Chapter 37

520 56 0
                                    


Beberapa hari kemudian, istana telah mengadakan majlis seperti yang dijanjikan Raja Asher.

Scarlet, yang sedang memakai gaun biru tua yang dihiasi permata kecil berwarna merah sedang duduk dimeja disebelah Lillian yang juga memakai gaun berwarna hijau lembut.

Rambut hitamnya yang diikat dan dihias menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi gadis dan wanita bangsawan.

"Rambut dia hitam, bukan ke maksudnya dia cuma rakyat biasa?"

"Apa yang orang macam dia buat kat sini?"

"Rakyat jelata.."

Scarlet sudah jangka, yang dirinya akan menjadi bualan para bangsawan, namun dia menghiraukan suara-suara yang mengganggunya.

"Tapi dia cantik juga, ya?" Bisik seorang lelaki yang dijawap anggukan oleh lelaki lain.

'Diorang memang takde niat nak sembunyikan apa yang diorang cakap ke?'

"Cih." Scarlet mendesah.

Pintu istana utama dibuka, membuatkan kesemua mata yang tadinya menjeling Scarlet mula mengalihkan pandangan.

"Yang Mulia Asher Henley de Sevalon memasuki istana." Jerit penjaga pintu.

Ashley, yang dikenali sebagai Raja Asher berjalan dengan elegan kearah singgahsana. Gadis-gadis bangsawan mula berbisik-bisik antara satu sama lain.

"!!" Scarlet yang turut melihat sedar sesuatu. Pakaian Ashley.. Sepadan dengan gaun yang dipakai Scarlet. Rona merah kecil muncul dipipinya.

Dia tak sangka, gaun yang disediakan oleh Ashley itu rupanya dipadankan dengan Ashley.

"Beta mengadakan majlis ini untuk mengucapkan 'Terima Kasih' kepada semua pahlawan yang telah berkorban untuk Sevalon.

Beta juga ingin memberikan anugerah kepada mereka."

Kesemua bangsawan diruang itu menepuk tangan mereka atas ucapan dari Ashley.

"Yang pertama sekali, Cik Scarlet Aslan."

"! Eh?"

Trystan menolak Scarlet yang kebingungan, menyuruhnya mendekat ke Ashley.

Scarlet berdiri dihadapan Ashley.

"Patik menyapa Yang Mulia Raja Sevalon." Scarlet memberi tunduk hormat sebagaimana yang diajar oleh Rita.

"Untuk Scarlet Aslan, Beta akan anugerahkan gelaran bangsawan untuk kamu."

"!!"

Kali ini bukan hanya Scarlet yang terkejut, malah kesemua yang berada diruang itu. Hanya Trystan dan Lillian yang tidak terkejut.

Scarlet kembali. Seiring setiap langkah, Scarlet merasakan tatapan tajam yang diberikan kepadanya.

"Tahniah Scarlet." Kata Lillian.

"Haha.. Terima kasih."

'Aku penat..'

Kesemua pahlawan telah diberikan anugerah oleh Ashley, termasuklah Trystan sendiri. Scarlet tak mendengar selebihnya kerana sibuk menenangkan fikiran.

Bunyi gitar dipetik kedengaran. Kesemua bangsawan mula mencari pasangan untuk berdansa. Hanya Scarlet dan Lillian yang tidak bergerak.

"Cik Scarlet."

Scarlet menoleh dan melihat seorang lelaki yang dia tidak kenal.

Scarlet menunduk hormat.

"Sudikah cik berdansa dengan saya?" Tanya lelaki sambil menghulurkan tangannya.

Mata Scarlet melihat tangan itu. Geli. Itu yang dirasakan Scarlet.

"Maaf, tapi saya tolak." Jawap Scarlet dengan sopan.

"A-ah. Baiklah, saya faham." Lelaki itu memundurkan diri. Scarlet sedar tatapan tajam yang diberikan lelaki itu kepadanya. Mungkin harga dirinya terasa dicabar kerana ditolak orang yang awalnya hanya rakyat jelata.

"Kalau aku kau nak tolak ke?" Ashley tiba-tiba muncul dibelakang Scarlet.

"Apa khabar, Yang Mulia."

Ashley tersenyum.

"Sudikah cik Scarlet berikan Beta sebuah penghormatan dan menari dengan Beta?"

"Maaf, tapi patik sedang temankan kawan..."

Scarlet tak mampu menyambung ayatnya apabila terlihat Lillian yang tersenyum sambil menari dengan seorang lelaki berambut merah.

'Sejak bila dia dengan Niel..??'

Dia kembali memandang Ashley dan menyambut huluran tangan Ashley.

"Tapi aku tak tahu menari..."

"Aku pun."

"??"

Ashley menarik tangan Scarlet ketengah ruang. Tangannya memegang pinggang Scarlet dan mula menari.

"Jangan risau, takde siapa berani nak ejek aku dengan gadis pilihan aku." Kata Ashley dengan senyuman.

"Kau ni pandai berlawak eh."

Walaupun itu kali pertama Scarlet menari. Kaki dan tangannya dapat menyesuaikan diri dengan rentak dari musik di ruang itu.

Walaupun kadang-kadang kakinya masih akan terpijak kaki Ashley.

"Maaf."

"Jangan risau, kau tak berat pun." Jawap Ashley yang sudah jelas sedang menahan sakit.

Mereka berdua menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi gadis bangawan yang tiada pasangan.

"Kenapa diorang tengok aku macam nak bunuh aku je?.."

"Sebab ni tarian pertama untuk aku dan juga kau." Jawap Ashley sambil tertawa.

"Tarian pertama?"

"Untuk bangsawan, tarian pertama selalunya dengan pasangan diorang. Dan aku, Raja Sevalon pilih kau.. Mestilah diorang marah."

"Suka kau, ya.."

Mereka berdua tertawa yang mengundang lagi cemburu para gadis.

Bunyi musik berhenti.

Scarlet dan Ashley saling menunduk hormat. Mereka mula berjalan berlainan arah.

Scarlet berjalan mendekati meja dimana Lillian sedang menunggu.

"Korang nampak sangat sesuai tadi." Kata Lillian.

"Terima kasih." Jawap Scarlet dengan rona merah dipipinya.

"Kau pula macam mana?"

"Hm?" Lillian pelik.

"Sejak bila kau dengan Niel saling mesra macam tu?" Tanya Scarlet dengan senyum mengacau.

"WeE-eh? M-mana ada.. Aku dengan dia cuma kawan je.. Kawan."

"Ehh.." Scarlet tersenyum-senyum melihat kawannya yang tak senang duduk dengan mukanya yang sangat merah.

"Aku penat lah... Nak balik tak?"

"Oh! Jom."

Lillian dan Scarlet meninggalkan istana utama dan berjalan menuju istana dimana mereka tinggal untuk sementara.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now