"Scarlet"
Hm?
Siapa tu?
"Bangunlah, Scarlet."
Aku membuka mata aku.
Cerah.
Putih.
Hangat.
Lembut.
"Iris hitam kamu cantik."
Eh? Siapa kau?
Rambut biru tua panjang, bermata emas. Bergaun putih bersih menutupi keseluruhan badannya.
Cantiknya.
"Muka kau.. Ingatkan aku pada seseorang."
"Hehe."
Senyumannya pun manis dan lembut. Tangannya yang mengelus lembut kepala aku.. Terasa hangat dihati.
"Lihatlah mereka Scarlet."
Ratusan atau mungkin ribuan manusia muncul, mengelilingi aku dan juga wanita cantik itu.
"Siapa mereka?"
"Mereka ialah orang-orang yang sudah kau bebaskan."
"Bebaskan..?"
"Mereka semua ialah jiwa yang sudah dikorbankan untuk magik hitam.
Dan kau.. Sudah bebaskan mereka."
"Aku?"
"Terima kasih, cik Scarlet."
"Terima kasih."
"Terima kasih."
Badan mereka berubah menjadi cahaya dan melayang-layang disekitar aku. Bagaikan kunang-kunang yang mencerahkan malam sepi.
"Awak pula siapa?"
Wanita cantik itu melihat aku.
"Hm? Awak boleh teka kan?" Jawapnya dengan senyuman.
Ya. Aku memang boleh teka.
"Jom ikut saya."
Kemana?
Aku menyambut tangan yang dihulurkan kepada aku. Seketika, tirai putih berubah.
"Kat mana ni?"
Sebuah taman. Taman yang dipenuhi pelbagai bunga yang cantik dan juga menarik. Merah, biru, kuning, oren, hitam, ianya berwarna warni.
"Ini ialah memori saya."
"Memori?"
Aku berjalan ditaman itu. Kaki aku yang tak berlapik merasa rumput-rumput yang menggelitik lembut.
"Disini ialah taman istana. Tempat yang selalu menjadi tempat tawanya kami berdua."
Berdua?
'Bonda~'
Aku menoleh, melihat anak lelaki kecil yang sedang berlari sambil membawa mahkota bunga. Yang aku jangka dibuat sendiri olehnya.
Rambut biru tuanya, mata merahnya. Sangat aku kenal.
Dia berlari mendekati wanita yang sama persis seperti wanita yang sedang berdiri disisi aku.
Mahkota bunga itu dipakaikan. Gelak tawa mereka menghangatkan.
"Comelnya."
"Kan~ dialah kebanggaan saya. Buah hati saya satu-satunya."
Siapa sangka... Aku boleh lihat sendiri wajah kecil comel dia. Rona merah dipipinya, senyuman manisnya.
YOU ARE READING
METANOIA [C]
FantasyKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...