Zapp
Scarlet membuka matanya dan melihat lelaki yang sedang menggendongnya.
"DAVE?!" Mata Scarlet melebar akibat terkejut.
"Kau okay?"
"A-ah." Dave menurunkan Scarlet diatas tanah.
Dave telah menggunakan kuasa teleportnya untuk membawa Scarlet keluar dari istana, di taman bunga, dimana mereka boleh melihat pertarungan antara perisai kosong dan pahlawan bangsawan.
"Lillian.. Lillian mana?"
"Dia selamat.. Aku rasa.."
"Kau rasa...?"
CRASH
Suara kaca yang pecah mengejutkan Scarlet. Scarlet mendongak kearah dinding istana dimana dia melihat Niel melompat keluar dari tingkap kaca yang baru pecah.
"Niel?!" Scarlet terkejut melihat Niel melompat sambil menggendong Lillian. Niel mendarat dengan sempurna walaupun dari tempat tinggi.
"Eh? Lillian? Kau dah sedar?"
"Y-ya.. Maaf."
Niel menurunkan Lillian dari gendongannya.
"Aku dah sedar lama... Cuma aku terlalu takut dengan Raja, jadi aku pura-pura tak sedarkan diri.
Maaf, Scarlet. Maaf."
Scarlet memeluk Lillian. Dia tak marah akan Lillian, sebab dia faham perasaannya. Scarlet menenangkan Lillian.
Lillian melepaskan pelukan Scarlet dan memegang kedua tangan Scarlet. Lalu menyembuhkannya.
"Apa yang korang buat kat sini?" Tanya Scarlet kepada Dave dan Niel.
"Aku dapat surat dari Trystan, jadi aku bergegas kat sini." kata Niel. Dave turut mengangguk.
"Memandangkan Villon dengan Astela tu jauh, aku guna sebahagian kuasa aku, jadi aku tak boleh berlawan banyak." sambung Dave.
"Oh.. Macam mana pula korang berdua tahu yang kitorang kat sana?"
"Trystan suruh kitorang tolong Ashley kat dalam. Tapi Ashley nak kitorang bawa korang keluar."
"Jadi.. Ashley sekarang..?"
"Tengah berlawan dengan Raja."
"!!.. Dia sorang je?"
"......"
"Raja Nelius terlalu kuat, antara kita, hanya Ashley je yang ada peluang untuk kalahkan dia." Kata Niel.
"Tapi.." Scarlet tak mampu menyambung ayatnya.
"!! Uh, korang.. A-apa tu?" Lillian menunjuk dengan jarinya.
"??"
Mereka bertiga melihat ketempat pertarungan antara perisai kosong dan pahlawan bangsawan.
Mereka semua terkejut.
Beberapa raksasa hitam, besar, tinggi dan mempunyai bentuk badan seperti manusia, sedang menyerang kesemua pahlawan bangsawan. Perisai kosong tadi pula sudah tak kelihatan.
"Raksasa macam apa tu?" Tanya Dave.
Salah satu dari raksasa itu ternampak mereka.
"!!"
"Dia datang.." Niel, Dave dan Scarlet bersedia untuk menyerang.
______________TANG
TING
YOU ARE READING
METANOIA [C]
FantastikKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...