"Tolong."
"Eh?" Scarlet pelik. Dia sepeti mendengar sesuatu dari dalam kepalanya.
"Tolong saya. Saya Sakit." Suaranya terdengar sangat kasihan.
Scarlet melihat Dave dan Niel yang masih sibuk melawan raksasa hitam. Kelihatan seperti hanya Scarlet yang boleh mendengar suara itu.
"Tolong saya."
"Awak siapa?" Scarlet cuba bertanya dalam kepalanya, ingin memastikan jika dia boleh menjawap.
"Awak boleh dengar saya ke?"
"Ya."
"Tolong saya. Saya taknak lukakan mereka."
"!!" Scarlet melihat kearah naga hitam itu.
"Awak... Naga yang sedang menyerang tu ke?"
"Ya. Saya tak boleh kawal badan saya. Saya mohon, tolong lah saya."
Scarlet menelan ludahnya.
"Saya akan cuba sebaik mungkin."
"Dave, Niel." Scarlet memanggil mereka.
"APA?"
"Ada cara tak untuk kita kalahkan naga tu tanpa bunuh dia?"
"HAH??! Naga tu tengah menyerang manusia dan kau masih nak kesiankan dia ke?" marah Niel.
Scarlet mengingat perbualan antara dirinya dengan Raja Nelius sebelum ni.
"Naga tu.. Dikawal magik hitam."
"!!" Mereka bertiga terkejut.
"Magik.. hitam?" tanya Lillian.
Scarlet mengangguk.
"Korang mungkin tak percaya ni, tapi... aku dapat dengar naga tu.. Dan dia minta tolong.
Dia sebenarnya taknak pun serang manusia, tapi dia tak boleh kawal badan dia sendiri."
Niel dan Dave keliru.
"Aku takde idea. Naga tu terlalu kuat untuk manusia biasa macam kita." Niel berfikir keras.
"Aku ada cara." Lillian menyampuk.
"!?"
"Aku baru belajar skill magik yang baru, [Sedative].
Cuma untuk lemahkan naga sebesar tu, aku perlu masa yang lama untuk kumpul magik ni.
Sementara tu aku kena fokus."
"……
Teruskan."
"Kitorang akan lindungi kau sementara tu." kata Niel.
Lillian mengangguk. Dia mendudukkan dirinya dengan tenang. Muncul cahaya berwarna kuning dari tangannya. Semakin lama semakin besar.
Hampir sepuluh minit berlalu. Lillian masih mengumpulkan magiknya. Cahaya kuning itu sangat besar ditangan Lillian.
"Hah.. Banyak ni je yang aku mampu kumpul." Kata Lillian. Nafasnya mula berat dan mukanya pucat.
"Takpe. Yang ni dah cukup banyak." Scarlet mendekatkan tangannya kearah cahaya kuning itu dan menyerapnya. Lillian rebah akibat kehabisan tenaga.
Scarlet mengambil pistol miliknya.
"Pistol tu takkan cukup."
"Eh?" Scarlet terkejut apabila Niel memegang pistolnya.
YOU ARE READING
METANOIA [C]
FantasyKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...