Ashley dan Scarlet sedang makan malam di restoran dalam Astra's Inn. Ashley berjanji pada Scarlet hanya akan mengajarnya belajar magik pada waktu siang sahaja. Pada waktu malam, Scarlet dibenarkan berehat.
Scarlet sedang makan nasi goreng buatan Dave sendiri dengan jus epal manakala Ashley hanya memilih nasi kosong dengan lauk daging berkari sebagai pilihan makan malamnya. Makanan yang dimasak sendiri oleh Dave adalah sedap pada pendapat Scarlet.
"Apa yang kau dengan Trystan cakap tadi?"
"Hm?" Ashley berhenti mengunyah mendengar soalan yang tiba-tiba diajukan oleh Scarlet.
"Tadi waktu kau berbual dengan Trystan, muka korang berubah jadi serius.
Apa yang korang bualkan?"
"Hm.. Hal kerja sikit. Jangan risau." Sesusai menjawab, Ashley sambung menyuap makanan kemulutnya.
Scarlet yang diberi jawapan sedemikian sedar bahawa dia tak patut bertanya lebih. Dia pun turut menyambung menyuap mulutnya.
Ashley masih berdiam. Terkejut kerana Scarlet rupa-rupanya perasan akan perubahan ekspresi mukanya.
'Aku kena belajar sembunyikan emosi aku dari Scarlet' fikir Ashley.
*Flashback*
"Ashley" Trystan memberi isyarat mendekat kepada Ashley yang terus berjalan kearahnya. Ditangan Trystan terdapat sehelai kertas yang merupakan sebuah surat.
"Ada apa?" Tanya Ashley setelah berada dihadapan Trystan.
Trystan menunjukkan surat yang berada ditangannya.
"Aku baru dapat surat ni dari kawan aku yang kerja di istana."
"Istana?" Tanya Ashley semula. Dia ingin memastikan bahawa telinganya tidak salah mendengar.
"Ye. Kawan aku tu bekerja sebagai kepala pembantu istana dan juga pengintip untuk aku."
"Oh. Apa yang dia cakap?"
"Raja jatuh sakit."
"Apa dia? Sakit apa?" Ashley terkejut dengan apa yang baru keluar dari mulut Trystan.
"Maklumat tu dirahsiakan."
"Bukan ke keluarga imperialis semuanya ada kuasa magik yang kuat. Macam mana boleh..?"
"Aku pun tak pasti. Katanya Raja jatuh sakit 4 hari lepas lepastu tak sedarkan diri untuk 3 hari."
"4 hari lepas.. Bukan ke...?"
"Ye. Hari kau jumpa Scarlet." Ashley tak mampu berkata apa-apa disebabkan terkejut.
"Kau rasa ada kaitan ke?"
"Aku pun tak tahu."
*end of flashback*
"Budak ni agak peka dengan sekitar dia. Aku kena hati-hati" fikir Ashley sambil melihat Scarlet yang sibuk dengan makanannya sendiri.
"Hei, Scarlet!" Dave memanggil Scarlet seusai selesai menyediakan minuman untuk pelanggan lain.
"Hm?" Jawab Scarlet sambil mengunyah makanan dimulutnya.
"Kau dari mana sebenarnya?"
Scarlet memandang Dave lama kerana terkejut akan soalannya. Dia menelan makanan yang baru selesai dikunyahnya.
Dia memandang Ashley yang sibuk makan disebelahnya ingin meminta bantuan.
"Dapta." jawab Ashley tiba-tiba.
YOU ARE READING
METANOIA [C]
ФэнтезиKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...