"GAH!"
Aku bangun dari tidur aku sepantas kilat.
Benda pertama yang aku nampak sesaat selepas buka mata ialah dinding batu. Mata aku terasa sakit terkena cahaya matahari.
"Ha.. Ha.. Ha.." Aku cuba mengatur nafas aku untuk meghilangkan rasa takut yang masih menjalar dalam hati aku.
"Awak ok ke?" Aku terdengar satu suara yang belum pernah aku dengar selama hidup aku. Aku menoleh ke kanan dan melihat seorang lelaki yang mempunyai rambut dan mata berwarna biru tua yang tidak aku kenal.
"Si-siapa?" Tanya aku perlahan.
Rasanya dia tidak mendengar pertanyaan aku dan berjalan mendekati aku. Sebaik sahaja dia tiba disebelah katil yang sedang aku duduk, tangannya dihulurkan mendekati wajah aku.
"Jangan dekat!" Aku tepis tangannya dengan kasar. Aku cuba berundur kebelakang tapi dihalang oleh dinding.
Tangan aku cuba untuk mencari pistol. Tapi tak ada. Memang kebiasaan aku ke untuk memegang senjata?
Lelaki itu terdiam seketika dan melihat tangannya yang ditepis oleh aku.
"Jangan takut. Saya takkan apa-apa kan awak." Katanya disertakan dengan senyuman.
Aku dah selalu diberikan senyuman palsu dari beribu orang, jadi aku takkan tertipu dengan senyuman dari orang yang aku tak kenal.
Tapi.. entah kenapa, senyuman tu terasa hangat. Bukan seperti senyuman palsu yang sering aku lihat, tapi senyuman yang betul-betul datang dari hati.
Saking terpesona dengan senyumannya, aku tak sedar tangan dia dah terletak di dahi aku. Aku terkejut, tapi aku tak bergerak.
Tangannya terasa hangat didahi aku, membuatkan aku rasa tenang.
"Demam awak dah reda. Baguslah." Dia menarik tangannya dari dahi aku.
Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku masih terkejut dengan apa yang sedang berlaku pada aku. Berada di tempat asing, bersama dengan lelaki yang aku tak kenal.
Lelaki tadi mengambil satu meja kecil dengan sepinggan makanan dan secawan air diatasnya. Dia letakkan meja itu diatas katil dimana aku sedang duduk.
"Makanlah dulu. Perut awak kosong lepas tak sedarkan diri untuk 3 hari."
Aku melihat makanan dihadapan aku. Memang aku lapar dan haus, tapi tak mungkin aku akan ambil makanan dari orang yang aku tak kenal. Kemungkinan besar ianya beracun.
"Hah~" lelaki itu mengeluh perlahan dengan tangannya di pinggang. Tangannya mengambil cawan yang dipenuhi air diatas meja kecil itu lalu meminumnya. Dia juga mengambil sesuap makanan dari atas pinggan.
Aku terkejut.
"Takde racun dalam makanan ni, jadi kau tak perlu risau. Habiskan makanan tu."
Dia boleh baca fikiran aku ke?
"Saya akan keluar sekejap, nanti saya datang tengok awak lagi."
Dia berjalan menuju pintu kayu yang tak jauh dari katil dan keluar melalui pintu itu.
Sebaik sahaja dia hilang, aku melihat makanan dihadapan aku. Rasa takut masih membelenggu. Namun...
*Gruuuuuu~~
Perut aku dah meminta untuk diisi. Peduli apa, aku terus mengambil sesuap demi sesuap makanan.
Sambil mengunyah, aku melihat kawasan sekitar aku. Bilik ini hanya ditutupi dinding batu, dengan satu katil yang hanya muat seorang, satu set meja dan kerusi yang diatasnya terletak tumpukan buku dan satu almari sederhana.
YOU ARE READING
METANOIA [C]
FantasiKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...