkan saya sekarang juga."Arah gadis itu tegas tetapi lelaki itu tetap berdegil tidak mahu meninggalkan gadis itu bersendirian."Saya takkan tinggalkan awak.Kita akan keluar sama-sama."Jin terus bangun lalu berusaha menolak batu besar itu.
"Seokjin, tiada gunanya lagi awak berusaha untuk selamatkan saya.Saya mohon, awak tolonglah pergi dari sini!"Arah gadis itu bersungguh-sungguh."TAK!SAYA TAKKAN TINGGALKAN AWAK!"Air mata lelaki itu mula mengalir turun ke pipinya.
"Seokjin, awak perlu menjalani hidup awak dengan gembira.Awak perlu capai cita-cita awak untuk menjadi seorang penyanyi terkenal..."Kata gadis itu tersedu-sedan.Dia berusaha menolak lelaki itu supaya bangkit dan pergi dari situ segera. lelaki itu hanya duduk melutut sambil menangis tanpa berhenti.
"Awak pun sama!!!Awak kata nak jadi seorang penghibur.Takkan awak nak menyerah sampai situ sahaja?!"
Balas Jin pula.Wajah gadis itu ditenungnya lama."It's too late....Semua yang hidup mesti merasakan mati.Tak ada siapa boleh lari daripada takdir...."Kata gadis itu perlahan tapi masih boleh didengari Seokjin.Tiba-tiba, gempa bumi mula datang kembali.Tanah mula runtuh.Sebuah
kayu terus jatuh menimpa kepala lelaki itu."ARH!!!!!!!!!"Jin kembali ke realiti.Wajah gadis bertopeng itu mula kelihatan kembali tetapi mereka tidak berada di dalam kolam ikan melainkan di sebuah kelas kosong.
"Buat apa kau bawa aku ke sini huh?!" Tengking Jin kuat.Gadis itu hanya beriak biasa dan tenang."Awak sudah pernah lihat saya kan?Cuba awak ingat balik tempat ni....."Jin terus pandang sekeliling kelas itu.
"Aku tak tahu!Kau bawa aku balik semula!Aku tak tahan duduk sini!"Dadanya sudah naik turun menahan amarah.'"Awak akan tahu suatu hari nanti...Seokjin, pergi ke loteng rumah dan lihat satu kotak di dalam almari di situ.Awak akan temui segala yang dipersoalkan awak..."
Jin terbangun.Wajahnya sudah dipenuhi peluh sejuk.Dadanya berombak kencang memikirkan mimpi yang dialamimya tadi."Kenapa aku mimpi perempuan tu lagi?"Nafas berat dihembus sebelum badannya kembali berbaring di atas katil.
" Perlu ka aku periksa dekat loteng? Lagipun, aku tak ingat dekat mana aku letak kunci dia.... "
To be continued....
YOU ARE READING
[✔] UNFORGETTABLE LOVE (KIM SEOK JIN FF)
Romance✔Storyline by neophoria- Unforgettable Love A Kim Seokjin's fanfiction Genre; Romance, Action [Start : 23 April 2019 ] "Dia adalah saya dan saya adalah dia..." "Kenapa gadis misteri itu selalu menghantui aku?" Cast: Kim Seok Jin Song Ji Hyo Status...