Chapter 32

517 54 0
                                    

Pintu besar istana dibuka, menunjukkan Ashley yang sudah kebasahan akibat berada dibawah hujan.

Beberapa maid istana mendekati Ashley.

"Tetamu terhormat, perlukah saya sediakan pakaian baharu?"

"…… tak perlu."

Ashley menggerakkan tangannya, lalu air yang membasahi pakaiannya melayang dan hilang. Pakaiannya menjadi kering.

Ashley menaiki tangga untuk ketingkat dua istana dan menuju kesebuah bilik.

Dia membuka pintu itu.

"Lambat kau balik." Tegur Trystan yang sedang duduk diatas kerusi disebelah katil besar dibilik itu.

"Maaf."

Ashley berjalan mendekati sofa mewah untuk meletakkan mantelnya. Dia melihat Lillian yang tertidur diatas sofa itu, dibawah selimut yang menghangatkannya.

"Budak tu dah guna hampir semua kuasa dia, biar dia tidur dulu." Kata Trystan.

"Okay.."

Ashley mendekati Trystan.

"Macam mana dengan dia?" Tanya Ashley kepada Trystan, yang tangannya terdapat lingkaran magik berwarna putih dan sedang memeriksa gadis yang sedang tak sedarkan diri.

"Masih banyak magik hitam yang mengalir dalam badan dia, jadi aku kena buang dulu."

"Oh..

Kenapa.. Scarlet boleh jadi macam ni?"

"Hm.. Sepatutnya dia takkan boleh serap magik hitam. Tapi Raja campur magik tu dengan magik letupan, jadi Scarlet dapat serap.

Dan sebab Scarlet tak boleh nak kawal kedua-dua magik tu, magik tu meletup dalam domain magik dia. Akhirnya magik dalam badan dia mengalir tak tentu arah."

"Tapi dia boleh sembuh kan?"

"……

Aku akan berusaha."

"Terima kasih."

"Tak perlu. Scarlet dah macam anak aku sendiri."

Trystan memandang Scarlet yang tertutup rapat matanya dengan penuh kerisauan.

"……"

Tok tok tok

Pintu bilik itu dibuka. Seorang wanita muda berpakaian maid masuk sambil membawa dulang dengan makanan dan minuman.

"Saya bawakkan makanan."

"Ah- terima kasih." Jawap Trystan.

Wanita itu mendekati meja disebelah sofa dan meletakkan dulang itu diatasnya. Lalu mendekati Lillian yang sedang tidur.

"Hmhm.. Dah besar dah dia." Katanya sambil tersenyum.

"Memanglah. Dah berapa tahun dah.' Jawap Trystan. Ashley pelik.

"Kau kenal dia Trystan?"

"Oh.. Aku lupa bagitau kau eh.. Tu-"

"Biar aku sendiri kenalkan diri." Wanita itu menyampuk. Dia mendekati Ashley, menundukkan kepalanya dan mengangkat lembut skirtnya.

"Saya ialah Rita. Isteri Trystan dan ibu angkat Lillian."

"!!

Isteri.. Eh? Trystan? Eh?"

Ashley memandang Trystan dengan kepala penuh persoalan. Trystan mengelak untuk memandang Ashley.

"Aku ada cakap kan.. Yang ada pengintip untuk aku kat istana yang bekerja sebagai ketua pembantu istana.. Dia lah."

"SEINGAT AKU KAU CAKAP KAWAN! KAU TAK CAKAP APA-APA PASAL ISTERI...?"

"Ugh.."

"!!" Ashley menutup mulutnya apabila mendengar Lillian yang hampir terbangun.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku, hah? Dan Isteri kau perempuan muda macam ni...?"

"Muda...? Dia tu cuma muda 2 tahun dari aku. Dia juga yang ajar aku tentang magik untuk nampak muda." jawap Trystan acuh tak acuh.

Ashley mula kehilangan akal warasnya.

"Ugh.. Aku pening."

Rita tertawa kecil melihat Ashley yang mengurut kepalanya.
______________

Keesokan harinya.

Scarlet masih tak sedarkan diri. Lillian, Trystan, bahkan Rita menggunakan magik mereka untuk membuang sisa-sisa magik hitam yang mengalir didalam badan Scarlet. Ashley pula hanya melihat kerana tak mampu berbuat apa-apa.

"Tak sangka pula Rita pun boleh guna magik penyembuhan." kata Ashley.

"Sebenarnya saya sendiri yang ajar Lillian magik ni. Dan saya harus rahsiakan hal ni supaya dapat bekerja diistana."

"Oh.. Terima kasih Rita."

"Ianya satu penghormatan bagi saya untuk membantu kekasih Putera."

"K-kekasih..."

Rita dan Trystan senyum-senyum kambing melihat Ashley yang tersipu malu.

Tok tok tok

"!?" Ashley berjalan mendekati pintu dan membukanya. Seorang lelaki dipertengahan umur, berpakaian formal sedang berdiri dihadapan Ashley.

"Ada apa?" tanya Ashley.

"Ada surat khas untuk Putera Asher." Lelaki itu menghulurkan satu sampul surat kepada Ashley. Ashley melihat nama yang ditulis diatas sampul itu.

"……"

"Um.. Cik Scarlet sudah sedar ke?" tanya lelaki itu.

Ashley memandangnya dengan aneh.

"Belum. Memangnya kenapa?"

"Saya ingin minta maaf kepada Tuanku Asher dan Cik Scarlet."

"Minta maaf untuk apa?"

"Sebagai ketua pahlawan istana, saya dah melakukan kesilapan yang sangat besar kerana tak menyedari jenayah yang dilakukan oleh Raja sendiri.

Dan disebabkan ketidakhadiran saya dan skuad dibawah saya, banyak mangsa yang dah tercedera dan.. kehilangan nyawa mereka.."

Mata merah Ashley melihat lelaki itu tajam.

"Waktu tu.. Kau kat mana?"

"!!

Skuad saya diarahkan Raja Nelius untuk berkawal disempadan barat untuk beberapa bulan.

Dan tiba-tiba kami terima surat dari Puteri. Kami cuba untuk datang secepat mungkin, tapi kami terlambat. Baru semalam kami tiba di Istana."

"Kalau begitu... Tak mengapa lah.."

Lelaki itu mengambil nafas panjang sebelum menyambung.

"Putera Asher..."

"?"

"Saya, wakil ketua skuad pahlawan bangsawan... ada permintaan untuk Putera Asher.."

"… permintaan?"

METANOIA [C]Where stories live. Discover now