Chapter 21

581 57 3
                                    

Ruang tamu dimenara Trystan terasa berat. Muka Trystan yang serius membuatkan tiga kepala tak mampu untuk bergurau sama sekali.

Mereka berempat seperti biasa duduk diatas sofa ditengah-tengah ruang tamu. Lillian duduk disebelah Scarlet sedangkan Ashley duduk disebelah Trystan.

"Aku dah dapat maklumat tentang situasi Scarlet." Trystan meletakkan sebuah buku diatas meja. Buku itu berkulit coklat dan sudah kelihatan lusuh. Diatasnya pula tertulis jelas 'Magik Hitam' dengan dakwat hitam.

"Maaf sebab lama nak dapat. Buku ni tersorok sebab aku dah lama tak baca." sambung Trsytan.

"Kau tak perlu minta maaf. Kau yang berusaha paling kuat dalam semua ni." jawab Ashley. Lillian dan Scarlet pun mengangguk setuju.

"Apa pun.. Maklumat apa yang kau dapat?" tanya Scarlet pula.

"Pertama sekali, kita akan bincang tentang Magik Hitam.

Magik Hitam bukan magik yang datang secara semula jadi. Kau perlu korbankan beberapa nyawa untuk dapatkan Magik ni."

"Korbankan...nyawa?" Lillian terkejut. Sebagai seorang penyembuh, sudah tentu ianya satu perkara yang sangat dibenci olehnya.

Trystan mengangguk. Dia membelek beberapa muka surat dibuku itu dan menyambung...

"Yang kedua, portal ke dimensi lain.

Memecahkan sempadan kedunia lain tu sangat bahaya dan juga terlarang. Ianya sama macam cuba melawan kuasa pencipta sendiri.

Dan untuk membuka portal tu, perlukan Magik Hitam yang sangat kuat."

"Jadi maksudnya, perlukan korban yang lagi banyak?" tanya Scarlet pula dan dijawab anggukan oleh Trystan.

"Kau rasa kes hilang ni ada kaitan ke dengan semua ni?" Tanya Ashley.

"Tu dah jelas."

"Dan ianya Raja Sevalon sendiri......" Lillian menutup mulutnya akibat terkejut.

"Benda ni dah pernah dibuat seribu tahun dulu.. Sebab tu lah perkara ni dah ditulis dalam buku." Sambung Trystan.

"Siapa yang buat dan apa yang dibawa?" tanya Ashley.

"Yang buat aku tak tahu.. Tapi yang dibawa.. Naga."

"Naga?"

"Ya. Dulunya dunia ni hanya didiami manusia, tapi ada yang terlalu tamak dengan kuasa, dia cuba untuk bawa makhluk lain.

Awalnya dia cuma nak bawa naga, tapi portal tu tak boleh nak ditutup dan buatkan makhluk lain masuk sekali."

"Wah.."

"Tapi.. Kenapa AKU yang dibawa portal tu?" tanya Scarlet.

"Selalunya portal dibuka untuk membawa makhluk yang 'paling berkuasa'. Kenapa kau yang dibawa.. Tu aku tak pasti."

"Yang paling berkuasa?... AH!"

"Kenapa?" tanya Trystan yang melihat Scarlet bagaikan ada idea.

"Kat negara asal aku... Nak dikatakan, ayah aku lah yang ada 'kuasa' paling kuat.. Tapi.."

"Tapi?"

Scarlet menelan ludahnya.

"Aku... yang bunuh ayah aku sendiri."

"Dan itu bermaksud, kau jadi yang terkuat, ya?." tanya Ashley.

"Eh? Korang tak rasa aku bersalah ke?"

Trystan dan Ashley saling melihat satu sama lain. Muka mereka berdua tidak terkejut sama sekali.

"Semua orang ada masalah peribadi sendiri. Dan kau... aku rasa ada alasan kau sendiri."

METANOIA [C]Where stories live. Discover now