Chapter 31: It's a 'GoodBye'

519 60 2
                                    

BAAM

"!!"

Kesemua pahlawan bangsawan termasuklah Scarlet melihat kearah istana. Dimana dinding tinggi istana retak dan menunjukkan seseorang.

"ASHLEY?!" Scarlet terkejut melihat Ashley yang diangkat tinggi oleh benda hitam yang asing. Namun yang lebih mengejutkan ialah, benda hitam itu menusuk perut Ashley dari belakang.

SWOOSH

BAM

Benda hitam itu membaling Ashley kearah tanah pertarungan. Membuatkan kesemua pahlawan bangsawan terkejut.

ZAPP

ZAPP

Sebelum badan Ashley menghentam tanah, Dave sudah menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan Ashley.

"ASHLEY!!" Scarlet, Lillian juga Niel berlari mendekati Ashley yang hampir kehilangan kesedaran.

Darah yang mengalir laju dari luka besar di perutnya mengotori tanah.

Ashley cuba untuk bangun tapi kakinya sudah kehilangan tenaga. Dia hanya mampu terduduk sahaja.

Lillian, yang sudah kelelahan,  menggunakan sisa-sisa magiknya untuk menyembuhkan lubang di perut Ashley.

"Aku...okay..."

"Jangan paksa diri kau." Kata Scarlet kerisauan.

GRAAAAAAHHHHHH

"!!"

Raksasa hitam yang tadi menyerang pahlawan bangsawan tiba-tiba berubah menjadi asap hitam. Lalu terbang kearah dinding istana yang tadinya retak.

Pahlawan bangsawan terkejut melihat Raja muncul dari tempat Ashley dibaling. Mukanya dipenuhi amarah. Dadanya yang berlubang masih tak tertutup, dan darah masih mengalir.

"BERANI KORANG SEMUA GANGGU RANCANGAN BETA.

SIKIT JE LAGI.. SIKIT JE LAGI DAN BETA BOLEH MENJADI YANG TERKUAT DI DUNIA NI!!"

"!!"

Asap hitam itu berkumpul ditangan raja, membentuk satu bola hitam yang besar. Semakin lama, semakin besar, sehinggalah saiznya menjadi jauh lebih besar dari Raja sendiri.

"BETA AKAN.. BETA AKAN BUNUH KORANG SEMUA!"

Merinding. Bulu roma mereka semua menaik. Magik kuat yang terasa dari bola hitam itu membuatkan kesemua pahlawan terkedu dan menggigil ketakutan.

'Aku akan mati kat sini.'

'Aku tak nak terkorban kat sini.'

'Ini ke pengakhiran aku?'

'Selamat tinggal. Maafkan aku..'

"SEMUA, BUAT MAGIK PELINDUNG!" Arah Trystan.

"!!"

Mereka kembali sedar. Tak membuang masa, beberapa pahlawan menghulurkan tangan mereka kelangit dan mula menghasilkan magik pelindung. Yang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sebelum menghilang.

"Tak guna... Magik aku dah habis.."

"Magik Raja terlalu kuat.. Pelindung kita pun takkan boleh halang."

"Kalau bola tu dilepaskan, bukan aku je.. Rakyat lain pun..."

"Sekurang-kurangnya.. Aku mati sebagai pahlawan..."

"Cih.." Trystan tak tahu harus berbuat apa untuk menghapus fikiran buruk pahlawan lain.

"MATI KORANG KAT SINI." Jerit Raja Nelius.

Bola hitam itu dilepaskan, mendekati pahlawan dengan pantas.

Mereka menatap bola itu dengan mata kosong. Hendak lari sahaja tak mampu, apatah lagi melindungi diri mereka.

Hanya mengalah sahaja satu-satunya pilihan.

"Selamat tinggal, dunia."

Ketika hati mereka sudah rapuh,

satu pasang tangan kecil muncul dihadapan mereka. Badan kurusnya berdiri tegap, bagaikan tak tahu takut. Rambut hitamnya berterbangan halus, menawan semua mata yang melihat.

"!?"

"Scarlet?!"

SWOOOSHH~

Angin bertiup kencang. Dan bola hitam tadi hilang tak kelihatan.

"GAH." Scarlet memuntahkan darah. Badannya mula hilang imbang.

"SCARLET!"

Ashley menangkap badan Scarlet sebelum dia menghempas tanah.

"SCARLET? BANGUN! SCARLET!?"

Ashley menepuk-nepuk pipi Scarlet yang memucat dan mula sejuk. Dia mendekatkan telinganya kedada Scarlet.

"!!, Scarlet?"

"HAHAHAHAHA.

INILAH JADINYA KALAU RAKYAT JELATA BERANI GANGGU....kuh.." Raja memuntahkan darah yang sangat banyak. Kulitnya mula keriput dengan pantas.

"……" Ashley meletakkan badan Scarlet diatas tanah dengan perlahan. Lalu dia bangun dan mendekati satu pahlawan.

"Pedang kau.."

"?" Pahlawan itu menghulurkan pedangnya kepada Ashley.

Ashley mengalirkan kuasanya, membuatkan pedang itu dibakar api.

"AAARRGGGHHH!" Ashley menggunakan seluruh tenaganya, membaling pedang itu kearah Raja sehingga pedang itu menusuk perut Raja.

"GWAA!!" Badan Raja dibakar api sehingga rentung. Dan akhirnya jatuh.

Kemenangan berpihak kepada bangsawan. Mereka yang masih hidup bersorak gembira.

"KITA MENANG!"

Namun sorakan mereka terus terhenti melihat badan sahabat mereka yang sudah tak bernyawa.

Mata merah Ashley kosong. Dia hanya berdiam melihat kawan-kawannya mendekati Scarlet, yang sudah pucat mukanya.

Lillian menangis sambil memeluk badan Scarlet.
_____________

Awan hitam dan hujan lebat seakan-akan tahu perasaan mereka yang sedang berada di tanah perkuburan itu.

Puluhan lelaki dan wanita bangsawan menangisi pemergian keluarga, rakan dan sahabat yang mereka sayang.

Kelam. Suasana itu kelam. Hanya dipenuhi esakan dan air mata.

Setengah jam berlalu, hujan masih tak reda, namun orang-orang mula meninggalkan tanah perkuburan itu.

Namun hanya ada satu lelaki yang masih berdiri, tak bergerak dari tempat yang sama.

Mantel berhoodie yang dipakai menyembunyikan rambut biru gelap serta wajahnya. Bagaimana riak wajahnya? Adakah dia turut menangis? Hanya dia sendiri yang tahu.

Dia menatap nama yang terukir diatas batu nisan dihadapannya dengan sangat lama. Nama yang sangat dia kenal, nama yang membuatkan gejolak dihatinya.

"Selamat tinggal." ucapnya perlahan.

Dia memusingkan badannya, berjalan menjauhi tanah perkuburan itu.

Hatinya berharap untuk tak mendekati tempat itu lagi. Berharap untuk tak terluka kedua kalinya.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now