*flashback*
Ashley berjalan mendekati Puteri dengan santai. Ketua bangsawan lain hanya saling berbisik.
"Putera Asher, sila kenalkan diri."
Ashley mengangguk.
"Saya ialah Asher Henley Sevalon. Putera kedua empayar Sevalon."
Pengenalan diri Ashley menambahkan lagi kekeliruan para bangsawan dibilik itu.
"Bagaimana mungkin? Nama itu tak tertulis dalam buku istana." Salah satu bangsawan bersuara.
"Tuan-tuan kenalkah dengan nama Gaimbert?"
Tiada jawapan. Hanya riak muka berlainan terpampang diwajah mereka.
"Gaimbert ialah nama keluarga bagi gundik kelima Raja Nelius, yang juga merupakan Bonda saya sendiri.
Malangnya nama itu dipadam dalam buku bangsawan 17 tahun lalu. Tapi ada antara Tuan-tuan semua yang masih ingat nama itu kan?"
Duke Rochaze terkejut apabila Ashley memandangnya.
"Ya. Saya masih ingat nama itu. Permaisuri ialah pewaris terakhir keluarga Gaimbert. Dan nama itu akhirnya hilang apabila Permaisuri mengahwini Raja." jawap Duke Rochaze.
Ashley tersenyum.
"Nama saya tak pernah ditulis kerana saya hanya dianggap putera yang tak layak diberi gelaran diraja.""Tapi sekarang, Putera Asher juga berada dalam barisan takhta setelah Beta. Jadi namanya akan ditulis didalam buku istana." Puteri menyambung. Kesemua ketua bangsawan menelan ludah.
"Tapi...
Beta ingin menyerahkan takhta itu kepada Putera Asher." Kata Puteri dengan wajah serius.
"!!"
Ashley terkejut. Tapi dia cuba untuk mengawal ekspresi mukanya.
"Y-yang Mulia.. Bukankah keputusan itu terlalu pantas? Yang Mulia sudah fikirkan masak-masak ke?"
"Ya. Keputusan Beta muktamad."
Hampir kesemua ketua bangsawan ingin membangkang, namun tak mampu kerana Puteri sendiri yang membuat keputusan. Jadi mereka hanya berdiam diri.
"......"
Puteri melihat ketua bangsawan yang hanya berdiam.
"Saya anggap yang Tuan-tuan semua setuju.
Dengan itu, mesyuarat ini saya tamatkan."
Ketua bangsawan bangun dan mula mengosongkan bilik itu. Meninggalkan Puteri dan Asher berdua setelah pengawal Puteri diarahkan keluar.
"Asher.."
"Ya?"
"Boleh kau maafkan kekanda?"
"?... Maaf untuk apa?"
"Kerana selalu melukakan kau ketika kau kecil.
Kekanda selalu berfikir yang kau tak sama taraf dengan kekanda, jadi kekanda buli kau bersama Putera Pertama."
"Ah-"
"Tapi seiring kekanda mula dewasa, kekanda sedar.. Kau tak pernah buat apa-apa salah.
Dan kekanda ingin minta maaf tapi waktu itu kau sudah tak ada."
"......
Saya maafkan."
"Terima kasih." Puteri tersenyum lega.
"Kenapa.. Yang Mulia serahkan takhta tu pada Patik."
"Kau itu Putera. Jangan gunakan 'patik' untuk bercakap dengan kekanda."
YOU ARE READING
METANOIA [C]
FantasiaKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...