Chapter 2 - Scarlet

1K 83 1
                                    

*Scarlet's POV*

Nama aku Scarlet. Nama yang melambangkan warna merah darah. Nama yang juga melambangkan semangat, keberanian dan kekuatan.

Nama yang sangat sesuai untuk aku. Sangat sesuai membuatkan aku benci akan nama aku sendiri.

Umur aku baru masuk 17 tahun beberapa hari lepas. Tapi bagi aku, hari jadi aku bukanlah satu hari istimewa, bahkan hari yang paling aku bencikan.

Sebabnya, setiap kali umur aku menaik satu tahun, bukannya hadiah dan kegembiraan yang aku dapatkan. Tapi, kesakitan dan mimpi ngeri yang aku alami.

Setiap tahun, setiap hari, aku keseorangan. Memimpikan kehangatan dan kasih sayang yang mustahil aku dapatkan. Hidup aku hanya dipenuhi warna merah darah. Bukannya warna-warni pelangi.

Tiada satu pun yang boleh aku anggap teman apalagi sahabat. Tiada siapa yang ingin dekat apalagi berbual manis dengan aku.

Nak tau kenapa?

Sebab aku..

Ialah satu-satunya pewaris kepada kumpulan Mafia terkuat dan terkaya di negara ni.

Keluarga aku sangat dikenali dan  ditakuti oleh seluruh penduduk negara ni. Bahkan di negara lain, nama keluarga sangat terkenal akan kekejamannya.

Lelaki yang aku tegur kat bilik latihan tadi ialah ketua kumpulan, dan juga merupakan ayah aku sendiri. Tapi aku tak ingat, bila kali terakhir aku panggil dia dengan panggilan 'ayah'. Bertahun-tahun aku panggil dia 'ketua' sampai aku sendiri tak pasti, sama ada dia ayah aku atau bukan. Hanya muka muka aku yang hampir seiras dengan dia lah yang jadi bukti yang dia sememangnya ayah aku.

Ibu? Aku tak kan pernah ingat muka ibu aku sendiri, kalau bukan sebab satu foto yang terletak cantik kat rantai aku ni.

Ibu aku dibunuh, didepan mata aku sendiri, oleh ayah aku sendiri.

Sekiranya budak-budak lain dapat hadiah dan kasih sayang ketika hari jadi mereka..
Apa yang aku dapat cuma lah seksa.

Ketika hari jadi aku yang ketujuh, aku saksikan sendiri, peristiwa itu. Darah mengalir laju dari lubang yang terbentuk di kepala ibu aku sendiri.

Ya. Aku saksikan sendiri.

Badan ibu aku terbaring kaku diatas lantai, tanpa nyawa, di atas lautan darahnya sendiri. Dan ayah aku yang berdiri tegak didepannya memegang pistol, yang aku pasti digunakan untuk menembak ibu.

Badan aku yang kecil dan lemah cuba untuk lari. Tapi malangnya, aku tak mampu. Kaki aku tak dapat aku gerakkan dan mata aku hanya terpaku pada badan ibu aku yang takkan boleh bergerak. Bau busuk dari darah yang mengalir buatkkan kesemua isi perut aku terkeluar.

Sejak hari itu, aku kehilangan cahaya dihati aku.

Ketika umur aku capai 9 tahun, hadiah yang aku dapat ialah lambang keluarga yang diletakkan diatas kulit dibahagian perut belah kanan. Bukan lambang yang dilukis seperti tattoo. Malah lambang yang merupakan bekas luka bakar dibentuk dengan besi yang dipanaskan dengan api.

Sakitnya tak mampu aku tahan dengan badan aku yang masih kecil dan rapuh.

Walaupun aku menjerit dan menjerit, tak ada siapa pun yang memberi belas kasihan. Mata mereka yang memandang aku, hanya kosong.

Lambang berbentuk singa terpampang cantik di atas kulit aku yang putih. Cantik namun membawa kesakitan.

Dan pada umur aku yang kesepuluh, hadiah yang aku dapatkan dari ayah aku ialah pistol berwarna hitam, cantik dan ringan yang sangat sesuai ditangan aku.

Aku fikir hanya itu hadiah aku. Tapi aku salah.

Aku diarahkan untuk menghabiskan nyawa orang yang tak bersalah. Oleh ayah aku sendiri.

Seorang lelaki tua yang diikat tangan dan kakinya menangis meminta ampun dari ayah. Tapi, ayah tak ada seinci rasa kasihan pun di riak mukanya.

Walaupun aku menangis, berlutut dan merayu kepada ayah aku, untuk melepaskan aku dari arahannya, dia tak mendengar. Bahkan dia kata akan menembak aku sekiranya aku tak mendengar arahannya.

Dan dipenuhi rasa takut, aku menarik picu pistol. Bunyi yang dihasilkan oleh pistol itu terlalu kuat sehingga aku terjatuh ke belakang.

Dan tidak jauh dihadapan aku, lelaki tua tadi sudah hilang nyawanya. Dan aku lah yang dah membuhnya. Aku lah yang membuat lubang didada kirinya.

Aku.

Berbulan-bulan aku alami mimpi buruk. Dihadiri oleh orang yang sudah aku bunuh.

Dan sejak dari hari tu, bukan sepuluh, bukan dua puluh, malah beratus orang telah hilang nyawanya di rumah ni. Tangan aku juga tak lari menjadi penyebab hilangnya nyawa tak bersalah tu.

"Kenapa polis tak bertindak?"

"Kenapa polis tak tangkap?"

"Kenapa tak ada siapa yang laporkan pada polis?"

Soalan yang selalu terngiang-ngiang di kepala aku.

Dan kalau ikut jawapan dari hati aku..

-Dunia ni dah rosak-

Duit melebihi segalanya. Didunia ni, bahkan undang-undang dan keadilan pun boleh kalah dengan duit. Yang kaya, yang kuat, boleh mengawal segalanya bahkan yang memiliki kuasa.

Aku rasa jijik dengan dunia ni, keluarga ni, ayah aku. Dan, aku sendiri.

Beratus kali sudah aku rasa ingin tamatkan nyawa aku sendiri. Aku cuba toreh tangan aku dengan pisau. Aku cuba tembak kepala aku sendiri dengan pistol. Bahkan cuba untuk lompat dari bangunan sekolah.

Tapi aku takut.

Aku takut terbayangkan rasa sakitnya bila pisau menoreh tangan aku. Aku takut terbayangkan peluru tertanam dikepala aku. Dan aku takut, terbayangkan badan aku kosong tanpa nyawa sama macam semua yang telah aku bunuh. Aku kalah dengan rasa takut.

Dan akhirnya, aku bertahan sehinggalah sekarang. Sehinggalah aku 17 tahun

*End of Scarlet's POV*

METANOIA [C]Where stories live. Discover now