Chapter 1

2.1K 117 5
                                    

Cahaya matahari terik memancar disebuah bandar. Cukup panas untuk membuatkan sesiapa sahaja dibawahnya ingin pulang kerumah dan tidur dibawah penghawa dingin yang sejuk dan selesa.

Bunyi bising dari eksoz motor dan kereta pula menjadi bukti kesibukan bandar itu. Walaupun dimusim panas, orang-orang dewasa masih perlu bekerja untuk meneruskan hidup mereka.

Berbeza pula di satu tempat ini. Dipinggir bandar yang tak terlalu jauh dari jalan raya. Satu gudang besar terbiar yang dulunya merupakan satu kawasan perindustrian.

Seorang gadis sedang berjalan dengan megahnya kearah gudang itu. Rambut hitam panjang beralun lembut seiring dengan kakinya. Dibelakangnya pula, dua orang lelaki dewasa dan berbadan sasa sedang mengekori.

Sampai dihadapan pintu besar gudang itu, dia mengarahkan salah satu lelaki dibelakangnya untuk membuka pintu itu. Dan orang yang diarahnya pula, dengan patuh dia mengikut.

Pintu besi itu terbuka secara perlahan dan membuat bunyi yang amat bising. Sebaik sahaja pintu besar itu terbuka dengan sempurna, kelihatan beberapa orang lelaki yang kelihatan dewasa sedang menunggunya.

"Ah, nampak macam si puteri yang datang!" Kata salah satu lelaki didalam gudang itu sambil tertawa dan diikuti oleh yang lain. Dia berdiri paling hadapan antara yang lain membuktikan bahawa dialah ketua mereka.

Si gadis itu tak menyahut. Dia berjalan dengan laju mendekati lelaki yang mentertawainya. Dia berhenti melangkahkan kakinya apabila berada dihadapan lelaki itu. Kemudian, jelingan tajam diberikan.

"Kau plan semua ke?" Tanya gadis itu.

Si lelaki tak menyangka. Jelingan tajam gadis dihadapannya itu rupanya amat mengerikan. Mata hitamnya bagai lubang hitam yang boleh menelan segala yang berdekatan.

Dia takut, tapi mencuba sebaik mungkin untuk kelihatan tenang. Memastikan harga diri dia sebagai lelaki tidak musnah akibat satu gadis kecil. Dia menelan ludah dan membuat tawa palsu.

"Ye. Memang aku plan semuanya. Nak pastikan 'si Singa' datang sendiri supaya aku boleh bunuh dia dengan tangan aku sendiri. Siapa sangka rupa-rupanya si puteri yang datang."

Lelaki itu cuba memancing amarah gadis itu, namun tiada riak langsung diwajah si gadis. Membuatkan dirinya sendiri marah.

"Setakat lalat kecil macam kau, aku sendiri boleh setel."

"Kau.... "

Melihat wajah datar gadis dihadapannya membuatkan amarahnya yang terpancing.

"Berani kau pandang rendah kat aku. Aku akan buatkan kau menyesal, budak."

Lelaki itu menyuruh anak-anak buahnya untuk memberinya ruang. Si gadis juga melakukan hal yang sama.

"Jadi, kau nak guna apa? Pistol? Pisau? Atau kau nak tangan kosong."

"Kau pilih. Kau yang cabar aku." Jawab si gadis acuh tak acuh.

"Kalau macam tu guna tangan kosong je la.. Boleh aku pegang badan kau sekali." Kata lelaki itu dengan ketawa. Dia juga melihat badan si gadis dengan muka miang, membuatkan si gadis dan anak-anak buahnya mengerutkan dahi mereka.

Mereka berdua saling bertatapan. Tiada antara mereka yang berniat memulakan perlawanan mereka. Si lelaki menelan ludahnya, sedangkan si gadis hanya berdiri dengan tenang.

Akhirnya, si gadis yang mula bergerak. Dia berjalan perlahan dan tenang kearah lelaki itu, membuatkan lelaki itu bingung.

'Dia nak serang ke? Kenapa dia tak serbu terus? Kenapa dia jalan pelan?' dipenuhi dengan ragu dikepalanya, dia tak sedar yang si gadis sudahpun berada dihadapannya.

"Ego kau terlalu tinggi." Kata si gadis perlahan.

