Perjalanan Scarlet dan Ashley dari Rovaville ke Astela mengambil masa 4 hari. Itupun lebih cepat kerana mereka dapat tumpangan dari pedagang yang menaiki kereta kuda.
Kereta kuda itu menerusi sebuah jalan didalam kota di Astela. Scarlet melihat kemeriahan kota itu.
'Lebih meriah dari Vantum dan Lupia.' Fikir Scarlet.
"Pakcik dah sampai tujuan. Pakcik turunkan awak berdua disini, ya?" Ujar sipedagang baik hati itu.
"Baiklah, pak cik. Terima kasih." Kata Ashley. Scarlet pun menundukkan kepalanya.
"Terima kasih juga sebab bantu lindungi pakcik dari raksasa." Ujarnya sebelum menggerakkan kereta kudanya.
Scarlet mengikuti Ashley dari belakang. Pada masa yang sama, dia masih memerhatikan kota Astela itu.
"Sekarang kita nak pergi mana?" Tanya Scarlet.
"Kita kena jumpa Trystan dulu. Dia tengah tunggu kita kat sebuah kedai makan."
"Okay."
Setelah lebih sejam jam berjalan, akhirnya mereka tiba disebuah kedai makan yang tak ramai pelanggannya.
Mereka masuk dan melihat Trystan bersama Lillian yang sudah menunggu mereka.
"Hai, Trystan."
"Oh, sampai dah. Duduklah."
Mereka duduk dikerusi kosong disebelah Trystan dan Lillian.
"Macam mana dengan pedang kau?" Tanya Trystan.
"Niel dah tukar batu yang lama dengan yang lagi kuat. Dan Scarlet pula dapat senjata baru."
"Senjata baru?"
Scarlet menunjukkan pistol yang sangat dibanggakan olehnya. Trystan dan Lillian kagum melihat pistol itu.
"Dan.. dia dah tahu pasal identiti aku." Sambung Ashley.
"Hm.. Aku tak terkejut dengan yang tu.."
"Eh? Kenapa pula??"
"Sebab kau cuai dan tak pandai sorokkan emosi kau."
"……" Kata-kata Trystan menusuk Ashley bagaikan panah.
"Ehem.. Jadi.. Apa maklumat yang kau dah dapat?" Tanya Ashley.
"Duke Rochaze cakap dah berunding dengan beberapa ketua bangsawan yang lain. Tapi tak banyak. Mereka dah setuju untuk bekerjasama. Tinggal tunggu mereka datang je." Terang Trystan panjang.
"Baguslah tu."
"Kau pula?"
"Waktu aku kat Rovaville, Niel bagitahu aku yang terjadi letupan magik hitam kat Andal."
Trystan melebarkan matanya akibat terkejut.
"Kita kena bagitahu ni ke Duke Rochaze sekarang juga."
Ashley menganggukkan kepalanya. Mereka berdua terus bangun.
"Kitorang pun ke?" Tanya Scarlet menunjuk dirinya dan Lillian.
Trsytan berhenti seketika.
"Um..Lillian, kau ingat kan jalan ke rumah Duke Rochaze?" Tanya Trystan yang dijawap anggukan.
"Okay.. Kau teman Scarlet rehat dulu. Nanti datang ke rumah Duke Rochaze."
"A-ah... Baik, ayah."
Scarlet dan Lillian hanya diam melihat Trystan dan Ashley menghilang.
"Kenapa kita kena rehat sedangkan diorang terus ambil tindakan?"
"Tu sebab kita lebih lemah dari diorang.. Kan?" Jawap Lillian tanpa keyakinan.
YOU ARE READING
METANOIA [C]
FantasiKisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang, dia menerusi hidup selama 17 tahun. Tapi sekian lama, hatinya makin lemah. Tak mampu meneruskan hidupnya lagi, dia cuba musnahkan segala se...