Chapter 6 - Darkness

654 67 0
                                    

*Scarlet's POV*

Gelapnya.

Sejuk.

Aku kat mana?

Kenapa badan aku rasa ringan?

Aku.. dah mati ke?

Kenapa aku tak nampak apa-apa?

Ah.. Tangan aku. Muka aku. Badan aku. Tak ada bekas luka langsung.

Dan aku tak rasa sakit.

Atas. Bawah. Kiri. Kanan.

Semuanya kosong dan gelap. Tak ada siapapun kat sini kecuali aku.

Aku takut.

'Scarlet'

"!!"

Siapa tu?

Aku yakin aku dengar orang panggil nama aku. Tapi dari mana? Dari siapa?

'Scarlet'

Suara tu makin dekat. Suaranya serak bagaikan baru sahaja menangis.

Sejauh mana aku mencari, aku masih tak nampak apa-apa. Cuma kegelapan yang ada sekitar aku.

Aku gerakkan kaki aku. Semakin lama semakin laju. Sehinggalah aku berlari.

Tapi, sejauh mana pun aku lari.....

Kosong. Aku tak jumpa sesiapa.

"Tolong, selamatkan aku"

Entah kepada siapa aku minta tolong. Tak ada siapa pun yang boleh tolong aku kat tempat ni.

Air mata mula turun dari mata aku. Aku takut.

'Scarlet'

Kali ni suara tu dipenuhi rasa amarah.

Makin laju air mata aku.

"Siapa tu?! Tolonglah.. Tinggalkan aku. Aku mohon."

'Kau tau takut, Scarlet?'

"!!"

Sekali lagi aku melihat sekitar aku. Tapi keputusannya sama. Aku masih berseorangan.

'Bukankah dulu aku menangis minta ampun dari kau? Tapi kenapa kau masih bunuh aku?'

'Kenapa, Scarlet?'

'KENAPA?'

'KENAPA?'

'KENAPA, SCARLET?'

Suaranya ramai. Adakah ini semua suara orang yang telah aku bunuh?

"Pergi. Jangan kacau aku. Aku mohon"  sekuat mana aku meminta, suara tu masih bergema.

Lantai dibawah kaki aku berubah. Dari warna hitam gelap bagaikan tiada penghujung, menjadi lautan darah berwarna merah dan pekat.

"AAAHHHH!!"

Aku tenggelam. Sekuat mana kaki aku menendang, badan aku masih tenggelam. Kaki aku terasa ditarik kedalam lautan darah itu.

Tolong aku.

Hanya meminta tolong yang aku mampu, walaupun aku tau tak ada siapa yang akan datang.

Kaki aku masih ditarik. Ratusan tangan dibawah aku serasa sedang berlawan untuk membawa aku.

Aku tak dapat bernafas. Mata aku ditutup rapat sebab aku takut.

'Scarlet'

Kali ini nama aku disebut lembut. Suara itu.. suara yang masih aku kenal walaupun sudah bertahun aku tak dengar.

Aku buka mata aku dan aku melihat wajah yang sangat aku kenal. Wajah yang sangat aku rindu.

Ibu.

Kedua tangan ibu diulurkan kepada aku. Ibu datang selamatkan aku kan?

Aku hulurkan tangan aku cuba menggapai tangan ibu. Tangan hangat yang sering membelai lembut kepala aku. Kehangatan sudah lama aku tak rasakan.

"ARGHH"

Tapi kenapa?

Kenapa ibu mencekik aku? Ibu?

Sakit. Terlalu sakit untuk aku berfikir waras.

Walaupun seluruh tenaga aku gunakan untuk lepaskan tangan ibu, tapi kenapa aku tak mampu?

Bukankah ibu datang untuk selamatkan aku? Jadi kenapa ibu cuba bunuh aku?

Wajah ibu dipenuh rasa benci. Wajah yang dulunya lembut dan sering dihiasi senyuman, sekarang dipenuhi dengan rasa benci.... terhadap aku?

Tapi kenapa?

"Ha..." Nafas aku makin berat.

Adakah aku akan mati di sini? Ditempat yang aku sendiri tak tau dimana.

"Tolong"

Adakah ini semua balasan untuk aku? Tapi aku tak bersalah.

Aku.. cuma ingin bertahan hidup. Aku pun sengsara selama hidup aku.

Aku cuma inginkan kasih sayang, tapi aku tak pernah dapat.

Jadi kenapa? Kenapa aku dapat balasan ni? Bukankah ini semua tak adil?

'Scarlet'

Ah. Suara yang sangat tak ingin aku dengar. Suara ni la yang buatkan aku sengsara selama ni.

Dengan bangganya kau muncul dihadapan muka aku. Adakah sebab aku yang dah bunuh kau?

'Scarlet. Kau terlalu lemah. Bunuh dia.'

Bunuh siapa lagi? Aku dah penat. Dengar arahan dari kau selama bertahun-tahun.

Kalau bukan sebab kau... aku takkan sengsara selama hidup aku. Kalau bukan sebab kau... aku boleh rasai kebahagiaan.

Ini semua salah kau.

Aku tak bersalah.

Aku tak bersalah...

kan?

METANOIA [C]Where stories live. Discover now