BUK

Satu tumbukan kuat mendarat diperut lelaki itu, membuatkan dia terhumban kebelakang. Dia terkejut akan kesakitan yang dia rasakan.

"Ketua?"

"JANGAN DEKAT." lelaki itu menghentikan anak buahnya yang ingin menolong. Dia bangun.

"Abaikan lah harga diri kau tu. Jaga nyawa kau dulu." Kata gadis itu dengan pandangan meremehkan. Sekali lagi amarah si lelaki terpancing.

Lelaki itu menyerbu dengan satu tumbukan. Namun si gadis dengan senang mengelak ketepi dan memberikan satu tetakan tepat dileher lelaki itu.

"AH!" Jerit lelaki itu. Dia tak mampu bergerak kerana kepalanya dipenuhi rasa sakit dilehernya.

Si gadis pula tak melepaskan peluang. Dia memberikan satu tendangan kuat, tepat di tulang rusuk lelaki itu. Tulang yang retak membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.

"KETUA!!" Anak-anak buah si lelaki itu mula ingin menyerang untuk membantu. Tetapi......

BANG

BANG

BANG

15 peluru telah dikeluarkan dan 15 kepala telah rebah ditanah. Siapa sangka, tangan si gadis lebih cepat mengeluarkan pistol dan menembak kesemua anak-anak buah si lelaki tadi. Lautan darah mula terhasil ditompokan mayat-mayat yang baru sahaja terbentuk.

Lelaki yang terbaring dihadapan gadis itu terdiam melihat adegan merah dihadapannya. Ketakutan mula menyelubungi diri dan bulu romanya meremang tinggi.

"AKH!?" rambutnya ditarik dengan kuat, memaksa dirinya melihat gadis dihadapannya.

"Ini lah yang akan berlaku, kalau kau cuba cari masalah dengan keluarga aku." Kata si gadis disertai dengan renungan yang sangat tajam membuatkan dia ketakutan.

Rambutnya dilepaskan serta merta. Bunyi tapak kaki yang menjauh membuatkannya lega.

"Bagi tau kat anak buah kau, 'Scarlet' ialah orang yang bunuh diorang."  Kata si gadis sebelum beredar.
___________________

Seorang lelaki telah menunggu dihadapan kereta limousine berwarna hitam. Dia juga membukakan pintu untuk si gadis bernama Scarlet itu. Setelah Scarlet duduk dengan selesa, si pemandu memandu keretanya pergi jauh dari gudang itu.

Setelah keretanya berada agak jauh dari gudang tadi.... BOOM! Satu letupan berlaku.

Scarlet melihat keluar tingkap keretanya. Asap hitam tebal yang muncul dari gudang tadi jelas kelihatan. Kemudian dihiraukan olehnya.

Scarlet duduk didalam kereta tanpa berkata-kata sehinggalah dia tiba dirumahnya. Sekali lagi pemandu membukakan pintu untuk Scarlet.

Rumah Scarlet sangatlah besar. Rumahnya mempunyai tiga tingkat, dua garaj, satu taman bunga kecil dan satu bilik latihan istimewa yang besar. Dibelakang rumahnya pula adalah hutan yang merupakan milik keluarga Scarlet juga.

Bukti bahawa Scarlet bukanlah sekadar anak orang biasa.

Scarlet membuka pintu rumahnya dan terus menuju ke sebuah pintu yang merupakan pintu ke bilik latihan.

Disana dia menjumpai seorang lelaki 40-an, berambut hitam dengan sedikit putih dan tinggi. Walaupun sudah hampir tua, badannya masih berotot dan kuat tak menunjukkan umurnya. Mukanya penuh dengan parut yang boleh membuatkan sesiapa sahaja terketar ketakutan.

Lelaki itu sedang duduk ditengah-tengah bilik sambil mengisi peluru kedalam Beretta 92 berwarna hitam.

"Saya dah balik, ketua" kata Scarlet kepada lelaki itu.

"Hm." jawab lelaki itu perlahan, bahkan tanpa melihat Scarlet walaupun sepintas lalu.

Scarlet terus menutup pintu bilik tersebut dan menuju ke tingkat kedua dimana biliknya berada.
_____________

Bersambung

METANOIA [C]Where stories live. Discover now