Chapter 22

556 59 2
                                    

ZAPP

Ashley dan Scarlet muncul disebuah tempat yang berdekatan dengan sebuah kota.

Mereka berdua meneruskan perjalanan menuju kesebuah kota yang lebih besar dari Villon.

"Tempat apa ni?" Tanya Scarlet melihat kota yang agak meriah itu.

"Kota Vantum. Villon dan Vantum tu antara kota yang ada kat negeri Artan."

"Oh.. Tapi beza juga Vantum dengan Villon eh."

"Ah.. Vantum lebih maju sebab kat sini penduduknya banyak dan pemerintah kat sini agak bagus."

"Pemerintah? Kat Villon ada pemerintah juga ke?"

"Takde. Sebab Villon cuma kota kecil jadi tak ada pemerintah.. Cuma ada Trystan sebagai ketua kota."

"Eh? Trystan ketua kota?"

"Ya. Sebab tu la dia susahkan diri dia untuk pasang magik pelindung untuk Villon."

"Oh.. Betul la.."

"Dah, tak payah fikir sangat. Jom beli makanan dulu."

Mereka berdua berjalan menerusi kota yang agak sibuk itu mencari-cari gerai makanan yang akan menjadi bekal dalam perjalanan mereka.

Setelah membeli beberapa buah dan air, mereka menyambung berjalan melalui kota Vantum.

Selepas 3 jam berjalan, akhirnya mereka melepasi kota Vantum. Dihadapan mereka sekarang ialah hutan yang akan membawa mereka ke negeri lain.

Mereka berjalan melalui hutan itu. Sambil itu, mereka juga saling berbual.

"Kenapa kita kena pakai macam ni sebenarnya?" Tanya Scarlet sambil menunjuk mantelnya.

"Sebab aku tak nak orang perasan aku."

"............! Oh! Sebab kau terkenal diseluruh Sevalon, betul tak?"

"Mana kau tahu?"

"Trystan bagitahu semalam."

"Oh... Yela."

"Aku sebenarnya nak tahu.. Apa kuasa kau dengan Trystan sebenarnya?" tanya Scarlet

"Eh? Kenapa kau nak tahu tiba-tiba?"

"Saje... Dave, teleport, Lillian, penyembuhan, tapi aku tak tahu kau dengan Trystan punya."

"Oh- Kalau Trystan aku tak pasti sebab dia boleh buat banyak benda dengan magik dia..

Kalau aku, kuasa aku kawal elemen." (Power: Elemental Control)

"Kawal elemen?" Scarlet terkedu.

"Ye. Sebenarnya elemen api dan air je. Dan biasanya aku cuma guna air. Macam ni..."

Ashley menunjukkan tangan kanannya, lalu muncul air yang dihasilkan oleh magik. Ashley menggerak-gerakkan tangannya, dan air yang berada ditangannya itu melayang-layang mengikut pergerakan tangan Ashley.

"Oh, Wow."

'Patutlah semalam baju dia kering walaupun aku dah basahkan.'

"Kau tak nampak terkejut pun?" tanya Ashley.

"Aku dah nampak banyak benda dalam dunia ni."

"Oh- Hahaha."

"Jadi, cuma Yulia je yang takde kuasa kan?"

"Dia ada lah.."

"Eh? Tapi aku tak pernah nampak dia guna magik pun?"

"Yang tu sebab Yulia sendiri tak tahu yang dia ada kuasa."

METANOIA [C]Where stories live. Discover now