Scarlet sedang menikmati sarapannya dengan tenang. Sendirian.
"Hai, Scarlet." tegur seorang wanita berambut biru cair dari belakang kaunter.
"Hai, Yulia."
"Aku lupa nak minta maaf untuk kelakuan aku semalam."
"Yang tu kau kena minta maaf kat Ashley. Bukan aku." jawab Scarlet acuh tak acuh.
"Haha.. Ya.. Betul.."
"Memangnya.. Kenapa kau buat macam tu?" tanya Scarlet sambil memandang Yulia.
"Kebiasaan lama kadang-kadang susah nak hilang. Haha."
"Maksud kau?" Tanya Scarlet sambil menaikkan keningnya.
Yulia memberikan satu senyuman
"Kau nak dengar cerita aku tak?"
"..... ok.."
"Um.... Aku ni sebenarnya datang dari Astela."
"Astela?"
Yulia mengangguk.
Astela, ibu negara untuk Sevalon. Astela juga ialah tempat Ashley sedang berangkat untuk menjalankan misinya sejak semalam.
"Aku ni sebenarnya anak yatim sejak dari kecik. Aku tak pernah kenal ibu atau ayah aku sendiri."
Scarlet terkejut mendengar cerita Yulia. Sedangkan Yulia hanya bercerita tanpa rasa sakit. Agaknya dia sudah lama terima nasib hidupnya.
"Memandangkan Astela tu ibu negara, ramai penduduk, pedagang dan bahkan orang asing kat sana. Jadi, tempat tu agak bahaya untuk orang tak bekeluarga macam aku.
Dan aku, seorang perempuan dan tak ada magik yang kuat, kenalah berusaha sebaik mungkin untuk bertahan hidup.
Kau dapat agak tak, macam mana aku bertahan hidup kat Astela?"
"....... tak." jawab Scarlet perlahan.
"Aku kena goda lelaki-lelaki tua kat sana."
"!!!."
"Jangan risau, aku tak tidur dengan diorang. Aku cuma goda lelaki yang mabuk teruk, dan curi duit diorang je." Yulia tertawa. Tapi jelas rasa sakit dimukanya.
'Of course. Aku bukan satu-satunya yang ada masa lalu gelap.' Fikir Scarlet.
"Macam mana pula kau sampai sini?"
"Dave tangkap aku, dan tawarkan aku untuk bekerja dengan dia. Kat restoran ni.
Dan lepas beberapa tahun bekerja dengan dia.. Kitorang kawin." kali ini senyuman gembira terpapar diwajah Yulia, membuatkan Scarlet turut gembira.
"Kau gembira ke?" tanya Scarlet.
"Tentu lah... Bella tu bukti kebahagiaan kitorang."
"Baguslah." Scarlet memberi senyuman kecil.
Mereka berdua berbual-bual kosong. Sehinggalah satu suara menegur mereka.
"Dah jadi kawan ke?"
Scarlet menoleh kebelakang melihat orang yang baru sahaja bersuara.
"Hai, Dave."
"Hai, Scarlet."
"Dah siap ke ronda?" tanya Yulia kepada suaminya itu.
"Dah. Lepasni aku nak pergi jumpa Trystan untuk lapor. Nak ikut, Scarlet?"
Scarlet mengangguk dan mengikuti Dave untuk ke menara Trystan. Yulia melambaikan tangan kepada mereka dan dijawab manis oleh Dave.
YOU ARE READING
METANOIA [C]
FantasyKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...