Chapter 12

599 58 0
                                    

"AAAAGRRHHHHHH!!!!!!!"

"!!!!"

Suara jeritan yang kuat membuatkan tiga pasang tangan memberhentikan pergerakan mereka. Dengan cepat mereka berlari mendekat kearah sumber bunyi.

Ashley yang lebih dekat sumber suara terus memanggil-manggil nama Scarlet yang terguling-guling diatas rumput sambil mencengkam perutnya. Peluh mengalir laju dari wajahnya. Matanya pula mengalirkan air mata walaupun hanya sedikit.

"SCARLET?! SCARLET?!"

Ashley cuba memanggil namanya supaya Scarlet memandangnya, tapi Scarlet hanya menjerit dan terus menjerit.

"Sakit.." Kata Scarlet perlahan dan lemah. Suaranya kedengaran seperti dia berada dalam kesakitan yang amat.

Ashley terus mengendong Scarlet yang masih menjerit kesakitan ditangannya. Dia pun bergegas ke menara yang ditunggu oleh Trystan dihadapan pintu.

"Sini, cepat!" Arah Trystan kepada Ashley.

Trystan terus mengarahkan Ashley yang membawa Scarlet untuk mendekati sofa dan membaringkan Scarlet diatasnya. Ashley hanya patuh.

Tangan Trystan mengeluarkan satu lingkaran magik berwarna putih dan diletakkan diatas dahi Scarlet. Agak susah untuknya memeriksa kerana Scarlet terus bergerak-gerak.

"Kenapa dengan Scarlet?" Tanya Lillian yang melihat Scarlet menjerit-jerit. Matanya penuh rasa kasihan.

"Tak tahu. Tiba-tiba je dia menjerit." Jawab Ashley yang bercangkung disebelah Scarlet sambil memegang tangan kiri Scarlet.

Trystan masih lagi memeriksa Scarlet. Tangannya bergerak dari dahi ke tangan, dada dan kakinya.

"Lillian, ambil pisau kat sana." Arah Trystan menunjukkan pisau kecil yang berada diatas sebuah meja berdekatan. Tanpa bertanya apa-apa, Lillian terus membuat apa yang disuruh Trystan.

Sebaik sahaja Trystan memegang pisau yang diberikan Lillian, tangan kanan Scarlet yang tidak dipegang Ashley diangkat tinggi.

Dengan pisau itu, Trystan menusuk tapak tangan Scarlet sehingga tembus separuh pisau itu. Rasa sakitnya membuatkan Scarlet menjerit lebih kuat. Mata Lillian dan Ashley terbeliak besar.

"HEI??!!" Ashley yang terkejut terus meninggikan suaranya sedangkan Lillian hanya menutup mulutnya dengan tangan akibat terkejut.

Trystan menarik semula pisau itu membuatkan Scarlet menjerit kuat kedua kalinya. Darah mengalir laju dari tangan Scarlet.

Mata Lillian mengeluarkan air mata melihat Scarlet yang berada dalam kesakitan.

"Lillian, sembuhkan."

Lillian mengambil tangan Scarlet yang terluka itu dan dengan cepat dia gunakan magik penyembuhan.

Dari tangannya, muncul cahaya berwarna hijau. Lubang ditangan Scarlet yang tadinya panjang terus mengecil dengan cepat dan akhirnya hilang.

"Apa yang kau buat, hah?" Ashley menggenggam kolar baju Trystan. Tangan dan wajahnya timbul urat-urat menunjukkan betapa marahnya dia. Marah kerana Trystan baru sahaja melukakan orang tak bersalah.

"Dia okay kan sekarang?" jawab Trystan dengan tenang. Atau lebih tepat.. Dipaksakan untuk kelihatan tenang.

Mendengar soalan Trystan, Ashley menoleh dan melihat Scarlet yang baru sahaja tenang. Nafasnya menjadi semakin teratur dan akhirnya dia tak sedarkan diri.

Ashley terus melepaskan kolar Trystan dan memegang tangan Scarlet yang tadinya dilukakan oleh Trystan. Dia memastikan tangan Scarlet betul-betul sembuh.

METANOIA [C]Where stories live. Discover now